Monday, January 2, 2012

Perancangan tahun 2012


Salam semua,

Kita sudah berada di hari ke-2 ditahun 2012. Sebagai entri pembukaan tahun ini, saya ingin berkongsi perancangan untuk membangunkan lagi blog "mylifemyprimaryplan". 


Perancangan pertama, berdasarkan banyak maklumat yang telah diwar - warkan pada tahun lepas, Google akan memansuhkan fungsi Google Friend Connect, jadi saya mengeluarkan fungsi ini daripada blog ini. Jadi saya berharap hubungan kita tidak terputus begitu sahaja, sekiranya anda semua ada akaun Google +, saya akan add anda disana atau anda pun boleh add saya juga.

Perancangan ke-2, jika dikirakan usia, blog ini akan berusia setahun pada 19/01/2012 ini. Entri pertama yang saya tulis menggambarkan perasaan saya pada masa itu blur + bosan. Jadi sempena itu, saya bercadang untuk mengadakan giveaway pertama. Hadiah - hadiah belum dipastikan lagi, mungkin sesuatu dari Kota Kinabalu....nantikan ok. 

Perancangan ke-3, saya akan melihat kembali entri - entri lama dan akan membaikinya dari segi tulisan dan tatabahasa. Kalau anda semua baca entri - entri yang lama, mungkin dapat mengesan, saya banyak menggunakan bahasa - bahasa yang tidak lengkap. Setelah banyak membaca tip-tip mengenai blogging, menulis menggunakan bahasa yang betul lebih banyak membantu dan memberi manfaat kepada blog kita. Perlu berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Perancangan ke-4, ingin mengenali lebih ramai blogger - blogger di luar sana, harap tahun 2012 saya lebih banyak dan rajin blogwalking. Suatu aktiviti yang sangat menarik pada saya, kerana setiap blog mempunyai idea tersendiri tentang sesuatu topik. Pada saya aktiviti ini memang banyak membantu menambahkan ilmu pengetahuan kita semua.

Perancangan ke -5, saya akan lebih rajin lagi menyertai segmen - segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh blogger sekalian. 

Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya tentang perancangan 2012. Semoga saya dapat melaksanakan dengan baik semua yang saya rancangkan. Semoga tahun 2012 membawa seribu kemanisan dalam dunia blog ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia