Friday, January 13, 2012
Pelajar dan perpustakaan - baru betul
Salam semua,
Sudah beberapa bulan bergelar pelajar semula. Agak kekok pada mulanya, yelah dah lama tak pergi kelas, dengar pensyarah mengajar, buat tugasan, jawab soalan kuiz dan buat projek berkumpulan. Semua ini dah lama ditinggalkan, sudah lebih 5 tahun yang lalu. Bila sudah bekerja, sebenarnya secara tidak langsung semua ini ada lagi dipraktikkan cuma dalam bentuk yang lain. Kalau buat kerja pun mesti berkerjasama dengan orang lain kan, jadi itu pun lebih kurang macam projek berkumpulan.
Apa lah saya dah merepek ini, sebenarnya cuma nak berkongsi kali pertama ke perpustakaan semula. Dah lama betul tidak menjejakkan kaki ke perpustakaan Tun Sri Lanang UKM ini. Kebetulan hari isnin lepas, saya ambil cuti separuh hari untuk menghadiri majlis di UKM. Lebihan masa yang ada saya pun pergi menjengah ke perpustakaan. Memang ada buku yang hendak di pinjam.
Jadi terus mencari tajuk buku yang dikehendaki, cari buku di raknya dan pinjam menggunakan sistem layan diri. Sambil - sambil tunggu kawan cari buku - buku mereka, sempat snap beberapa keping gambar dalam perpustakaan ini. Rasa macam nak jadi pelajar sepenuh masa pulak. Seronok duduk kat perpustakaan ni rupanya. Kenapa dulu tak pernah rasa macam ini.
Tidak perlu ke perpustakaan awal sangat,
mereka nak kemas buku dulu.
Cari dimana buku yang anda cari tersembunyi
Lepas dah penat cari buku, boleh rehat sebentar
menonton TV.
Luaskan perpustakaan Tun Sri Lanang ni
"Sejak jadi pelajar kembali, cuba berusaha untuk merapatkan diri dengan perpustakaan kembali".
Comments (33)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Hehe dulu masa kecik2 rajin g library shah alam, baca buku.
skg ni kalau nak study for exam/test atau nak guna komputer je g library. haha
My recent post Kembali Berblog Setelah Lama Menyepi
skg ni kalau nak study for exam/test atau nak guna komputer je g library. haha
My recent post Kembali Berblog Setelah Lama Menyepi
sy pun dah lama tak p library..entah macam mana rupa library skang nie ekk..rindu jugak nak jadipelajar semula..:)
My recent post Lihat dan Komen
My recent post Lihat dan Komen
wah,banyak buku..kalau penggemar buku memang habit la pergi library pinjam buku minggu2..hehe..kalau student plak nak cari bahan untuk buat assignment..
My recent post Obses Pada Warna Hijau
My recent post Obses Pada Warna Hijau
library mmg tempat favourite Qaseh Gifts! Boleh berjam-jam duduk kat situ. Kebetulan plak entry saya pasal buku. Nanti singgah tengok ya.
Video menarik untuk dikongsi! The Joy of Books
Video menarik untuk dikongsi! The Joy of Books
Salam..
kim belajar amik koz apa heee?
kim belajar amik koz apa heee?
agaknay dulu beljar main2 tu dok ada nikmat kot keh..keh..jgn mare sje usik kimmie pakai kayu heeee
suri suka perpustakaan tpi sini dah merantau tak tahu pustakaan kt mana.klu kt melaka masa belajar hujung mgu pi sana.kt sek sllu je pinjam buku2 last jadi pembaca terbanyak dpt hadiah lagu best geee
luasnya library tu..
kakyong suka dok kat library.. masa di kampus dulu, kalo xde apa2, memang dok library jer.. sbb kakyong ni dulu lone-ranger.. boleh kata semua novel BI yg ade di section novel hampir habis juga dibaca...
My recent post Shahrizal dan drama Atas Nama Cinta
kakyong suka dok kat library.. masa di kampus dulu, kalo xde apa2, memang dok library jer.. sbb kakyong ni dulu lone-ranger.. boleh kata semua novel BI yg ade di section novel hampir habis juga dibaca...
My recent post Shahrizal dan drama Atas Nama Cinta
ajen kimmie gi library..hehe..aku je pemalas..haha
My recent post Duit Syiling Malaysia 2012
My recent post Duit Syiling Malaysia 2012
saya suka gi library dulu..memang tertarik kalau tengok buku banyak2 ni..ada auranya..
My recent post Pengalaman Kena Denda di Sekolah
My recent post Pengalaman Kena Denda di Sekolah
aku rajin gak gi library dulu. Skodeng budak perempuan yang kononnya rajin study. Tapi bergosip aje pasal budak lelaki kacak. haha..
My recent post Terima dan hormat seadanya.
My recent post Terima dan hormat seadanya.
Dah lama tak jejak kaki kat TSL ni.. dulu2 slalu gak lepak kat luar
My recent post Asus Prime Is Coming
My recent post Asus Prime Is Coming
dah lama tak pergi perpustakaan
My recent post MELAWAT MUZIUM TUDM KL
My recent post MELAWAT MUZIUM TUDM KL
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Pelajar dan perpustakaan - baru betul
2012-01-13T11:27:00+08:00
akusipeminatbuku
MBA|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)