Thursday, March 23, 2017

Traveloka : Sale Abration promosi sehingga 31 March 2017

Assalamualaikum semua.
Siapa suka travel kat sini? Korang suka travel dalam Malaysia atau ke luar negara. Sebenarnya tak kisah lah ke mana korang suka pergi, jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan kan. Bila nak pergi travel 2 perkara paling penting yang perlu ada mestilah tiket flight dan hotel. Betul tak? Kalau 2 perkara ni takde macam mana kan. Pada entri kali ini, saya nak introduce kat korang semua satu website baik punya yang akan memudahkan urusan korang untuk book 2 perkara penting ini. TRAVELOKA (https://www.traveloka.com/en-my/)

Korang pernah dengar pasal Traveloka? Pernah menggunakan perkhidmatan dari Traveloka tak? Kat sini saya nak share satu berita menarik. Traveloka tengah mengadakan promosi besar – besaran yang digelar “SALE-ABRATION”. Menarik kan. Promosi ini bermula dari 10 March hingga 31 March 2017. Cepat cari dan book tiket flight ke destinasi yang anda impikan. (https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration)













Kepada sesiapa yang mungkin tak pernah dengar atau tahu pasal Traveloka ini mari saya ceritakan serba sedikit. Traveloka adalah travel agensi online yang mana menyediakan perkhidmatan hotel dan tiket flight. Dua perkara ni memang perkara penting kalau nak pergi travel kan. Dah ada tiket tapi tak book hotel pun tak guna. Mana pulak korang nak tido masa travel nanti. Jadi dengan menggunakan Traveloka, korang boleh book kedua – dua nya sekali dalam satu masa. Lagi mudah, Traveloka ni ada mobile apps, senang kerja kan. Semua boleh dibuat dari smartphone saja sekarang.

Dengan menggunakan Traveloka apps, korang boleh dapatkan harga yang paling ideal kerana Traveloka akan membandingkan semua tiket flight dari pelbagai airlines. Jadi anda akan dapat best deal ke destinasi pilihan berdasarkan tarikh yang anda pilih. Dah tak perlu susah – susah, pergi dari satu website airlines ke website yang lain. Guna Traveloka saja, mudah cepat dan pantas. Dah tak perlu beratur panjang dekat kaunter untuk dapatkan tiket pada harga promosi. Traveloka je!




















Download Traveloka Apps Di Google Play 

Nak cari hotel pun mudah, melalui apps Traveloka, terdapat 100 exclusive hotel deal untuk destinasi sekitar Asia. Bukan itu saja, deal yang ditawarkan termasuk untuk tujuan travel yang berbeza sebagai contoh mungkin korang nak travel dengan family atau untuk tujuan business. Jadi korang boleh pilih mana yang sesuai. Satu lagi perkara yang korang perlu tahu, hotel yang menjadi partner Traveloka telah dipilih berdasarkan beberapa perkara seperti hotel berdekatan dengan tempat shopping, tempat pelancongan, sejarah atau kalau untuk berehat  berdekatan dengan pantai.

Bila semua korang dah book, mesti korang akan terfikir… macam mana nak bayar ni? Ada sesetengah perkhidmatan online kadang – kadang mempunyai cara bayaran yang limited. Contoh boleh guna Credit Card saja, jadi orang yang takde Credit Card tak boleh nak booking online. Susah juga kan…tetapi korang tak perlu bimbang. Dengan Traveloka, banyak pilihan cara bayaran disediakan. Korang boleh pilih untuk bayar guna Credit Card ke (Visa / MasterCard / Amex), Internet banking (M2U, CIMB, RHB, PB, Standard Chartered, HSBC, UOB, AMBank, Bank Rakyat, Affin). Banyakkan, jadi memang memudahkan proses pembayaran. Korang tak perlu risau lagi.

Hotel – hotel yang berkerjasama dengan Traveloka juga tak kurang hebatnya. Semua hotel yang mempunyai reputasi yang baik. Pasti korang takkan kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara hotel tersebut adalah Dorsett Group, Sunway Hotel, Swiss-Garden, Marriot KL, Concorde Hotel, Berjaya Hotel, Majestic Hotel, Hard Rock, Grand Continental, Bayview Hotel, Ritz Carlton, Hotel Sentral, MY Hotel, Vistana Hotel dan Compass Hospitality.

Terakhir sekali, semua harga yang dipaparkan semasa anda membuat booking di Traveloka adalah final price. Tidak ada hidden charges yang perlu anda bayar bila anda. Jadi takde lah masalah tetiba lari budget pulak sebab ada extra charges kena bayar kat hotel atau kat flight kan. Jadi apa tunggu lagi, apa kata anda cuba apps Traveloka. Percuma, download saja kat Play Store. Jangan lupa ambil kesempatan promosi “SALE-ABRATION”  ini sementara masih ada waktu. Kot – kot dapat pergi ke destinasi yang dah lama anda impikan. Mana tahu kan. Cepat sebelum terlambat. Promosi tamat pada 31 MARCH 2017.

Saturday, March 18, 2017

Movie Review: J REVOLUSI



Tajuk Movie: J Revolusi

Pelakon: Zul Ariffin
Izara Aisyah
Fazura
Farid Kamil
Azad Jasmin
Iedil Putra

Arahan Zulkarnain Azhar

Terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions 





Sinopsis:

Jay Zulkarnain adalah ketua Unit Tindakhas (UTK). Pasukan di pimpin Jay sangat digeruni oleh musuh kerana ketangkasan dan rekod mereka yang sentiasa berjaya dalam setiap misi. Malang tidak berbau bila mana, dalam misi memerangkap seorang penjenayah yang di kehendaki, Jay telah diperangkap. Dia dituduh membunuh semua rakan sepasukannya. Jay perlu merungkai misteri yang telah terjadi kepada dia dan menangkap penjenayah sebenar.


Kata saya:

Ingat tak masa tahun lepas bila drama korea Descendants of the Sun meletop - letop kat seluruh dunia. Tiba - tiba saya ada nampak post kat FB orang share gambar Zul Ariffin berpakaian uniform lengkap dan Fazura yang berpakaian seperti seorang doktor di bilik bedah. Masa tu ada lah keluar gosip ingatkan ada drama korea ni di terbitkan semula versi Malaysia...hehehe...rupanya bukan lah.

Filem aksi tempatan yang mengagumkan. Pada mulanya saya ada juga mempunyai tanggapan negatif.."ala mesti cite polis banyak cakap je ni.". Bila dah tengok, tanggapan ini hilang sama sekali. Mula - mula cerita je dah masuk aksi, terus misi penting. Wah...jalan cerita pantas...tak bertanggung atau meleret. Watak Jiman lakonan Iedil Putra begitu menjadi. Benci betul dengan Jiman ni..terbawa - bawa sampai akhir. Masa dapat tahu Jiman dah kahwin, dalam hati saya terdetik "ada juga orang nak kahwin dengan orang macam ni....hehehehe" jangan marah ya. Bila anda tengok, baru anda tahu nape saya cakap macam ni.


Lagi satu watak Skodeng lakonan Azad Jasmin juga sangat hidup. Teknologi yang digunakan dalam filem ni memang berada di tahap yang lain. Tak macam sebelum ini, ala - ala je kan. Skodeng ni intelligent IT + pak lawak pada masa yang sama.

Cuma saya rasa, kalau watak jahat lagi cool, cerita ni lagi mengancam lah. Watak jahat saya rasa kena ada sifat yang sangat jahat dan kejam. Dia sanggup buat apa saja. So pada pandangan saya watak jahat dalam filem ni tak cukup jahat + cool lagi.  

Seperkara lagi, jalan cerita tentang Jay, Dian dan Komander perlu ada sejarah yang lagi tragik sehingga menyebabkan apa yang jadi pada Dian hari ini. Ini penting untuk menyuntik emosi sedih, kecewa dan dendam. 

Secara keseluruhan, filem ini tidak mengecewakan dan aksi UTK dalam misi - misi mereka memang mantap. Saya bagi 3 1/2 bintang untuk filem J Revolusi.

Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan filem ini. Moga ada lagi filem aksi sebegini di masa akan datang. 

Monday, March 6, 2017

Tukar Nama Akaun TNB

Assalamualaikum semua.

Pada entri kali ini saya nak berkongsi tentang cara - cara untuk tukar nama pemilik akaun TNB.





Apa yang perlu dilakukan lepas anda dah selesai urusan pembelian rumah?

  • kunci rumah dah dapat dan nak pindah masuk. Sebelum itu, pastikan anda dah selesaikan urusan pertukaran nama ini. Kalau tidak, tiba - tiba owner lama tutup akaun, terus bergelap gelita.
  • Tanggungjawab owner lama ialah tutup akaun beliau (dapat balik deposit) dan inform owner baru bila urusan beliau telah selesai.
  • Tanggjungjawab owner baru, mohon semula menggunakan no akaun owner lama. Permohonan ini boleh dibuat secara online di www.mytnb.com.my
  • Kalau belum ada akaun mytnb, boleh register. Senang, cepat dan mudah.



Lepas register, boleh terus login ke mytnb dan paparan seperti di bawah akan kelihatan.
Klik pada "APPLICATIONS"


Pilih "Supply Application"





Isi butir - butir peribadi seperti yang diminta



Di bahagian "Premise Information", anda ada pilihan untuk menggunakan akaun number atau alamat.

Maklumat tentang permis tersebut akan dipaparkan. Teliti semua maklumat, kalau semua betul, anda boleh teruskan ke langkah berikut.



Sila ambil perhatian! Supply Required Date mesti antara 7 ke 14 hari dari tarikh permohonan.

Untuk permohonan pertukaran nama, Elektrik kontraktor tidak diperlukan


Di bahagian akhir sekali, anda perlu print borang permohonan ini dan tandatangan.
Kemudian, scan borang tadi dan upload ke ruangan ini beserta salinan IC dan salinan S&P (Sales & Purchase Agreement)

Pastikan juga anda [/] 2 kotak di bawah. Baru butang "Submit" akan boleh ditekan.



Setelah anda "submit", permohonan anda akan dipaparkan di ruangan "My Application Status". Anda boleh memeriksa status permohonan di sini. 

Selepas permohonan anda di teliti oleh pihak TNB dan diluluskan, anda akan menerima email yang mengandungi "Demand Letter" dari pihak TNB. Surat ini bertujuan untuk memberikan detail bayaran yang perlu anda buat sebelum proses penyambungan elektrik di lakukan ke kediaman anda. 

Anda boleh membuat bayaran seperti yang dimaklumkan sama ada di Kedai TNB atau boleh buat secara online melalui FPX, Credit Card atau Debit Card.

Selesai dan tunggu maklum balas dari pihak TNB tentang status akaun tersebut.

Sekian, harap perkongsiaan ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.



MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH RUJUK RUANGAN INFORMASI DI MYTNB










Saturday, March 4, 2017

Trip ke Bandung - Mana anda boleh pergi dalam masa 1 hari

Ok, mari kita sambung cerita dari entri sebelum ini. Saya nak kongsikan, ke mana korang boleh pergi dalam masa sehari di Bandung.

Satu informasi nak bagi tahu, Bandung ni waktu siang cepat, dalam pukul 6 pagi dah cerah. Walau bagaimanapun, tempat - tempat peranginan kat sini buka pukul 9 pagi. Nak tahu sebab apa, Bandung waktu pagi berkabus, jadi kalau buka awal cuaca masih berkabus, sejuk.

Semalam, kami telah berbincang dengan supir tentang rancangan "Bercuti di Bandung selama 1 hari".
Tempat yang dicadangkan olehnya seperti berikut:

1) Tangkuban Parahu
2) Farm House
3) Factory Outlet
4) Pasar Baru



Harga Tiket Masuk: IDR 200,000 (untuk hari biasa)
IDR 300,00 (untuk hujung minggu)


Kawah Ratu






Farm House - Harga Tiket
IDR 20,000 - seorang
IDR 10,000 - parking kereta
IDR 5,000 - parking motosikal





Singgah makan tengah hari kat kedai makan dalam Farm House ni je. Hari hujan, jadi pekena sup ayam memang terbaik.




Singgah di Factory Outlet - cari beg nak bawa balik barang...hehehe. Satu nak bagi tahu, factory outlet di Bandung ni, kedai sebuah - sebuah, tak macam kat JPO atau Mitsui dalam satu bangunan je kita pusing kan. 


Sebelum balik hotel, kita makan dulu. Singgah makan di Kedai Belacan. Apa yang popular kat sini ialah Nasi Goreng Belacan.


Destinasi terakhir sebelum pulang ke hotel, kita cari buah tangan nak bawa balik Malaysia. Tak susah pun singgah je kat Kedai Kartika Sari. Terkenal dengan brownies yang sedap - sedap.

Itulah kisah percutian singkat di Bandung. First trip dengan tiket murah Air Asia. Lepas ni kita pergi tempat lain pulak. 






Thursday, February 9, 2017

Trip singkat ke Bandung - Tips persediaan sebelum pergi bercuti!!

Assalamualaikum semua.

Entri kali ini saya nak kongsi cerita tentang trip singkat ke Bandung. Saya pergi 5-Feb-2017 naik flight Air Asia 5.30pm dan balik pada 7-Feb-2017 flight Air Asia 8.30am. Jadinya saya cuma ada masa 1 hari je untuk jalan - jalan di Bandung. Jangan risau, korang masih boleh berjalan - jalan dan pergi shopping dalam masa 1 hari. Tak percaya, sila tunggu dan baca entri selanjutnya.


muka excited nak pergi bercuti...hehehe


Persediaan yang perlu dilakukan ialah:

  • Booking hotel siap - siap. Saya booking online guna AGODA
  • Saya tinggal di Hotel Patradisa yang terletak di Kota Bandung ini. Dari airport cuma mengambil masa dalam 15 - 20 min (bergantung kepada keadaan trafik)
  • Sebelum pergi seeloknya cari supir siap - siap. Melainkan anda nak rasa adventure boleh gunakan 'Angkutan Kota' yang memang banyak di sini. Saya gunakan khidmat PAKEJ SUPIR MURAH BANDUNG. Boleh tengok FB page untuk pertanyaan.
  • Rancang tempat yang anda nak pergi. Buat survey sikit - sikit tempat yang ingin di lawati.
  • Sediakan duit secukupnya - kira kos yang anda perlukan contoh duit makan, duit tiket ke tempat - tempat yang anda ingin lawat. Kos pengangkutan dan duit shopping kalau anda plan nak beli barang kat sini.
  • Kumpulkan semua barang, boarding pass, passport di satu tempat. Jangan nanti ada yang tertinggal pulak. Check passport expired date ya....kalau dah expired jangan lupa renew dulu.




Satu lagi perkara penting saya nak kongsikan ialah berkaitan mata wang asing. 

  • Sebelum pergi pastikan ada tahu apa conversion rate kat negara yang anda nak lawati.
  • Boleh download apps untuk memudahkan anda convert nilai mata wang
  • Boleh gunakan service yang CIMB Bank tawarkan "CIMB TravelCurrency"
  • Pergi kat website cimbclicks, anda akan nampak icon macam dalam gambar kat bawah tu.
  • Mudah saja guna menu ni, anda cuma perlu pilih nak convert RM ke mana - mana currency, masukkan jumlah yang anda nak tukar, masa dan tarikh anda nak collect.
  • Mudahkan, nanti pergi je collect kat mana - mana branch CIMB Currency Exchange.
  • Tidak perlu keluar cash banyak - banyak.
  • Macam saya hari tu, collect terus kat airport. CIMB Currency Exchange ni betul - betul kat balai perlepasan.



Ke mana saya pergi dalam masa 1 hari di Bandung, tunggu entri sambungan ya.

Saturday, February 4, 2017

Movie Review : The Warrior's Gate






Sebuah filem fantasi - aksi dan pengembaraan. 

Pengarah: Matthias Hoene

Release: Nov 2016

Pelakon Utama:
Mark Chao - Laksamana Zhoo
Ni Ni - Puteri Su Lin
Uriah Shelton - Jack
Dave Bautista - Arun the Cruel
Francis Ng - Wizard

Filem ini mengisahkan Jack seorang remaja yang gemarkan permainan video. Jack juga berkawan rapat dan selalu membantu Mr Chang menguruskan kedainya. Kedai ini menjual bermacam - macam barang antik daripada negara China. Pasa suatu hari, Jack menemui satu bekas yang mempunyai ukiran unik. Dia sangat tertarik dengan bekas itu dan bertanya dengan Mr Chang apakah maksud disebalik ukiran tersebut. Mr Chang telah menceritakan bahawa puteri yang diukir pada bekas tersebut adalah seorang puteri dari negara China yang telah banyak berjasa demi menjaga keamanan negara tersebut dari kejahatan.Mr Chang telah memberikan bekas tersebut sebagai hadiah kepada Jack.

Jack menyimpan bekas tersebut di bilik tidurnya tanpa mengetahui misteri sebenar sebalik bekas itu. Malam itu tiba - tiba muncul Laksaman Zhoo dan dia mencari Satria Hitam. Apabila mengetahui Satria Hitam tidak wujud di situ, dia telah meminta Jack menjadi penjaga sementara kepada Puteri Su Lin. Kisah aksi dan pengembaraan mereka bermula dan Jack yang masih kebingungan terpaksa turut serta dalam misi menyelamat apabila Puteri Su Lin berjaya ditangkap oleh orang - orang Arun.


Dalam pada kisah lawan - lawan pedang ni semua, ada juga diselitkan plot yang lucu. Contoh masa mula - mula Su Lin sampai ke dunia sekarang. Jack telah bawa dia ke shopping mall untuk membeli belah. Su Lin kemudiannya ternampak ramai  anak - anak muda sedang menari hip hop. Tanpa segan dia terus masuk menari dengan gaya kung fu tapi tarian dia nampak hebat. Selain itu, Jack juga sempat mengajar Laksamana Zhoo tarian hip hop semasa dalam perjalanan mereka ke kubu Arun the Cruel. Di akhir cerita, ada di tunjukkan Laksamana Zhoo mengajar askar - askarnya menggunakan gerakan ala - ala hip hop juga.

Saturday, January 21, 2017

Beli Movie di Astro First Dan Astro Best tanpa SMS

Assalamualaikum semua.

Bila kita ada masalah, kita akan cuba cari jalan untuk selesaikannya kan. Saya ni sekarang ada masalah dengan telco yang mana setiap kali saya hantar SMS untuk beli movie di Astro Best, SMS tu gagal dihantar. 

Saya nak sangat tengok movie "DEEPWATER HORIZON", masa tayang kat panggung tidak lah berkesempatan untuk pergi tengok. Bila dah keluar kat Astro Best ni, tangan tu gatal lah nak beli kan. Dah tu bila asyik gagal...hatiku rasa kecewa :(.

Jadi, kita cuba cara lain, takkan takde alternative untuk beli movie ni kan. Astro mesti tak nak rugi kalau customer dia tak boleh beli movie. 

Google punya google, jumpalah website ASTROFIRSTBEST.

Langkah - langkah untuk beli movie melaui website ini amat mudah seperti di bawah:

1) Login ke akaun Astro anda. 



2) Pilih movie yang anda ingin beli. Saya pilih DEEPWATER HORIZON :)



3) Di skrin pada masa yang sama ada di paparkan harga (termasuk GST). Kemudian anda pilih tarikh dan masa bila anda ingin movie ini start di tayangkan di kaca TV anda. 
Kemudian, klik "Proceed to checkout".




4) Sekali lagi akan dipaparkan, butiran tentang pembelian anda. Sila baca dengan teliti sebelum anda membuat bayaran.

5)Periksa betul - betul, tajuk movie, harga, tarikh tayangan dan saluran berapa movie ini akan ditayangkan.

6) Kemudian, anda perlu masukkan no telepon bimbit anda untuk Astro menghantar SMS peringatan sebelum waktu tayangan.


7) Dah pasti semua maklumat betul. Seterusnya boleh klik "Checkout and proceed with payment"

8) Ada ada 2 pilihan, sama ada untuk masukkan charge ini ke bill Astro anda atau bayar terus menggunakan Internet Banking atau Credit Card.

9) Buat pilihan anda dan clik 'Confirm'


10) Akhir sekali anda akan menerima email pengesahan tentang pembelian ini. 

Sekarang cuma perlu tunggu waktu tayangan dan selamat menonton. Mudah kan. Jadi sekarang dah ada cara lain sekiranya anda tidak boleh melanggan menerusi SMS.

Tuesday, January 17, 2017

Planner & Calendar Giveaway


Jom ramai - ramai join GA yang mudah lagi senang ni. Cepat - cepat sebelum GA ni tamat.


Syarat-syaratnya:-
1. Follow Blog KasihkuAmani
2. Follow Instagram kasih_shadz (boleh joint walaupun tak ada IG)
3. Buat entry, tepek gambar yang tak semenggah tu dan backlink ke entry ini.
4. Tinggalkan link entry dan nama IG anda di ruangan komen.


Tamat pada : 23.01.2017
Pengumuman pemenang : 24.01.2017
Tuntutan hadiah : 24-26.01.2017
Hadiah akan dipos pada : 27.01.2017 (Insya Allah)



GA saya pun tengah berlangsung, sambil tu kita support GA blogger lain juga kan. Kalau nak dapat novel percuma, boleh join GA ni

Wednesday, January 11, 2017

Renew Passport Antarabangsa Malaysia 2017

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai orang tertanya - tanya bagaimana agaknya proses untuk membuat passport baru atau pun memperbaharui passport.

Ingin saya nyatakan di sini, sangat mudah. Tak perlu risau, tak perlu takut...hehehe.


Syarat -untuk menjadikan proses ini mudah ialah:

1) Datang awal ke mana - mana cawangan Imigresen. Waktu urusan adalah seperti di bawah:





Waktu Urusan - Passport (Boleh rujuk link ini)

2) Sediakan dokumen sebelum datang ke cawangan untuk urusan.

a) Urusan untuk membuat passport kali pertama.


  • kad pengenalan asal
  • satu salinan kad pengenalan
  • gambar akan diambil terus di kaunter. 
  • sediakan duit untuk bayaran passport
  • untuk perempuan yang bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap. Nak selamat, pakai tudung warna hitam. Confirm tak de masalah.

b) Urusan pembaharuan kad pengenalan.


  • kad pengenalan asal
  • passport sedia ada
  • di cawangan, akan ada satu borang untuk di isi. Mudah saja, cuma perlu isikan nama, alamat, no k/p, email dan telepon.
  • gambar akan terus di ambil di kaunter
  • sediakan duit untuk bayaran passport
  • untuk perempuan yang bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap.
  • untuk lelaki, ada disediakan blazer di kaunter. Ini untuk nampak lebih  kemas dalam gambar.



Ini lah kamera yang saya cakapkan. Dah dipasang siap - siap kat kaunter. Anda cuma perlu duduk dan senyum :)


Di kaunter:
  • anda akan diminta untuk scan ibu jari kedua - dua belah tangan. Ini untuk pengesahan maklumat.
  • Kemudian, pandang ke kamera untuk ambil gambar. Bagi yang free hair, saya perhatikan tadi pengawai akan minta anda kemaskan rambut. Pegawai juga akan memastikan rambut tidak melindungi muka anda.
  • Akhir sekali, pegawai akan print borang permohonan, periksa maklumat anda dan kemudian tandatangan di borang tersebut.
Bayaran:
  • Setelah selesai, anda perlu tunggu nombor giliran di panggil untuk membuat bayaran. Sekarang passport valid untuk 5 tahun. Harga RM200.
  • Boleh lihat senarai penuh bayaran seperti di bawah:


Passport siap dalam masa 1 jam selepas bayaran dibuat. Anda akan diberikan slip seperti dibawah. Di atas ada dinyatakan masa anda membuat bayaran.

Lebih kurang sejam daripada masa ini, anda boleh datang semula untuk mendapatkan passport yang dah siap. Jadi boleh la pergi makan dulu ke, jalan kat mana - mana dulu. Sejam tu cepat je, saya punya passport hari ni, kurang dari sejam dah siap.

Mungkin sebab orang tidak ramai, jadi proses cepat. Alhamdulillah dah dapat passport baru.



Betul kan saya kata, proses dah mudah sekarang, dah tak leceh macam dulu - dulu. Jadi kalau siapa - siapa nak renew passport boleh lah ke cawangan Imigresen berhampiran atau kalau anda tinggal dekat dengan UTC, boleh juga ke sana. Boleh semak di sini untuk maklumat lanjut  alamat dan lokasi Imigresen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia