Thursday, January 12, 2012

Dato Siti Nurhaliza di History Channel

Salam semua,



Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi no. 1 di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi yang ditemui bakatnya dalam satu pertandingan nyanyian anjuran RTM. Lagu pertama beliau iaitu 'Jerat Percintaan' telah melonjakkan namanya dalam persada seni suara di Malaysia. Lagu ini juga muncul juara dalam rancangan Juara Lagu pada tahun 1996. Selepas kemenangan ini, beliau terus mendaki tangga satu persatu dalam bidang seni. Banyak juga gosip - gosip yang tidak menyenangkan tentang beliau, tapi semua itu nampaknya tidak mampu menggugat kedudukannya dalam industri seni. 

sumber: google search


Cuba lihat sehingga hari ini, masih kukuh berada di hati peminat. Secara jujurnya, saya tidak pernah berjumpa atau pun mendengar Siti menyanyi secara langsung (sebab memang tidak pernah berkesempatan untuk pergi mana- mana konsert atau persembahan beliau). Ada kawan - kawan yang pernah mendengar Siti menyanyi secara langsung berkata, suara beliau memang sangat merdu dan boleh meremangkan bulu roma kalau kita mendengarnya. Tidak hairan lah kalau tengok di TV, peminat - peminat di stadium atau studio seperti histeria melihat Dato' Siti menyanyi.


Setelah hampir 17 tahun dalam bidang nyanyian, malam ini akan ada satu rancangan khas untuk beliau di History Channel - Astro. Kepada pelanggan - pelanggan Astro jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ini. Diterbitkan semperna dengan hari lahirnya yang ke -33 tahun. Kalau dilihatkan, ada beberapa ciri persamaan antara Dato' Siti dan saya. Ingin tahu apa persamaanya...sila baca selanjutnya :)

1) Kedua - duanya berasal dari Pahang



2) Kedua - duanya seorang wanita

3) Dato' Siti sudah banyak mencipta kejayaan, saya bakal mencipta kejayaan (harap-harapnya)


Maklumat dibaca daripada Kosmo! Online - Artikel Penuh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia