Thursday, January 5, 2012

Hotel Ais


Salam semua,

Pagi - pagi ini buka kosmo online dan jumpa satu artikel berkaitan Hotel Ais di Belanda. Hotel ini merupakan hotel ais pertama yang dibina di Belanda. Jadi anda tidak perlu ke kutub utara untuk merasai pengalaman tidur dalam iglu. Pergi sahaja ke Belanda dan menginap di hotel ini. Kepada anda yang bercadang untuk menginap di hotel ini, anda perlu membuat persediaan sama seperti jika anda ingin ke kutub utara. Pastikan baju panas, seluar , sarung tangan dan topi disediakan secukupnya atau anda mungkin akan kesejukan.

Hotel ini dibina sempena dengan Festival mengukir Ais di Zwolle. Hotel ini mempunyai 3 bilik penginapan dan dibina dalam gudang sejuk. Suhu di hotel ini boleh mencecah sehingga paras beku. Terdapat beberapa hotel ais di dunia antaranya hotel ais terbesar terletak di Jukkasjarvi, Lapland, Utara Sweden. Hotel ini mempunyai 47 bilik penginapan.


Kalau pergi hotel ais ni, mahunya tidak dapat tidur. Tahun lepas berkesempatan pergi ke iCity Shah Alam dan saya telah masuk ke Snow Walk yang ada di sana. Itupun tak tahan sejuknya, macam manalah nak tidur dalam hotel ais ini. Saya memang tak tahan sejuk, hari - hari duduk di pejabat, baju sejuk sentiasa dipakai.


iCity Snow Walk

Kredit : Kosmo Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia