Saturday, January 27, 2018

#MovieReview: ALONG WITH THE GODS: THE TWO WORLD


Tajuk Filem: 
Along With the Gods: The Two World
Pengarah: 
Kim Yong-Hwa
Cerita Asal: 
Joo Ho-Min
Pelakon: 
Ha Jung Woo
Cha Tae Hyun
Ju Jin Hoon
 Kim Hyang Gi






Sinopsis: 

Kisah tentang kematian seorang anggota bomba Kim Ja Hong (lakonan Cha Tae Hyun) afterlife. Setiap roh  akan melalui 7 perbicaraan dalam masa 49 hari sebelum boleh dilahirkan semula. Gang-rim (lakonan Ha Jung Woo) adalah kapten kumpulan yang akan mengiringi Ja Hong melalui 7 perbicaraan ini. Dia dibantu oleh Haewonmak (Ju Ji Hoon) dan Duk Chun (Kim Hyang Gi).

Komen saya:

Semalam, saya berpeluang menonton filem ini di TGV Sunway Piramid. Pada awalnya setelah saya menonton thriller, saya merasakan filem ini akan ada banyak magic dan perkara yang tidak masuk akal. Saya juga terfikir apakah intipati yang ada dalam filem sebegini. Mungkin hanya imaginasi dan hiburan semata-mata. Setelah habis menonton, saya rasa berbaloi, saya rasa duit yang dibayar untuk harga tiket tidak merugikan malah saya rasa ingin menontonya sekali lagi. 

Kisah yang amat menarik, penuh emosi dan pengajaran. Pastikan anda yang bercadang untuk menonton filem ini, sila bawa tisu. Cerita dimulakan dengan kematian Ja Hong, dan gelagat Haewonmak dan Duk Chun memperkenalkan diri mereka sebagai guardian Ja Hong. Kelakar dan bersahaja. Jika anda pernah melihat lakonan Ju Ji Hoon dalam Prince Hours begitulah dia dalam movie ini sinis dan tidak ada perasaan. Duk Chun pula sangat comel dan dia sangat gembira kerana Ja Hong mendapat tiket insan mulia. Jadi dia merasakan laluan mereka untuk 7 perbicaraan ini akan lebih mudah. Mungkin tidak akan ada dakwaan untuk yang perlu mereka bela.

Namun pihak pendakwa tidak akan melepaskan Ja Hong dengan mudah kerana sekiranya mereka berjaya mendakwa insan mulia, kebarangkalian untuk naik pangkat sangat tinggi. Dalam perjalanan mereka menempuh 7 mahkamah ini bermacam-macam halangan terpaksa mereka tempuh. Kemunculan syaitan dari neraka mengganggu perjalanan mereka. Siapa pula di kalangan keluarga Ja Hong yang mati dan menjadi roh yang berdendam. Gang-rim terpaksa ke dunia manusia untuk menyiasat dan mendamaikan roh tersebut. Sekiranya gagal, pasti perkara buruk bakal berlaku kepada roh Ja Hong.

Satu lagi yang sangat menarik ialah special effek dalam movie ini. Babak di mana batu terapung kelihatan sangat real di mata saya. Anda kena tengok sendiri baru tahu. Jadi ini adalah sebuah filem yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Mesej tentang kasih sayang antara keluarga sangat jelas dan mengharukan. Saya mendengar esak tangis penonton lain dalam panggung ketika kisah ini hampir tiba di penghujung. Pastikan anda membawa tisu, kerana ia akan diperlukan nanti.

Selamat menonton.

Wednesday, January 24, 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com





Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya saya tidak menyertai mana-mana giveaway yang dianjurkan. Jadi bila saya membaca giveaway anjuran Elihjapahar.com, terus semangat untuk buat entri ini.

AZAM BARU 2018.

Bila tiba tahun baru, macam-macam niat dan azam kita tanamkan. Sama ada tercapai atau tidak, tuan punya diri saja yang tahu.

Jadi, tahun 2018 saya berazam untuk membaca buku sebanyak mungkin. Di rumah, masih banyak buku yang belum dibaca. Tahun 2018 akan menjadi tahun membaca. It's time to read.

Saya juga telah mengatur strategi bagaimana untuk menggunakan masa secara maksimum supaya lebih banyak buku dapat dibaca setiap hari.

1 : Pastikan ada sebuah buku untuk dibaca dan dibawa ke mana-mana sahaja.
2 : Ambil masa setiap 15 min pagi, 15 min tengah hari, 15 min petang dan 15 min malam untuk membaca.
3 : Senaraikan tajuk buku untuk dibaca dan tandakan buku yang sudah habis dibaca.
4 : Tampal senarai ini di mana-mana ruang yang dapat dilihat sepanjang masa


Itulah azam tahun 2018 saya. Harap azam ini akan dicapai dengan jayanya.

Jom kongsi azam anda juga.

Monday, January 8, 2018

Jalan-jalan di Taman Botani Negara Shah Alam



TAHUKAH ANDA?

Pada awal penubuhannya pada tahun 1986 ianya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kemudian namanya ditukarkan kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam pada tahun 1991. Pada tahun 2007, namanya sekali lagi ditukarkan kepada Taman Botani Negara Shah Alam. 

Jadi sekiranya anda mendengar atau ada orang bertanya tentang Bukit Cerakah ke, Taman Botani Shah Alam ke atau Bukit Cahaya Seri Alam ianya adalah merujuk pada tempat yang sama.


CAJ TEMPAT LETAK KENDERAAN (Sekali Masuk)

Motosikal     RM 1.00
Kereta/ Van  RM 3.00
Bas / Lori     RM 5.00

BAYARAN MASUK

Dewasa (12 hingga 54 tahun) - RM 3.00

Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) - RM 1.00

Warga Emas ( 55 tahun ke atas)  - RM 1.00

Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim 
dan Orang Kelainan Upaya (OKU)  - Masuk Percuma

RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM   

Dewasa (12 tahun dan ke atas )
RM 3.00 (MUSIM LAIN)
RM 5.00 (MUSIM SALJI)

Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)
RM 1.00 (MUSIM LAIN)
RM 3.00 (MUSIM SALJI)

Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Masuk Percuma

Tiket-tiket dijual di kaunter. Jadi dapatkan tiket anda sebelum masuk ya.

Ada 2 cara untuk anda mengelilingi tempat ini (yang sangat besar):

1 - Jika ingin beriadah anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau anda boleh sewa basikal

2 - Jika anda membawa warga tua (seperti ibu bapa) boleh ambil bas di perhentian yang disediakan selepas pintu masuk. Bas ini akan berhenti di setiap taman-taman yang ada di sini.



TARIKAN DI SINI

  • TAMAN HAIWAN - terdapat banyak haiwan yang dipamerkan di sini seperti burung, kucing, itik, kuda dan rusa. Sesuai untuk bawa anak-anak kecil bagi mengenali haiwan-haiwan ini.
  • RUMAH IKLIM 4 MUSIM - musim di sini akan berubah mengikut musim sebenar di negara-negara 4 musim di luar negara. Pada masa sekarang, musim salji sedang berlangsung sehingga akhir Feb '18. Jadi kalau anda ingin merasa kesejukkannya, sempat lagi pergi sekarang. 
  • TAMAN PADI - kalau anda atau keluarga anda  tidak pernah melihat sawah padi, jadi bolehlah melihat secara dekat di sini. Ada padi, ada pondok di tengah sawah. Cantik dan tenang sekali.
  • TAMAN BUAH-BUAHAN - terdapat pokok-pokok buah-buahan tropika seperti cempedak, durian, rambutan, langsat dan macam-macam lagi. Boleh dapat panduan tentang bagaimana untuk menanam pokok ini di kawasan rumah anda sendiri.
  • RUMAH IDAMAN / TRADISIONAL - rumah tradisional yang mewakili setiap negeri di Malaysia ada di sini. Anda boleh melihat secara lebih dekat seni rekaan unik rumah setiap negeri seperti Pahang, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak dan Terengganu.

Jadi dengan bayaran masuk yang murah memang berbaloi-baloi untuk datang ke sini beriadah sambil meluangkan masa bersama keluarga.

Oh ya, untuk RUMAH ILKIM EMPAT MUSIM, anda akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil kerana bilangan yang terhad sahaja boleh masuk ke dalam pada satu-satu masa. Jadi apabila sampai sahaja di sini, pastikan anda pergi ke meja pendaftaran untuk mendapatkan nombor kumpulan untuk masuk ke dalam.


Ada rusa di rumah iklim empat musim. Sekarang musim salji

Ada aktiviti memanah untuk kanak-kanak dan orang dewasa

Burung di Taman Haiwan

Bergambar kenang-kenangan hadapan Taman Botani


Maklumat lanjut layari laman web TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Saturday, January 6, 2018

Apakah itu JomPAY dan kelebihannya?



Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah satu inisiatif dari Bank Negara bagi memudahkan urusan pembayaran bill secara atas talian. Service ini telah diuruskan oleh Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).



Bagaimana untuk menggunakan JomPAY?

Apa yang anda perlukan adalah internet banking online akaun. Sekiranya anda telah mengaktifkan internet banking service dengan bank berkaitan, anda sudah boleh menggunakan JomPAY.

JomPAY telah bekerjasama dengan 40 bank di Malaysia. Senarai bank berkenaan boleh didapati di sini.

Jika anda lihat pada bill, akan ada satu biller code 4 digit tertera seperti contoh dalam gambar di bawah.

Untuk mengetahui apakah biller code yang lain anda boleh rujuk di senarai ini.

Bill TNB, biller code ialah 5454


Langkah - langkah untuk menggunakan JomPAY.
  • Login ke internet banking bank anda. Contoh di bawah ialah bank CIMB
  • Pergi ke menu PAY dan pilih "Bills"

  • Skrin di bawah akan kelihatan. Jika anda perhatikan ada 2 bahagian berbeza.
  • Bahagian yang bertulis "CIMB Clicks" adalah bayaran bill secara biasa. 
  • Untuk menggunakan bayaran JomPAY, anda perlu masukkan 4 digit biller code pada bahagian yang tertera logo "JomPAY"
  • Kemudian, tekan "Enter"


  • Skrin di bawah akan dipaparkan.
  • Masukkan Ref-1 iaitu nombor akaun TNB anda
  • Masukkan jumlah bayaran
  • Klik "Proceed to Payment"
  • Selesai. Anda akan menerima notification bayaran anda telah berjaya.




Mudahkan!



Apa beza JomPAY dengan bill payment yang biasa?

Saya pasti ramai tertanya-tanya, apa bezanya bayar bill guna JomPAY dengan bayar bill macam biasa guna internet banking.

Beza yang utama adalah REAL TIME. Bayaran menggunakan JomPAY akan terus diterima oleh pihak biller serta-merta. Anda buat bayaran hari cuti pun tidak ada masalah, ianya akan terus diterima oleh pihak biller. 

Jika anda membuat bayaran menggunakan normal bill payment di internet banking, ianya akan mengambil masa kerana ianya diproses secara batch. Lagi satu, ianya hanya diproses semasa hari bekerja. Jika anda membuat bayaran pada hari cuti (sabtu, ahad) ini bermakna, bayaran anda hanya akan diterima pada hari bekerja yang berikutnya.

Katakanlah anda terlupa membuat bayaran, dan pihak penyedia perkhidmatan telah menghantar notis untuk suspend service. Anda boleh menggunakan pembayaran secara JomPAY kerana ianya cepat dan pantas. Ini dapat mengelakkan service anda tidak dapat digunakan.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi JomPAY di http://www.jompay.com.my



~Kimmie~


Friday, January 5, 2018

Jalan-jalan di I-City Shah Alam


I-City Shah Alam terletak di Seksyen 7 berhampiran dengan UiTM Shah Alam. Untuk ke sini, anda boleh memandu kereta kerana terdapat banyak lot parking, jadi tidak perlu risau. Tiada bayaran untuk masuk, cuma anda perlu bayaran parking sahaja. Itu bergantung kepada berapa jam anda di sini. 

Terdapat pelbagai jenis pokok yang dicipta dengan hiasan lampu yang berwarna-warni. Memang bercahaya, maklumlah ini City of Digital Lights.


Selain dari lampu yang berbagai warna ini, terdapat banyak lagi tarikan lain di I-City Shah Alam ini. 
Antaranya Snowalk, Trick Art Museum, Red Carpet, Waterworld, House of Horror, ITSY BITSY dan 5D Cinema.

Tempat ini memang sesuai untuk rekreasi bersama keluarga. Aktiviti untuk kanak-kanak ada, untuk orang dewasa pun ada. Untuk tiket masuk ke Taman Tema, anda boleh memilih untuk membeli tiket All Day pakej atau anda boleh beli tiket masuk ke tempat pilihan saja. Tiket boleh dibeli secara online di iticket.i-city


Senarai tarikan di I-City Shah Alam

City of Digital Lights
Mon - Thur 5pm - 12am
Fri  5pm - 1am
Sat (incl. School, Public & Eve of Public Holidays) 5pm - 1am
Sun 5pm - 12am

Space Mission
Opening Hours
Mon - Thurs 5pm - 12am
Fri  5pm - 1am
Sat, Public & School Holidays 5pm - 1am
Sun 5pm -12am

Snowalk
Mon - Thurs: 11am - 12am
Fri 11am - 1am
Sat, Public & School Holidays: 11am - 1am
Sun 11am - 12am

Red Carpet
Mon - Thurs: 11am - 12am
Fri 11am - 1am
Sat, Public & School Holidays: 11am - 1am
Sun 11am - 12am

House of Horror
Mon - Thurs 5pm - 12am
Fri  5pm - 1am
Sat, Public & School Holidays 5pm - 1am
Sun 5pm - 12am

Trick Art Museum
Mon - Thurs 11am - 12am
Fri  11am - 1am
Sat (incl. Public and School Holidays) 11am - 1am
Sun  11am - 12am

5D Cinema
Mon - Thur 5pm - 12am
Fri  5pm -1am
Sat (incl. School, Public & Eve of Public Holidays) 5pm - 1am
Sun 5pm-12am

WaterWorld
Mon, Wed - Fri 11am - 7pm
Sat, Sun,Public  10am - 7pm
School Holiday (Mon - Sun)10am - 7pm
* Closed on Tuesdays unless it's a Public or School Holiday

ITSY BITSY (Taman Tema untuk kanak-kanak)
Mon - Thurs 5pm - 12am
Fri   5pm - 1am
Sat,Public & School Holidays  5pm - 1am
Sun 5pm - 12am





Raksasa pun ada buat part-time kat I-City


Menikmati keindahan lampu yang berwarna-warni


Naga Hungarian Horntail yang dalam cerita Harry Potter and Goblet of Fire



Thursday, January 4, 2018

Tips Pindah Rumah Apartment



Assalamualaikum semua.

Lama saya tidak menulis entri baru. Sibuk ke sana sini, buat itu buat ini, lupa blog sekejap. Tengah rehat - rehat depan tv ni, teringat pulak nak kongsikan tip-tip pindah rumah. Maklumlah saya baru saja pindah rumah, so apa yang saya buat dan alami masih segar dalam ingatan.

1) Packing barang.
  • Asingkan barang anda mengikut kategori - baju, barang kaca, buku, barang elektrik.
  • Tandakan kotak atau letak label, supaya nanti senang nak cari barang
  • Pastikan anda labelkan kotak yang mengandungi barang kaca. Penting untuk anda labelkan dengan jelas supaya barang kaca anda tidak pecah. Nanti nangis tak berlagu...heheheh
  • Fokus pada satu bilik dahulu, contoh pack barang untuk bilik anda dahulu. Jadi barang tidak akan bercampur aduk.
  • Kemas dapur paling akhir sekali.
  • Di kediaman baru, un-pack barang dapur dahulu. Penting untuk pastikan kita boleh makan dan minum sambil bekerja untuk mengemas barang-barang yang lain.
  • Oh ya, adalah lebih baik jika anda boleh sediakan satu special box. Anda boleh letakkan sedikit keperluan asas yang anda boleh terus guna bila tiba di rumah baru.
Oh ya, kalau anda masih mencari - cari di mana boleh dapatkan semua keperluan untuk packaging boleh ke website ini packagingmart. Semua ada di jual disini - boxes, bubble wrapping, tapes, stretch film dan macam - macam lagi.


2) Mover
  • Buat tempahan lori untuk membawa barang anda ke tempat baru
  • Banyak perkhidmatan yang ditawarkan sekarang. Saya telah memilih menggunakan thelorry
  • Sila lihat quotation yang mereka beri dengan teliti, jika bersetuju baru buat pengesahan dan bayaran.
  • Untuk makluman, thelorry ada menyediakan khidmat tambahan seperti tenaga kerja (yang tolong angkat barang), atau anda boleh langgan khidmat untuk membungkus barang-barang yang besar seperti katil, almari.
  • Semua perkhidmatan tersebut ada harga yang ditetapkan, jadi jika rasa perlu boleh ambil, jika tidak boleh sewa lori sahaja.


3. Tarikh dan Masa 
  • Anda perlu tetapkan tarikh dan masa untuk berpindah. Biasanya jika anda tinggal di apartment, perlu dapatkan kebenaran dari pihak pengurusan.
  • Seperti saya, ada borang yang perlu diisi beserta dengan maklumat lori dan driver.
  • Di rumah baru juga saya perlu maklumkan kepada pengurusan bila saya nak pindah masuk.
  • Ini kerana, mereka boleh sediakan parking untuk lori dan melihat kesesuaian tarikh tersebut supaya tidak menggangu jiran dan memastikan keselamatan terjamin.


4.  TNB dan SYABAS.
  • Pastikan anda telah menyelesaikan urusan bekalan elektrik dan air ke rumah baru anda.
  • Pastikan ianya selesai sebelum anda pindah masuk.
  • Sebelum pindah, boleh pergi check dulu untuk pastikan bekalan elektrik dan air telah tersedia.
  • Kalau anda beli rumah sub-sale macam saya, boleh rujuk entri ini untuk cara-cara menukar nama pemilik.

5. LAIN-LAIN TIPS
  • Pastikan rumah dalam keadaan bersih sebelum masuk. Seeloknya cuci dulu seluruh rumah sebelum anda angkut semua barang. 
  • Kalau rumah sub-sale macam saya, apa kata cat dulu sebelum masuk baru rasa macam rumah baru. Lagipun bila dah masuk baru nak cat, akan jadi leceh sikit sebab perlu alihkan semua barang yang ada dalam rumah.
  • Kalau ada ASTRO, anda boleh request dengan mereka untuk pasangkan antena ASTRO anda dirumah baru. Oh ya, tapi anda perlu bawa sendiri piring ASTRO yang besar itu ke destinasi baru.
  • Jangan lupa juga update maklumat anda (alamat baru) pada pihak yang berkenaan. Tidaklah nanti anda menghadapi masalah surat-surat tidak sampai ke alamat baru. Perkara ini selalu kita lupa, tapi bila surat penting tidak sampai, itu akan menjadi masalah kepada kita.
  • Contohnya maklumat di syarikat insurance, bill handphone, bank akaun.
Harap tip-tips di atas dapat membantu anda yang sedang dalam rancangan untuk berpindah rumah.

~Kimmie~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia