Friday, February 22, 2013

MBA: 5 kali pinangan ditolak

Salam semua,

Rasanya sudah lama betul saya tidak berkesempatan untuk menulis entri baru. Kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Bila sudah lama tidak menulis, mula lah perasaan malas itu datang. Satu perasaan yang tidak sihat, jadi harus dilawan. :)

Hari ini saya cuma ingin bercerita, tentang perjalanan saya dalam mendapatkan master. Akhirnya sudah sampai ke semester terakhir, yang mana saya dapat rasakan akan menjadi semester yang paling mencabar. Sebenarnya cabaran itu telah bermula sebelum saya mendaftar untuk semester ini lagi. Cabaran pertama yang perlu dilalui ialah mendapatkan supervisor untuk research paper. 

Berdasarkan apa yang terjadi kepada saya, jadi ingin saya nasihatkan kepada bakal - bakal pelajar yang akan memasuki semester akhir, sila cari supervisor anda lebih awal. Jangan jadi macam saya, 5 kali 'pinangan' ditolak kerana baru saya tahu yang saya dah lambat. Pelajar lain dari semester lepas sudah mula mencari supervisor mereka.

Bagaimanapun, alhamdulilah, setelah 5 kali ditolak, akhirnya saya berjumpa dengan supervisor yang dapat menerima tajuk saya. Terima kasih Prof, kerana sudi menjadi supervisor untuk research paper saya. Dengan itu selesai satu tugasan mencari supervisor. 

Cabaran bakal diteruskan dengan menunggu keputusan komuniti di GSB, sama ada tajuk yang dipilih saya dan dipersetujui oleh Prof, diluluskan oleh komuniti atau tidak. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, mensyuarat tersebut telah berlangsung pagi tadi di UKM. Bagaimana pun saya masih belum mendapat keputusannya. Jadi sedang menanti dengan sabar.

Seperti biasa, semester ini 3 lagi subjek baru akan dipelajari iaitu Corporate Finance, International Marketing  dan Strategic Management. Minggu pertama kelas telah bermula minggu lepas, perkara yang menarik ingin saya kongsikan ialah mantera di bawah:

Mantera untuk Public Speaking - Practice, Practice, Practice
Mantera untuk Property - Location, Location, Location
Mantera untuk Leadership - Execution, Execution, Execution
Mantera untuk Management - Communication, Communication, Communication

Jadi, tak sabar rasanya meneruskan pengajian dan saya harap dapat berkongsi lebih banyak ilmu dengan anda semua.

Sampai jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia