Wednesday, February 29, 2012

Hanya klik, anda mampu mengubahnya.

Salam semua,

Hari ini saya ingin mengajak teman - teman dan pembaca yang datang ke blog saya untuk beramal dengan cara yang amat mudah. Saya rasa kalau kita tidak mengambil kesempatan ini untuk membantu keluarga arwah adik Faris Nur Daniel adalah sesuatu yang merugikan.

Cara untuk beramal yang sangat mudah, tidak perlu keluar peluh, tidak perlu keluarkan wang pun, hanya dengan mengklik di button - button sosial media (FB Like, Tweet, LinkedIn dan Komen) di entri blog DenaiHati ini anda sudahpun membantu. Setiap klik, like, tweet dan komen akan ditukarkan kepada wang tunai oleh seorang penaja yang baik hati.

Jadi kawan - kawan, jangan berlengah lagi, ringankan tangan anda untuk mengklik semua button sharing tersebut dan anda telah pun memberikan sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Setiap klik yang anda lakukan mampu memberikan keceriaan dan senyuman di wajah insan lain.


bunga kekwa cantik sekali,
menjadi hiasan di tepi rumah,
bukan permata yang diingini,
hanya klik mu saja diraih.

Wordless Wednesday 18 - agak - agak objek apa ni?


Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012



setiap hari terus berjalan,
menuju destinasi idaman,
setiap langkah menuju kejayaan,
usaha pasti perlu diteruskan.

kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam dicuba jangan,
kalau memang inginkan kejayaan,
terus mengharungi apa jua rintangan.

indah sekali mentari pagi,
dihiasi dengan kicauan burung,
sungguh benar hasrat dihati,
terus berjuang sampai ke hujung.

sang kancil bijak berfikir,
membantu rakan dalam kesusahan,
hidup pasti ada perit getir,
usah mengalah teruskan perjuangan.

Tuesday, February 28, 2012

Informasi: Cara - cara menukar Kad ATM CIMB ke Kad Debit

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk menukarkan kat ATM CIMB anda kepada Kad Debit CIMB. Dalam hidup kita perlu sentiasa memberi dan berkongsi, jadi saya ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan ialah:
  • Pergi ke mana - mana cawangan CIMB bank terdekat.
  • Pastikan anda membawa Kad Pengenalan dan Kad ATM CIMB anda
  • Ambil nombor untuk melakukan urusan di kaunter.
  • Di kaunter, beritahu tujuan anda untuk menukarkan kad ATM ke kad Debit
  • Pegawai di kaunter anda memberikan anda borang pengesahan untuk ditandatangani. Anda akan diminta untuk mengisi sedikit butiran diri.
  • Kemudian pegawai akan merekodkan no siri kad debit yang bakal diberikan kepada anda
  • Permohonan anda akan diproses, anda perlu menunggu lebih kurang 5-10 minit (masa pergi tidak ramai pelanggan).
  • Bila selesai diproses, anda akan diberikan kad debit yang baru, no pin sementara.
  • Sila ke ATM berhampiran untuk menukarkan no pin anda.
  • Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB Clicks - anda perlu memohon e-pin yang baru di mesin ATM
  • Untuk CIMB Clicks, sila login ke akaun anda dan sistem akan automatik mengesan yang anda telah bertukar ke Kad Debit.
  • Anda akan diminta memasukkan 16 digit no kad debit anda yang baru beserta no e-pin yang baru.
  • Password untuk CIMB clicks anda adalah sama seperti yang lama.

Jadi mudah sahaja untuk menukarkan kad ATM lama ke Kad Debit yang baru. Selamat bertukar :)

Burung kedidi terbang melayang,
hinggap sebentar di pohon kelapa,
kad ATM lama dipotong sayang,
tapi kad debit baru cantik juga.

Sunday, February 26, 2012

Santai: Pantun Gadjet Impian

Salam semua,

Harap anda semua dalam keadaan sihat dan bergembira, hari ini nak mencuba buat pantun, jom tengok ada bakat tak saya menulis pantun :-

Dua tiga si kucing belang,
Mana nak sama si comel itu,
Dua tiga gadjet dicadang,
Mana nak sama dengan smartphoneku.

Kongsi 1M dan dapat dapat bayaran.

Tinggi - tinggi pohon kelapa,
Hidup subur di tepian,
Tinggi sungguh hajat dicita,
Harap dapat gadjet impian.

Kalau suka mengail ikan,
Mari mengail di sungai koyan,
Kalau gadjet itu ku dapatkan,
Seperti impian menjadi kenyataan.

Cuba - cuba menanam ubi,
Ubi ditanam di kebun saya,
Jika itu hasrat dihati,
Terus berusaha sampai berjaya.

Kiri sudi kanan pun sudi,
Susahnya hati membuat pilihan,
Hidup ini pasti lebih berseri,
Jika dapat gadjet impian.

Bunga melur indah berseri,
Bila dilihat di pagi hari,
Gadjet impian idaman hati,
Mungkin juga Iphone SIRI.

Giveaway dari Moscow..hari terakhir jom join

p/s: harap pantun saya dapat menghiburkan anda, di malam minggu ini :)

Thursday, February 23, 2012

Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"

Salam semua,

Apa khabar anda semua hari ni, harap semua masih lagi dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia selalu. Sudahkah anda meluangkan sedikit masa untuk membantu peserta - peserta contest gadjet impian? Jika belum boleh lihat bagaimana untuk memberi sokongan kepada mereka.



Hari ini, saya telah membaca satu artikel berkaitan dengan "Ceiba Pentandra" - Kosmo! Online - Rencana Utama. Tahukah anda apa itu "Ceiba Pentandra"? Ini adalah nama saintifik untuk pokok kekabu. Pokok kekabu ini tergolong dalam keluarga Bombacaceae.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday 17 - Pernahkah anda melihat objek ini?

Tuesday, February 21, 2012

Mari berikan sokongan anda kepada mereka

Salam semua,

Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. 

Hari ini saya ingin meminta jasa baik anda semua, untuk menunjukkan rasa sokongan anda kepada mereka. Cara yang perlu dilakukan sangat mudah, tidak perlu keluarkan wang simpanan atau pun wang saku, hanya dengan klik - klik juga taip - taip komen lebih kurang 7 patah perkataan sahaja.


Saya rasa kita semua mempunyai impian kan, jadi apa kata kita tolong mereka merealisasikan impian mereka dahulu. Setiap perbuatan baik yang kita lakukan, insya allah akan diberkati Allah. Bagaimana setiap pertolongan kita dibalas, itu hanya Allah sahaja yang tahu.


Seperti yang saya katakan, sangat mudah hanya perlu tweet, FB Like, linkedin, G+ dan komen banyak - banyak di entri - entri di bawah:

1) Iphone 4S Impian Puanbee - boleh sokong sehingga 11.59PM, 23/02/2012
2) Nikon D90 Impian MJ - boleh sokong sehingga 11.59PM, 24/02/2012
3) Iphone 4S Impian Yanmie - boleh sokong sehingga 11.59PM, 25/02/2012
4) Samsung Galaxy Tab 10.1 Impian Zulseffort - boleh sokong sehingga 11.59PM, 23/02/2012
5) Macbook Pro Impian Affan Ruslan -boleh sokong sehingga 11.59PM, 21/02/2012
6) Macbook Air Impian Ariffshah - boleh sokong sehingga 11.59PM, 26/02/2012
7) Macbook Pro Impian Aku mahu hidup bebas - boleh sokong sehingga 11.59PM, 26/02/2012

Jadi ringankan tangan anda untuk melawat entri - entri ini dan berikan sokongan anda kepada mereka. Klik - klik saja, tak keluar peluh pun, kalau dengan bantuan kita mampu buat mereka tersenyum, apa salahnya kan.

Zulseffort ada buat contest pada sesiapa yang membantunya, contest copy paste dan menang USD5, dan contest retweet, mention dan menang ebook.

Ariffshah pun ada buat giveaway untuk siapa yang tolong beliau di giveaway hadiah dari moscow

MJ pun baik hati ingin memberi sesuatu kepada penyokong - penyokong setianya di MJ nak menang Nikon D90

Sunday, February 19, 2012

Kraftangan dan aku

Salam semua,

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan membaca tulisan di blog saya ini. Saya amat menghargainya. Entri kali ini saya berkisar tentang kisah kraftangan. Sebenarnya entri ini sempena pertandingan yang dianjurkan oleh blog ligakampung. Kebetulan saya baru pulang dari Sabah. Jadi saya ingin menceritakan kisah kraftangan dan aku ketika di Sabah.


Seperti yang anda semua ketahui, orang Sabah sangat kreatif, mereka banyak menghasilkan berbagai - bagai jenis kraftangan. Hinggakan di Kota Kinabalu terdapat sebuah pasar yang menjual segala jenis kraftangan yang mereka hasilkan. Pasar ini sangat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan yang dikenali sebagai Pasar Kraftangan. Di pasar ini lah saya berjalan lebih 5 jam. Terlalu asyik melihat dan mebelek hasil kraftangan yang di pamerkan di sini. Macam - macam ada, dari gelang tangan mutiara, alat - alat muzik seperti gitar, dengang (bersaiz kecil sebagai hiasan), bakul, beg dan pelbagai barangan lagi.




Sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di pasar ini, boleh beli cenderamata untuk di bawa pulang. Ini gelang mutiara yang cantik dan murah, sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada teman - teman.



Selain itu, terdapat satu lagi tempat yang menjual barangan kraftangan di Kota Kinabalu iaitu Pasar Ahad atau Sunday Market. Gerai - gerai di sini mula dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 petang. Di sini juga anda dapat melihat berbagai jenis barang makanan, pakaian, kraftangan dan ada juga khidmat mengurut kaki. Kalau sudah penat berjalan boleh singgah urut kaki di sini, kos urutan hanya RM20 untuk 30 minit.




bekas - bekas tembikar.

Setakat ini sahaja entri kali ini, kepada peminat - peminat kraftangan memang tidak rugi sekiranya berkunjung ke Sabah. Kalau ada masa, saya ingin berkunjung ke sama lagi untuk melihat perkampungan kebudayaan di sana. Mesti ada banyak lagi hasil kraftangan yang boleh kita lihat.

"Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’."

Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini

Salam semua,

Seperti yang anda ketahui, saya sedang menyambung pelajaran di UKM dan mengikuti kursus MBA secara separuh masa di sana iaitu setiap sabtu. Sebelum ini saya telah habis semester 1 dan sekarang sudah mula pengajian untuk semester 2. Untuk semester ini, saya mengambil mata pelajaran pengurusan pemasaran. Jadi di kelas pertama minggu ini, pensyarah ada menerangkan tentang kepentingan sesuatu tagline untuk meletakkan di mana kedudukan sesuatu produk itu dalam minda pengguna.


Jadi mari kita sama - sama fikirkan, dimana produk - produk ini di dalam minda kita, apabila kita melihat tagline yang mereka gunakan. Dengan kata lain, apa yang terlintas di fikiran kita bila kita nampak, dengar atau baca tag line tersebut:-


Honda - The Power Of Dreams
KFC - It's finger liking good
McDonalds - great time, great taste
Hot FM - Lebih hangat daripada biasa
Disneyland - The happiest place on earth
Intel - Intel Inside
Panasonic - Ideal for life
BMW - The Ultimate Driving Machine
Apple - Think Different
AirAsia - Now Everyone can fly
P1 Wimax - Broadband for All
Dell - Easy as DELL
Zaitun - Gunakan tanpa was - was




Di bawah ini, iklan TANG, anda pernah tengok iklan ini?



Menurut apa yang diceritakan oleh pensyarah dalam kelas tadi, hasil jualan produk TANG di Malaysia kurang mendapat sambutan disebabkan iklan yang disiarkan tidak menepati kehendak pengguna pada masa itu. Apa anda rasa kesilapan iklan ini yang tidak dapat menarik perhatian pengguna?

Saturday, February 18, 2012

Copy paste dan menang USD5

Salam semua,

Apa khabar anda semua hari ini, harap semua dalam keadaan sihat. Ini ada satu peraduan menarik untuk disertai dan caranya sangat mudah seperti di bawah:

“Jom retweet, plusone , like, linkedin dan komen post zulseffort di blog denaihati. Zulseffort ada beri hadiah juga kepada yang sokong contohnya Ebook percuma di sini dan juga contest Copy Paste dan Menang berakhir 22/2/2012 . Pemenang contest copy dan menang ini ditentukan dengan cara random.org."


Peraduan ini di buat semperna peraduan gadjet impian yang dianjurkan oleh DenaiHati. Apa lagi, mari ramai - ramai membantu blogger zul untuk memenangi gadjet impiannya dan kita juga ada peluang untuk menang ebook percuma. Apa tunggu lagi, mari sama - sama meriahkan :)


Friday, February 17, 2012

Santai: Opick - Rapuh



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan
KepadaMu yg terindah dalam hidupku

Mestiku rapuh dalam langkah
Kadang tak setiap kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa hanyalah
padaMu

Maafkan lah bila hati 
Tak sempurna
MenyintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu.

Saya suka lagu ini, bait - bait liriknya mengingatkan kita seorang hamba yang kerdil, sentiasa mengharapkan keampuanan Allah dan berharap yang kita akan sentiasa mengingati dan mencintai Allah lebih daripada yang lain. Masa akan terus berjalan, apa juga yang kita lalui dalam kehidupan ini, semuanya berakhir pada Allah. 





Santai: Hadiah dari CahayaCinta.com

Salam semua,

Hari ini saya ada berita gembira untuk dikongsikan bersama anda. Sekiranya anda ada membaca blog cik puan suri di cahayacinta.com, beliau ada bertanyakan soalan ini bagaimanakah cara-cara orang asli menangkap belut elektrik ini?. Jadi saya telah mengemukakan jawapan saya, dan tidak disangka jawapan itu diterima oleh Puan Suri. Hehehehehehehe....gembira rasa dihati, sebab dapat hadiah.


Semalam hadiah yang ditunggu telah tiba. Balik dari pejabat, tiba - tiba saya nampak sampul surat yang dialamatkan kepada saya. Tanpa berlengah - lengah lagi, saya terus membuka sampul surat itu dan...jeng jeng jeng.....nak tengok apa di dalamnya....


Wednesday, February 15, 2012

Bloglist Puteri Kasih

SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH



Faedah join bloglist Puteri Kasih:- 


1) Dapat menjadi sahabat kepada seorang tuan puteri yang sweet.
2) Hari - hari puteri akan singgah ke blog kita
3) Puteri akan selitkan blog kita di entri - entri yang puteri publish (bergilir -gilir)
4) Puteri akan ping entri kita yang best - best ke dalam fanpage puterikasih.com (kalau rajin, sila like fanpage PUTERIKASIH.COM)




Tarikh tutup penyertaan pada :21/02/2012.




Cepat kawan - kawan, mari kita sertai bloglist ini. Senang saja syarat - syarat penyertaannya.

Wordless Wednesday 16 - Ultra berjaya ditewaskan

Tuesday, February 14, 2012

Update Hadiah Untuk Peraduan : Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog


Salam semua,

Baru sebentar tadi, saya dapat email dari penganjur pertandingan ini yang memaklumkan bahawa penaja hadiah iaitu Elfbytes Web Hosting telah bermurah hati menambah satu lagi hadiah berupa " sebuah domain percuma selama 2 tahun yang bernilai RM70".

Jadi secara tidak langsung, pertandingan ini akan ada pemenang tempat pertama dan kedua. Oleh itu kawan - kawan, apa kata mari kita menyertai pertandingan ini ramai - ramai, kerana peratusan untuk menang sudah meningkat, maklumlah ada 2 hadiah sekarang ini. Saya gembira betul bila baca email dari pihak penganjur tadi. Terus menaip entri ini untuk memaklumkan kepada kawan - kawan blogger sekalian.  

Peraduan ini telah dianjurkan oleh Pengendali Blog. Tarikh tutup penyertaan pada 20/2/2012. Entri penyertaan saya nak hosting percuma pengendali blog boleh dibaca disini.

Saya jadi blogger kerana ...

Salam semua,

Entri ini sempena pertandingan anjuran Apamaujadi, dan tarikh tutup penyertaan ialah 15/2/2012. Sudah hampir ke penamat, jadi saya pun menaip entri ini cepat - cepat. 


Saya jadi blogger kerana:-

1) Masa mula - mula saya buat blog ini, saya baru sahaja tukar kerja baru. Jadi saya sangat bosan, maklumlah, kerja di tempat baru, kawan pun belum rapat, masih malu - malu kucing, jadi waktu rehat boleh digunakan untuk menulis apa yang patut.

2) Kemudian tujuan saya buat blog berubah, saya nak masuk peraduan yang ada hadiah menarik. Banyak pertandingan yang dijalankan oleh blogger. Bila masuk pertandingan, menang, rasa seronok pula jadi blogger.


3) Kedua - dua sebab di atas hanyalah sebab sementara, kerana sekarang saya rasa saya jadi blogger sebab saya dapat mengumpul banyak ilmu. Macam - macam ilmu saya dapat, sebelum ini tak pernah terfikir pun perkara itu, tapi sejak berblog, membaca blog - blog lain banyak ilmu yang diperolehi. Jadi hobi saya yang suka membaca itu, diteruskan dengan berblog walking ke blog - blog lain.

4) Saya jadi blogger kerana ingin menjadikan blog saya sebagai satu tempat untuk menyimpan kisah - kisah hidup yang berlaku dalam hidup saya, sebahagian yang mungkin boleh menjadi pengajaran untuk mereka yang membacanya.


5) Saya jadi blogger kerana ingin mencari pendapatan sampingan, kalau ada rezeki dan serius memang boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.

Itulah 5 sebab mengapa saya jadi blogger. 

Leadership Talk by Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Salam semua,

Entri ini merupakan satu entri tertangguh yang agak lama juga. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, perlu tumpukan kepada peperiksaan dan beberapa tugasan yang tidak siap (tapi sekarang semua dah siap dan dah dihantar, dan keputusan pun dah keluar...alhamdulillah).


Pada 19/01/2012 , saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis Leadership Series Talk yang dianjurkan oleh UKM. Sebelum ini saya hanya sempat post gambar sekitar majlis ini sahaja, tidak sempat nak berkongsi ilmu yang saya dapat pada majlis itu. Masa mula-mula dapat jemputan dari UKM, sejujurnya rasa macam tak nak pergi, sebab perlu ambil cuti lagi. Kemudian seorang rakan saya kata, rugi tak pergi, bukan senang nak dengar dan jumpa  Tan Sri Hashim ni, dah la percuma, baik ambil peluang keemasaan ini. 


Akhirnya saya membuat pilihan yang tepat dengan menghadirkan diri ke majlis tersebut. Memang tidak sia-sia, masa sejam terasa sangat cepat berlalu. Beliau sendiri mempunyai terlalu banyak input yang ingin disampaikan kepada hadirin yang datang pada majlis tersebut. Antara isi - isi penting yang disampaikan Tan Sri seperti berikut:-

1) Masyarakat Islam (khasnya) perlu mengubah tanggapan tentang konsep perniagaan. 

Kita perlu memahami konsep perniagaan secara islam. Kebanyakan masyarakat Islam selalu mengaitkan perniagaan dengan riba, untung yang tidak jelas dan tidak bersih. Ini semua berlaku, kerana sesebuah perniagaan itu tidak dijalankan mengikut aturan islam. Masyarakat terlalu mengikut konsep perniagaan yang diterapkan oleh barat, sedangkan Islam telah mengajar kita untuk berniaga berlandaskan konsep Islam yang jauh lebih baik dan bermanfaat untuk semua.


2) Beliau menjelaskan tentang konsep Wakaf Korporat (Wakaf An-Nur)

JCorp telah menggunakan konsep Wakaf Korporat yang dapat membantu syarikat dan individu lain untuk memulakan perniagaan mereka. Setiap untung yang diperolehi (berdasarkan peratusan yang dipersetujui), sebahagian akan digunakan untuk tujuan amal dan sebahagian akan digunakan untuk perniagaan. 

3) Menekankan konsep kerjasama dalam kumpulan "teamwork", buat perniagaan bersama - sama, bukan menggunakan konsep monopoli yang diamalkan oleh kebanyakkan orang. Kita terlalu banyak disogokkan dengan cerita - cerita superhero seperti Superman, Ironman, Spiderman - semuanya bekerja seorang. Dialah yang hebat, jadi ramai orang yang nak jadi superhero. 


4) Kita perlu kembangkan perniagaan kepada pelbagai jenis cabang perniagaan. Beliau turut menyebut, kebanyakaan family business tidak bertahan lama, sangat jarang yang dapat sehingga ke generasi ke-3. 



p/s: Untunglah siapa yang dapat cenderamata dari DenaiHati - Buku Khalifah ganti Superman

Monday, February 13, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 3

Salam semua,

Sambungan lagi dari kisah percutian saya di Kota Kinabalu, bahagian terakhir. Hari ke-3 saya telah pergi ke Kinabalu Park dan Poring Hot Spring. Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Kinabalu Park. Bayaran masuk RM3 seorang. Kalau anda berhajat untuk sampai betul - betul ke kaki gunung, dinasihatkan menyewa kereta yang mampu mendaki jalan - jalan yang memang curam.


Kami hanya berjalan di sekitar bawah itu sahaja. Melihat pemandangan dari trail - trail yang disediakan di situ. Cuaca disitu juga sudah sejuk, kalau betul - betul di kaki gunung lagi sejuk. 




Selepas berjalan - jalan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kinabalu Park. Poring Hot Spring merupakan tempat kolam air panas. Di sini juga terdapat canopy walk, taman rama-rama dan air terjun.  Untuk masuk ke Poring Hot Spring, bayaran yang dikenakan RM3 seorang untuk masuk. Sekiranya membawa kamera atau handphone yang ada kamera, kita perlu membayar RM5. 



Saya dan kawan - kawan memilih untuk menaiki canopy walk. Bayaran untuk menaiki canopy walk ialah RM3. Ketinggiannya 835m dan kepada sesiapa yang gayat anda digalakkan berfikir berkali - kali untuk menaiki canopy walk ini. 



Hari terakhir di Kota Kinabalu kami ke Pasar Ahad atau dikenali sebagai Sunday Market di Jalan Gaya. Di sini kami shopping untuk kali terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Habiskan sia - sia duit yang ada...hahahah...boleh ke macam tu. :)







Saturday, February 11, 2012

Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog


Salam semua,

Senyum, kerana ini ada berita gembira untuk kita semua. Satu pertandingan yang menarik dan mudah untuk disertai. Hadiah yang ditawarkan sangat berbaloi - baloi iaitu hosting percuma selama 2 tahun dari Malaysia Web Hosting.

Sekiranya saya berjaya mendapatkan hosting percuma ini, ianya merupakan satu kegembiraan buat saya kerana ianya akan menjadi titik tolak permulaan saya untuk berdomain dan berhosting sendiri. Sekarang masih menggunakan platform blogspot secara percuma. Jika berjaya, boleh memulakan hidup baru di rumah baru nanti. 


Peraduan ini telah dianjurkan oleh Pengendali Blog. Tarikh tutup penyertaan pada 20/2/2012.

p/s: saya terpaksa membuat semula entri ini, kerana kesilapan teknikal yang saya telah lakukan. 

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 2

Salam semua,

Hari ini ingin dikongsikan aktiviti dan tempat menarik yang telah saya lawati untuk hari ke-2 di Kota Kinabalu. Kami telah mengambil pakej perlancongan dengan tourism Sabah untuk melawat 2 buah pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Pakej ini berharga RM140 untuk seorang, termasuk tambang bot, makan tengah hari, seorang pemandu pelancung, pengangkutan dari hotel ke jeti (pergi dan balik) serta tiket masuk ke 2 buah pulau ini.

Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi, jadi sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan terlebih dahulu di Little Siquijor Cafe . Kemuadian, van tiba di hotel bersama pemandu pelancong untuk membawa kami ke jeti. Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja. Sampai di jeti, pemandu pelancong membeli tiket untuk menaiki bot dan kebetulan sudah ada bot untuk ke pulau Manukan, jadi kami terus menaikinya. Dari jeti ke pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit menaiki bot. Seronoknya menaiki bot sambil menikmati pemandangan alam ciptaan Allah yang indah.




Akhirnya sampai di Pulau Manukan, masih belum ramai pengunjung, matahari pun belum terik. Di jeti sahaja kami sudah terpaku melihat jernihnya air laut di pulau ini, ikan - ikan jelas kelihatan. Hulurkan kaki anda ke dalam air, pasti kaki anda di gigit ikan tersebut...hahahaha. Rasanya hampir setengah jam kami mengambil gambar di jeti sahaja, seronok melihat ikan - ikan yang banyak.





Kemudian barulah bergerak ke pantai, dan tanpa berlengah lagi, kita terjun ke laut la....belajar terapung di permukaan air...akhirnya berjaya juga terapung, bila lihat orang lain buat macam senang saja, tapi bila buat sendiri, erm...berapa banyak air laut yang saya dah terminum sebelum dapat terapung. Bukan apa, cuma kurang keyakinan. :D


Memang aktiviti di pulau ini hanya mandi sahaja, hampir 2 jam lebih berendam dalam air. Bila dah keluar dari air baru terasa laparnya, jadi teruslah pergi makan hidangan tengah hari yang telah disediakan. Selepas makan, kami bersiap-siap untuk ke pulau seterusnya, iaitu pulau Sapi. Terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bot daripada Pulau Manukan. Pulau Sapi lebih kecil dan terletak berhampiran juga dengan Pulau Gaya.
Jadi itulah aktiviti di hari ke-2, mandi laut. Mari lihat beberapa gambar menarik sekitar Pulau Manukan dan Pulau Sapi.






Thursday, February 9, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 1

salam semua, 

Apa khabar anda semua, saya doakan semoga sihat dan sejahtera. Minta maaflah kerana saya telah bercuti panjang. Niat untuk mengupdate blog tu ada, tapi disebabkan percutian di Sabah dan di agak sibuk dengan aktiviti percutian jadi tidak sempat untuk mengupdate blog. 


Jadi di entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tempat - tempat menarik yang telah sempat saya lawati semasa berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. 

Perjalanan bermula pada hari Khamis minggu lepas, saya telah menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT pada pukul 6.45 pagi. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 30 minit. Akhirnya pada pukul 9.20 pagi, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.




Lapangan terbang tidak sibuk sebab hari bekerja.


Sampai di sana, kami terus ke kaunter Teksi untuk ke hotel. Tambang teksi dari lapangan terbang Terminal 2 ke hotel RM30. Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit, jalan sangat lancar dan tidak ada kesesakan langsung. Pemandu teksi pun sangat peramah, tidak sedar sudah sampai ke Le Hotel. 


Lokasi hotel ini sangat strategik, berhampiran dengan laut dan pasar kraftangan, pasar ikan masin dan pasar besar Kota Kinabalu. Saya pun check in hotel, meletakkan beg di dalam bilik dan pengembaraan bermula... :)

Saya menginap di Le Hotel, bilik menghadap laut...sisi saja...best :D


Perkara pertama yang saya lakukan bersama 2 orang lagi kawan ialah mencari kedai makan terlebih dahulu. Kami memerlukan tenaga untuk berjalan - jalan, jadi kita makan dulu. Kami makan di sebuah kedai mamak, pesan nasi ayam...sedap...sambal pun rasanya agak lain dari nasi ayam di semenanjung, lebih masam dan pedas.

Selesai makan, kami pun memulakan langkah ke pasar kraftangan, hajat pada mulanya, mahu tengok - tengok dahulu barang apa yang ada di sini, survey harga, esok - esok dah nak balik baru beli barang yang berkenan di hati. Nampaknya plan tersebut tidak menjadi, hari pertama sahaja, kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di pasar ini, beli macam - macam barang. Macam esok dah nak balik ke KL semula saja. Padahal baru hari pertama sampai di Kota Kinabalu. 

Memang menjadi kegemaran, para wanita
berbagai - bagai barang terdapat di sini.


Hari pertama di Kota Kinabalu kami habiskan di pasar kraftangan sahaja. Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami pulang ke hotel. Kaki dah sakit, dah tak larat nak berjalan baru ingat nak balik. Malam selepas maghrib, kami keluar untuk makan seafood. Lepas makan, balik hotel memang tak de fikir lain dah, nak tidur je. Esok perlukan tenaga untuk aktiviti seterusnya.

Makan seafood..di tepi laut...memang menyelerakan :)



Bersambung...esok. 

Segmen Review Blog Kami

Salam semua,


Ini ada satu segmen menarik untuk disertai, segmen ini dianjurkan oleh Herba Tihara. Sila klik banner untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Apa yang menarik, segmen ini menawarkan hadiah yang seperti dibawah:-

Hadiah-hadiahnya :


Pemenang pertama, kedua dan ketiga  (Dipilih menggunakan random org. )

-Review blog
-Sticky post untuk review entry- 24 jam

Pemenang keempat, kelima dan keenam (Dipilih menggunakan random org. )
- Blog pilihan entry- 1 entry setiap seorang


Top referral tertinggi untuk link entry ini-
-Hadiah cenderahati dari blog ini- 2 pemenang


Tarikh tutup: 14 Febuari 2012 (Selasa)-jam 6.00 petang

Wordless Wednesday 15 - Apakah nama ikan ini ?


Update: Siapa berjaya teka nama ikan ini dengan tepat, saya bagi hadiah..:)

Hadiah merupakan :-
Dan DenaiHati telah berjaya menjawab dengan betul. Tahniah !


Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday 16 - Akhirnya ku tinggalkan


Thursday, February 2, 2012

Mungkin akan terlewat nanti

Salam semua,

Nampaknya saya akan terlewat membalas semua kunjungan anda, kerana saya akan pergi ke Kota Kinabalu selama beberapa hari. Mungkin aktiviti akan agak penuh, jadi tidak mahu anda semua tertanya - tanya ke manakah saya pergi, diam membisu seribu bahasa...hehehehe.... 

Jadi sekiranya komen - komen anda lambat dibalas, saya memohon maaf, harap anda tidak kecil hati dan akan terus sudi berkunjung ke blog kerdil ini. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali. Kalau ada rezeki, mungkin dapat saya bawa pulang ole - ole menarik dari sana.

Sehingga jumpa lagi :)

Wednesday, February 1, 2012

Pusat membeli belah baru - Starmall kini dibuka di Mentakab

Salam semua,

Masa cuti tahun baru yang lepas, saya telah berpeluang berkunjung ke sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka di Mentakab - Starmall. Banyak lagi kedai - kedai yang belum dibuka, yang sudah ada ialah pasaraya Pasicif, Big Apple, Sushi King, KFC, McD dan beberapa kedai lain. 

GSC juga bakal dibuka di StarMall ini, tapi bila belum lagi diketahui. Jadi tunggu sahaja pengumuman pembukaannya. Bagi mereka yang bukan dari Temerloh atau Mentakab, mungkin agak sukar mencari di mana lokasi StarMall ini, kerana ianya terletak agak jauh dari bandar Mentakab. Lagipun di sekitar kawasan ini merupakan kawasan perumahan. 

Kawasan ini bakal membangun kerana sedang dalam pembinaan sebuah bangunan untuk Mydin dan lagi satu untuk kedai kain (tidak begitu pasti, rasanya Kedai Kain Jakel). Jadi bagi mereka yang tinggal disekitar kawasan ini, senanglah nak pergi membeli belah, tak perlu keluar jauh lagi. 






 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia