Wednesday, January 19, 2011

blur + bosan

semalam merupakan hari yg paling bosan + blur, sebab kesan dari tido yg tak cukup 8 jam…tp bila aku fikir2 balik, sbg org dewasa patutnye hanya perlukan 6 jam je utk tido, mungkin tido yg tak berkualiti kot..sbb tu bangun je pening kepala…pas tu g keje dlm keadaan blur. Kebetulan keje pulak tak berapa nak ada…lg lah menambahkan rasa bosan yg menebal dalam diri aku. Semalam aku rasa masa sgt lambat berjalan, sampai aku boleh kira berapa kali ambulance lalu depan office aku ni. Disebabkan kebosanan tahap melampau, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebaik sahaja jam menunjukkan tepat pukul 6 ptg. Aku terus keluar dari office, menuju ke jejantas yg sudah sedia menanti kepulangan aku. Aku naik jejantas untuk menjaga keselamatan, tak nak aku membahayakan diri melintas di jalan raya yg sesak tu. Aku masih ingat pada org2 tersayang (MyFamily) yg sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku kat sini. Sampai je rumah, aku terus menyiapkan diri untuk tido. Tapi disebabkan awal sangat, so aku baca novel dulu, ambik mood untuk tido. Akhirnya pukul 10 jugak baru aku lelap. Tgh sedap2 tido, tiba2 telepon aku berbunyi, tgk dah pukul 1 pagi, aish…..sapalah yg tepon, tgk nombor tak dikenali terus aku reject. Telepon aku berbunyi lg, aku reject, 3 kali aku reject, tp still call, last2 aku off hp aku. Aku tgk balik nombor tu pagi tadi rupanya, operator dari opis lama aku telepon, mungkin diorg tak tahu aku dah resign kot. Lantak lah, pandai2 lah diorg tepon org lain, aku dah tak support lg. Agak menganggu aku, tp pagi ni bila aku bangun aku rasa segar dan lebih bertenaga…sbb tido cukup dan berkualiti….hehehehe.



Jejantas yg aku gunakan utk lintas jln...


Jalan raya yg sentiasa sibuk....kat sebelah ni ada sekolah...

3 comments:

  1. mmg jimat masa, tapi mengadaikan nyawa jugak

    ReplyDelete
  2. perenggan pun takde kan .. suka baca entri pertama hehe ..tp bee banyak edit entri lama ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia