Monday, July 30, 2012

Petron ambil alih Esso

Salam semua,

Saya rasa ramai yang sudah tahu akan kisah ini, sekiranya anda sering melalui lebuhraya KL - Seremban, mungkin anda perasan akan perubahan yang berlaku. Sepanjang jalan ini, kalau tidak salah saya terdapat lebih kurang 4 stesyen minyak Esso (suatu ketika dahulu). Bagaimana pun kini sudah bertukar kepada stesyen minyak baru iaitu Petron. 

sumber: google


Saya sebenarnya pun agak lambat mengetahui perubahan yang berlaku ini, hanya bila pensyarah di kelas bertanyakan, 'Eh...saya nampak ada stesyen minyak baru masa dalam perjalanan kelas tadi? Kamu semua perasan tak?". Beliau merupakan pensyarah untuk subjek ekonomi, jadi secara tidak langsung, beliau telah menjadikan kes untuk kami kaji, apa yang telah berlaku kepada Esso dan bagaimana Petron boleh mengambil alih syarikat tersebut.

sumber: google


Petron merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat terkemuka di Filiphina iaitu San Miguel Corporation. Secara rasminya pada 13 July 2012, Esso Malaysia Bhd ditukar nama kepada Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambil alihan ini, cuba baca artikel - artikel di bawah:

1) Penjenamaan semula Esso
2) Esso Malaysia
3) Esso tukar nama kepada Petron

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday 32: Comel dan Unik...saya rasa la.


Friday, July 20, 2012

Kali Pertama Tengok Wayang Di Gold Class

Salam semua,

Dah lama rasanya saya tidak ada kesempatan untuk menulis entri baru di blog ini. Kesian blog saya, ditinggalkan, dapat jenguk pun sekejap sangat. Erm, hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya untuk pertama kalinya menonton wayang di GSC Gold Class.




Filem yang saya tonton ialah Ice Age 4, di GSC The Garden Mid Valley. Sebenarnya tidak merancang pun untuk tengok di Gold Class, tapi semperna hari jadi kawan saya, jadi kita bagi special treatment untuk beliau sikit. Secara tidak langsung, special treatment untuk diri sendiri juga. Pendapat saya memang berbaloi la, kalau sekali sekala nak menonton di Gold Class, memang selesa, kalau ada apa - apa masalah atau kesulitan tekan saja butang di kerusi terus ada staff datang. Siap ada selimut dan bantal, kalau tidur pun sedap. Kerusi besar, boleh baring dah macam tengok kat rumah je. 






Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday 31: Mercu Tanda


Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday 30: Rilek la bro!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia