Thursday, April 26, 2012

Makan di Seoul Garden










Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday 24 - Pagi yang cerah



Tuesday, April 24, 2012

Blogwalking yang sudah lama ditinggalkan.

Salam semua,

Akhirnya exam mid term telah selesai dijawab. Apa yang perlu dilakukan, usah toleh ke belakang lagi, terus tingkatkan usaha untuk final exam yang bakal menjelang lagi 6 minggu. Dalam kesibukan yang bakal ditempuhi di pejabat dan juga tugasan pelajaran yang akan dilakukan, pasti tidak lupa untuk menjalankan aktiviti blog walking yang dah agak lama dikurangkan. Maklumlah perlu menumpukan kepada tugasan dan kerja yang ada dateline.

Jadi sedang cuba berusaha untuk aktif kembali dalam berblog walking dalam masa yang terdekat ini.

Walking...



Monday, April 23, 2012

My #toshibaultrabook lebih ringan daripada...

Salam semua,

Entri pantas, tarikh tutup hampir tiba, jadi saya menaip entri ini dengan secepat yang boleh.

My #toshibaultrabook lebih ringan daripada satu botol air mineral Spritzer 1500ml yang mengandungi air.



Saya baru terperasan betapa ringannya Toshiba UltraBook ini, bila mana terpandang botol air Spritzer 1.5L. Toshiba UltraBook ini hanya 1.12kg, jadi lebih ringan daripada air mineral Spritzer 1.5L...memang mengagumkan.


The Toshiba Portégé Z830 UltrabookTM Inspired by Intel is the world’s lightest 13” UltrabookTM with the most complete set of ports. This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.

Sunday, April 22, 2012

Lirik Lagu | Semua Isi Hatimu


kau katakan padaku
betapa lelahnya dirimu
menghadapi aku

kau katakan padaku
ingin kau mengakhiri
semua ini

tak bisakah engkau cuba
melihat diriku
dan semua cintaku

tak bisakah engkau cuba
hargai hatiku
dan perasaanku untukmu

cubalah tuk mengerti aku
seperti aku yang mengerti
semua tentang dirimu

cubalah untuk merasakan ku
seperti aku yang merasakan
semua isi hatimu

Friday, April 20, 2012

Exam Mid Term sudah hampir tiba

Salam semua,

Nampaknya exam tiba lagi dan perlu dihadapi dengan tenang. Hanya doa dari kalian saya pohon semoga saya berjaya menjawab soalan - soalan exam mid term kali ini dengan baik. Semua doa dari kalian saya ucapakan terima kasih. Exam saya pada 21/04/2012 dan 22/04/2012.

Satu subject financial dan satu lagi subject undang - undang. Semoga saya berjaya menempuh saat genting ini dengan baik. Sehingga jumpa lagi. Doakan saya ye!! :)



Sekadar Hiasan, Sumber: Google

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday 24: Kuih apakah ini?


Tuesday, April 17, 2012

Pekan Sari Di Temerloh

Salam semua,

Tidak sempat untuk menulis banyak kali ini, jadi saya kongsikan gambar ketika pergi ke pekan sari di Temerloh. Memang rambang mata pergi ke pekan sari ni, macam - macam ada. Semua rasa nak di beli.


Mercu tanda di bandar Temerloh


Ikan paling popular ni..:)










Walaupun bukan hari raya, dodol pun ada dijual.




p/s: Pernah sampai tak pekan sari temerloh? 


Friday, April 13, 2012

Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my!


Salam semua,

Mari kita sertai contest mudah dari blogr.my. Caranya seperti dibawah:






Syarat-Syarat Wajib:
  1. Follow twitter @blogrMY
  2. Buat satu entri dengan tajuk “Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my!
  3. Ping entri tersebut di http://blogr.my (pilih kategori ‘kontest’)
  4. Tinggalkan komen di entri ini beserta link yang telah di ping tadi & twitter anda

Syarat-Syarat Sunat: (tak buat pun takpe)
Apa yang perlu ada dalam entri tersebut?
Hanya letakkan screenshot laman web http://blogr.my (tak kisah page mana) se-kreatif mungkin (tak kisah jika anda nak edit atau tidak) dan anda bebas untuk menambah apa sahaja di dalam entri tersebut. Nak copy entri ini semuanya pun boleh. Itu sahaja.
Hadiah:
  • Hadiah utama: RM100
  • Saguhati: RM10 x 5
Tarikh Tutup: 23:59 30 April 2012

Thursday, April 12, 2012

Santai: Makan di Fullhouse

Salam semua,


Hari ini berkongsi gambar masa saya pergi makan di Fullhouse sempena meraikan hari lahir kawan di pejabat. Bulan lepas kami semua pergi, tapi lupa pula nak berkongsi gambar - gambar menu ini dengan anda semua.


Kami semua memilih untuk makan set lunch yang mengandungi sup of the day , makanan utama (kami pilih spaghetti pasta  dan chicken chop), teh o ais limau dan kek. 


Lokasi : Fullhouse, Sunway Piramid
Menu: Set 1 Spaghetti Pasta with Turkey Ham and Mushroom Cream (RM16.90)
          Set 3 Wok Sear Chicken Chop with Daily Vegetable (RM18.90)









Wok Sear Chicken Chop with Daily Vegetable


Spaghetti Pasta with Turkey Ham and Mushroom Cream




Tuesday, April 10, 2012

Esok cuti umum, tapi saya tidak bercuti

Salam semua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua kata - kata semangat anda yang telah membantu saya untuk menyiapkan beberapa tugasan. Antara yang telah berjaya disiapkan Financial Management (tugasan 1 dan 2).  


Tugasan mingguan untuk satu lagi subject Business Ethic juga telah siap draf pertama dan telah di hantar kepada ketua kumpulan untuk semakan. Doakan tugasan tersebut diterima oleh ketua kumpulan saya.  

Bagaimanapun kegembiraan cuti umum esok tidak berpanjangan apabila pensyarah untuk subject Financial Management telah memberikan satu lagi tugasan untuk dibuat ketika cuti umum ini. Beliau telah menghantar email siang tadi kepada semua pelajar dan emailnya berbunyi begini :-

"Tomorrow public holiday is for the rest of the public, not for MBA UKM"

Jadi aktiviti esok sudah pasti melakukan pengiraan untuk membuat capital budgeting bagi syarikat yang telah diberikan. Esok adalah hari untuk mengira.


Mata memang sudah mengantuk sangat ini, jadi saya mahu tidur dahulu...selamat malam semua.

Friday, April 6, 2012

Lelaki Kacak - Johnny Depp

Salam semua,

Hari ini cuma ingin berkongsi tentang seorang lelaki kacak yang memang pandai berlakon. Bermacam - macam watak telah dilakonkan olehnya. Johnny Depp...anda minat dengan pelakon ini. Saya minat juga, tapi saya memang ada seorang kawan yang sangat - sangat minat pelakon ini. Sehinggakan setiap kali saya nampak gambar Johnny Depp atau baca apa - apa berita tentang Johnny Depp akan teringat kepada kawan saya yang seorang ini. 


Terbaru, dalam perjalanan untuk ke HP Tower untuk training, saya telah ternampak poster filem terbaru Johnny Depp berjudul "Dark Shadows". Terus terdetik dalam hati, "Berry mesti nak tengok movie ni". Hahahaha....begitulah kuatnya kaitan Johnny Depp dengan kawan saya Berry. 


Johnny Depp sebagai Willy Wonka dalam 
Charlie and Chocolate Factory

Saya ada beberapa filem lelaki kacak - Jonny Depp yang saya suka antaranya Charlie and Chocolate Factory, Edward Scissorhands, Pirates of the Caribbean dan Alice In Wonderland. Kalau ikutkan banyak lagi filem - filem lakonan lelaki kacak ini. 



The Hatter dalam Alice In Wonderland

Dalam filem terbaru lelaki kacak ini memang watak sebagai Vampire. Kisah berlatar belakangkan sekitar tahun 1752 dan filem ini terbitan Warner Bros dan diarahkan oleh Tim Burton. Genre berbentuk komedi, seram, suspend dan romantik. Antara pelakon lain dalam filem ini ialah Michelle Pfeiffer, Helena Bonham Carter, Eva Green, Jackie Earle Haley, Jonny Lee Miller, Bella Heathcote, Chloe Moretz, and Gulliver McGrath.


Filem ini bakal ditayangkan pada bulan May 2012. Jadi kepada peminat - peminat lelaki kacak ini jangan lupa saksikan filem ini di pawangan berhampiran anda. 


Johnny Depp sebagai Barnabas Collins dalam Dark Shadows



Captain Jack Sparrow

Anda bagaimana? Suka dengan lakonan lelaki kacak ini, mari kongsikan dengan saya.

sumber gambar:google.com

Thursday, April 5, 2012

MBA: Assignment yang banyak.

Salam semua,

Sekarang sedang duduk depan laptop sambil mendengar rancangan The Voice di television. Tengah cuba untuk mencari idea untuk menyiapkan tugasan - tugasan yang tidak siap - siap lagi ini. Ada satu tugasan individu untuk subject Business Law, ada satu group assignment untuk Financial Management dan ada satu case study yang perlu dikaji untuk subject Marketing Management.


Esok akan terus menyambung perjuangan dalam menghabiskan training Unix Fundamental. Masih berbaki 2 hari untuk ditamatkan. Ada 18 modul untuk dipelajari. Di akhir hari ke-3, saya sudah berjaya menamatkan pelajaran sehingga modul ke 12. Lagi 6 modul, lebih sukar dan lebih mencabar minda kerana 6 modul terakhir berkaitan dengan network dan programming.



sumber: google search

Ada juga niat untuk menyertai beberapa contest dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger - blogger lain, tapi semuanya terbantut. Contohnya giveaway sharing is caring ini. Anda pun mari lah menyertai giveaway ini. Tarikh tutup pada 30 April 2012. 


p/s: Idea untuk mengarang pantun pun macam sudah kering dan tidak kunjung tiba pula malam - malam ini. 



Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday 23 - Kesan






Monday, April 2, 2012

Training Unix Fundamental - 5 hari

Salam semua,

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat - sihat saja. Lama kita tidak bersua di alam maya ini. Ceh wah..apa kena dengan saya hari ini. 

Saya sebenarnya akan menjalani training sepanjang minggu ini di HP Towers Bukit Damansara. Training tentang HP Unix Fundamental yang dianjurkan oleh PSMB. 

Jadi memang tidak sempat nak berblog walking ke blog - blog kawan - kawan. Nanti bila ada masa saya akan berkunjung ke blog anda semua ye.

Jumpa lagi...:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia