Saturday, January 7, 2012

Pengalaman kena denda di sekolah

Salam semua,

Entri kali ini, saya ingin berkongsi kisah duka sepanjang perjalanan saya sebagai seorang murid beberapa tahun yang lalu (lebih dari 15 tahun yang lampau).Secara jujurnya, saya seorang murid yang sentiasa patuh kepada undang - undang dan boleh dikategorikan 'budak baik'. Kadar kebaikan saya itu memang terserlah sehingga ada dikalangan kawan - kawan saya buat satu kempen yang bertajuk "Senyap selama 5 minit macam Ros". Kira memang habis baik lah. Jadi macam mana budak baik macam saya boleh kena denda.


muka budak baik....


Erm...kalau difikirkan memang tak logik kan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya tempuh, sebaik - baik saya akhirnya tetap kena denda juga. Saya perasan akan sesuatu yang unik pada diri ini, iaitu bila saya buat salah sekali saja, pasti akan terus kena balasan, kalau orang lain buat salah beberapa kali pun tetap terlepas.

Sepanjang saya bergelar murid sekolah, seingatnya ini ada satu peristiwa yang memang mencengkam dalam memori otak saya ini. Tak kira macam mana pun, tetap tak boleh lupa.

Kisah pertama terjadi masa saya di sekolah rendah, masa tu ditahap 3. Saya takdelah nakal sangat pun, cuma kesilapan yang saya lakukan adalah tidak menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberi oleh cikgu. Memang silap banyak lah, sebab cikgu ni terkenal dengan rotan halusnya. Kalau buat salah memang takde ampun dah dari cikgu.


Secara jujurnya serius saya tak ingat kenapa saya tak siapkan kerja sekolah cikgu tu. Tak tahu macam mana boleh pulak tertinggal kerja rumah Matematik ni. Dulu - dulu, semua kerja sekolah bergantung kepada diri sendiri. Mak takde masa nak tengok dah siap ke belum semua kerja tu, kiranya memang mak percaya 100% kepada anaknya ini. Memang tak terniat pun tak nak buat kerja sekolah tu, cuma mungkin dah takdir nak jadi glamer hari tu.

Seperti yang dijanjikan, bila cikgu masuk saja ke kelas, perkara pertama yang dia nak semak semestinya kerja sekolah semalam. Dengan hati yang berdebar - debar, sambil fikir - fikir idea apa nak kelentong cikgu ni. Bila cikgu sampai je kat meja, mulut ini diam seribu bahasa, hanya buku itu yang mampu berkata - kata. Cikgu tak tanya banyak, terus cakap "angkat tangan". Perlahan - lahan tangan diangkat dan ......zassssss....libasan rotan mengenai tanganku yang comel ini. Oh...budak baik dah kena rotan.


yang warna hitam tu gambaran kasar rotan yang 
digunakan oleh cikgu...sakit oooo
kena rotan...huhuhuhu


Pengajarannya, sejak hari itu, saya akan periksa setiap kerja sekolah 2-3 kali untuk memastikan semua kerja sekolah siap. Tidak mungkin akan ku biarkan peristiwa itu berulang kembali.


Sekian, begitulah kisahnya...harap menjadi pengajaran kepada murid - murid sekolah yang lain.


Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan olehAhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma,Contengconteng.comLelakiAcai.comOhbukuAbrablog.com dan PanduanTNX.com

Comments (53)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
adoi..macam mana ni budak baik kena rotan..hehe..aku pun budak baik jugak dulu..ahakz..
My recent post Cuba Kita Renungkan
4 replies · active 690 weeks ago
best tu kena rotan,... nangis tak
My recent post Root Untuk Asus Transformer Prime Kini Online
2 replies · active 690 weeks ago
sadis zaman dulu cikgu rotan memang hebat...sekarang rotan pelajar masuk mahkamah la jawabnya.....
My recent post Pemenang Masterchef saya pilih Ezani
3 replies · active 690 weeks ago
Err.. kalau budak baik kena rotan, camner dengan dak yg nakal eh..huhu.. saya tak pernah kena rotan sepanjang saya sekolah dulu kecuali sekali kat tgn sebab dapat math A-.. cikgu nak A+.. sadis kan..
1 reply · active 690 weeks ago
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
1 reply · active 690 weeks ago
laa
kesian la pulak bila budak baik pun kena rotan
hanya kerana sekali terlupa
My recent post Garis Panduan
1 reply · active 690 weeks ago
haha budak baik kena rotan..sy dulu budak baik gak..pernah gakkena rotan.denda pun pernah..arghh..baikkah?haha..
1 reply · active 690 weeks ago
adehhh.. sakit nye kena rotan...

contest yer...

kakyong pun pernah juga kena denda masa sekolah dulu.. kena rotan tu tak ingat lah pula.. tp rasa mcm pernah kena ketuk tangan dgn pembaris panjang lagi besor ..

My recent post Sudah 40
1 reply · active 690 weeks ago
camana budak baik kena rotan jugak nih..
1 reply · active 690 weeks ago
kalau dah salah kena lah hukum dengan gurunya kan..
1 reply · active 690 weeks ago
Alahai kesiannya kena rotan :D ... menangis ke tidak masa tu ? ... haaa mesti nangiskan jangan tak ngaku yer .... :D
My recent post PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
1 reply · active 690 weeks ago
Semoga Kimmie berjaya juga dalam contest ni :D
My recent post PERLAWANAN AKHIR PIALA SUMBANGSIH 2012 | NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
1 reply · active 690 weeks ago
ada macam nak cari balik tak cikgu yang rotan tu?
My recent post Kenapa Nak Berubah?
1 reply · active 690 weeks ago
sebab kena rotan tu la saya jadi manusia macam sekarang ni haha
My recent post Wahai Blogger Sekalian, Percayakah Kamu Dengan Allah & Hari Akhirat?
1 reply · active 690 weeks ago
salam....2 mmg menyakitkan saya ada hur,,,nnti dulu klu nak d cerita...harp2 kesan rotan dok sampao berbekas smpi skrg heee
1 reply · active 690 weeks ago
tak pernah kena denda dengan rotan tuh, guna pembaris panjang ade la.
My recent post Ego Seorang Manusia
1 reply · active 690 weeks ago
kena rotan??oh selalu kena rotan.hahahaha!!!!!
1 reply · active 689 weeks ago
Kalau saya kerja sekolah akan disiapkan disekolah dan dirumah memang tidak ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. Samada jawapan betul atau tidak itu belakang kira yang penting kerja sekolah sudah siap. :-)
My recent post Pengalaman kena denda di sekolah
1 reply · active 687 weeks ago
sakit nya...chii dulu pun cam kimmie gak,.budak baik..tp baik2 nya pun..tetap ada notty nya,..ekeke
My recent post Kesilapan Usahawan Melayu
1 reply · active 687 weeks ago
wah semakin meriah lah pertandingan ni :)
1 reply · active 687 weeks ago
pernah gak kena rotan...tak taulah macam mana leh lupa nak buat...haiyaaa...
1 reply · active 686 weeks ago
Sya dulu sampai kena marked dengan lecturer masa kat Matriks sebab tak siap kerja sekolah, setiap kali kelas mesti dia semak buku Sya. budak lain dia tak semak lak. huhu
My recent post KESUNGGUHAN PENTING KETIKA BERTANDING – KAGUM DENGAN RAKAN BLOGGER
1 reply · active 684 weeks ago
lain orang lain pengalamannya betul tak kimmie....yg pasti semua org akan ada pengalaman sebegini
My recent post SUSPEK PEMBUNUH DIRANG DIDAKWA DI MAHKAMAH
1 reply · active 679 weeks ago
Great job, beautiful blog with great informational content. This is a really interesting and informative post. https://www.youtube.com/watch?v=CLWYXPUI4Ok

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia