Saturday, January 6, 2018

Apakah itu JomPAY dan kelebihannya?



Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah satu inisiatif dari Bank Negara bagi memudahkan urusan pembayaran bill secara atas talian. Service ini telah diuruskan oleh Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).



Bagaimana untuk menggunakan JomPAY?

Apa yang anda perlukan adalah internet banking online akaun. Sekiranya anda telah mengaktifkan internet banking service dengan bank berkaitan, anda sudah boleh menggunakan JomPAY.

JomPAY telah bekerjasama dengan 40 bank di Malaysia. Senarai bank berkenaan boleh didapati di sini.

Jika anda lihat pada bill, akan ada satu biller code 4 digit tertera seperti contoh dalam gambar di bawah.

Untuk mengetahui apakah biller code yang lain anda boleh rujuk di senarai ini.

Bill TNB, biller code ialah 5454


Langkah - langkah untuk menggunakan JomPAY.
  • Login ke internet banking bank anda. Contoh di bawah ialah bank CIMB
  • Pergi ke menu PAY dan pilih "Bills"

  • Skrin di bawah akan kelihatan. Jika anda perhatikan ada 2 bahagian berbeza.
  • Bahagian yang bertulis "CIMB Clicks" adalah bayaran bill secara biasa. 
  • Untuk menggunakan bayaran JomPAY, anda perlu masukkan 4 digit biller code pada bahagian yang tertera logo "JomPAY"
  • Kemudian, tekan "Enter"


  • Skrin di bawah akan dipaparkan.
  • Masukkan Ref-1 iaitu nombor akaun TNB anda
  • Masukkan jumlah bayaran
  • Klik "Proceed to Payment"
  • Selesai. Anda akan menerima notification bayaran anda telah berjaya.




Mudahkan!



Apa beza JomPAY dengan bill payment yang biasa?

Saya pasti ramai tertanya-tanya, apa bezanya bayar bill guna JomPAY dengan bayar bill macam biasa guna internet banking.

Beza yang utama adalah REAL TIME. Bayaran menggunakan JomPAY akan terus diterima oleh pihak biller serta-merta. Anda buat bayaran hari cuti pun tidak ada masalah, ianya akan terus diterima oleh pihak biller. 

Jika anda membuat bayaran menggunakan normal bill payment di internet banking, ianya akan mengambil masa kerana ianya diproses secara batch. Lagi satu, ianya hanya diproses semasa hari bekerja. Jika anda membuat bayaran pada hari cuti (sabtu, ahad) ini bermakna, bayaran anda hanya akan diterima pada hari bekerja yang berikutnya.

Katakanlah anda terlupa membuat bayaran, dan pihak penyedia perkhidmatan telah menghantar notis untuk suspend service. Anda boleh menggunakan pembayaran secara JomPAY kerana ianya cepat dan pantas. Ini dapat mengelakkan service anda tidak dapat digunakan.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi JomPAY di http://www.jompay.com.my



~Kimmie~


Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
akubiomed's avatar

akubiomed · 377 weeks ago

Cuba-cuba nak guna tetapi tak menjadi dengan pembayaran air Syabas. Tak tahu lah kot mana silapnya. Ha ha
1 reply · active 376 weeks ago
oh ada keluar apa-apa error ke? Patutnya tidak ada masalah sebab Syabas pun memang salah satu biller JomPAY.
🔊🔊🔊💰💰🚀🚀🇲🇾🇲🇾
*Formula PERCUMA & GERENTI Tempoh 6 Bulan*
*ANDA PENCEN MUDA*

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera..

Mudahnya Bisnes *mypay2u.com*
Jom Daftar
*PERCUMA* Je !!!

MyPay2u.com adalah Cashless Payment Gateway
*(Platform Pembayaran Tanpa Tunai Malaysia)*

*Selama ini anda semua membayar dengan wang tunai* untuk berbelanja barangan keperluan harian, membeli topup, membayar bill telco, utiliti, insuran kenderaan, menginap dihotel, menunaikan umrah dan *Pembayaran Apa2 Sahaja Bill Pembelian*, anda hanya mendapat apa yang dibayar sahaja...
*TETAPI...*
Apabila anda membayar *menggunakan sistem mypay2u.com* samada *Imbasan Aplikasi QR Code di Telefon Pintar* atau *secara sistem online,* anda akan dapat apa barangan yang dibayar dengan harga tetap sama seperti asal..."
Yang paling bestttt !!!
Selama ini tak pernah ada tambahan:
*DAPAT DUIT TUNAI...*
1..REBAT TUNAI
= *0.001% - 5%*
2..INSENTIF TUNAI PENGENAL:
PERINGKAT 1&2 = *1.5%*,
KELOMPOK = *0.3%*,
KEDAI = *0.5%*.
3..INSENTIF TUNAI:
AHLI KE LEADER = *0.2%*
AHLI KE PENGENAL = *0.2%*
🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀
*FORMULA GERENTI ANDA PENCEN MUDA MULAI 2019*
Nak pencen muda..kaya dan bergaya..mesti ada cara dan formula..di mypay2u ada cara yg perlu kita lakukan agar *duplikasi* (daftarkan ahli baru) berlaku..tak ada *duplikasi* tak akan boleh kaya di mypay2u..hanya syok sendiri..dgn system hebat je!!!
Ada Cara!!!!
Jom kita positif..bangunkan modal insan yg mempunyai jiwa usahawan di mypay2u!!!
*Anda boleh !!!*👍😍

Contoh:
Anda wajib ada 500 org direct sponsor.
*i..Insentif Pendaftaran* 500 org x rm5 = *rm2,500*
*ii..Insentif Ahli Aktif*
Peringkat 1 = 0.5%
Peringkat 2 = 1%
Contoh:
1..Peringkat 1
500 orang X RM300 (Perbelanjaan Sebulan) X 0.5% = *RM750.00*
2..Peringkat 2
500 org daftarkan 10 org
= 5,000 org X RM300 (Perbelanjaan Sebulan) X 1% = *RM15,000*
*iii..Insentif Leader & Pengenal*
= 0.4% dari kesluruhan group (Peringkat 1 + 2 = 5, 500 org)
= 5,500 org X 0.4% X RM300 (Perbelanjaan Sebulan) = *RM6,600*

*#Gerenti Pendapatan Anda Berterusan@Pencen*
(RM750 + 15,000 + 6,600)
*= 22,350 Sebulan.*💰💰

*iv..#PERCUMA - Telefon Bimbit Jenama Iphone @ Samsung @ Huawei*

Daftar ahli & kedai & kelompok di mypay2u.com..PERCUMA...
PERCUMA...PERCUMA http://mypay2u.com/Member/register?mli=iskan10304...
saya baru potong bill stremyx.... bill akhir keluar.. dan saya bayar pakai jom pay 2345 ... berapa lama yaa menggambil masa update pembayaran... 3 harri masih tidak mendapat email dri unifi.. boleh bantu en..>>
saya telah menggunakan JOMPAY tetapi berlaku kesilapan pada biller code. Pembayaran telah successfull. Apakah tindakan selanjutnya saya boleh lakukan untuk pembetulan atau dapatkan refund

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia