Thursday, January 26, 2012

Santai: BBQ sempena cuti Tahun Baru Cina

Salam semua,

Bagaimana anda semua menghabiskan cuti panjang sempena tahun baru cina? Saya seperti dapat hadiah kerana cuti tersebut sangat bermakna setelah hampir 3 minggu tanpa cuti yang sebenar. Semua masa digunakan untuk mentelaah pelajaran, hadir ke kelas, kerja dan menyiapkan tugasan. Cuti ni tiba tepat pada masanya, lepas saja tamat peperiksaan, terus bergerak balik ke kampung. 


Sampai di kampung, rasa macam nak baring je, nak lepaskan penat yang dah terkumpul selama 3 minggu ni, tapi mana boleh kan...nanti mak cakap 'agak...agak lah nak rehat pun'. Jadi pada ahad pagi tu, bermula lah projek memotong ayam ...banyak tak banyak 4 ekor juga ayam yang dipotong. Kemudian, setelah siap dipotong, dibasuh dan ditoskan, maka ayam-ayam tadi diperap dengan rempah ratus seperti bawang, serai, jintan, madu, sos tiram, sedikit lada. 


Bila tiba time nak perap ayam ini yang tak tahan, sila baca dialog di bawah:

Intan: " Jangan letak madu, intan tak boleh makan"
Pak Cik: " Ok, kita tak payah letak madu dekat kaki dan leher ayam je. Jadi leher dan kaki ayam je lah Intan boleh makan"

Intan: (Terus menarik muka masam 14 inci)....hahahhaha...(nanti kan sambungan selepas ini)

ayam yang sudah diperap....macam sikit je.


Ayam diperap selama beberapa jam, malam tu lepas maghrib baru mula membakar. Ada juga makanan sampingan seperti nasi goreng, buah limau mandarin, tembikai  dan air oren. Sementara menunggu ayam siap dibakar, makan dulu buah tembikai, mata masing-masing aim dekat ayam tu, bau yang semerbak, memang tak sabar dah nak makan ni. Apa yang jadi seterusnya, anda pun boleh agak, masak je seketul ayam ...seketul hilang, pinggan bekas nak letak ayam yang sudah dimasak tu ibarat persinggahan sementara saja. Letak hilang, letak hilang. ....akhirnya...tukang bakar pun angkat tangan, serah tugas. Kalau macam ni, sampai sudah dia tak dapat makan...hehehehe. 

ayam yang tengah dibakar.


Ini pula dialog Intan apabila ayam dah siap dibakar:-

Intan: "Intan boleh makan la ayam yang ada madu ni, yang kaki dan leher pak cik makan lah"
Pak Cik: " Intan cakap tadi tak boleh makan madu?"
Intan: "Dah tanya mak, mak cakap boleh makan madu".

Jadi malam tu, kami sekeluarga makan ayam bakar, sambil borak - borak bersama keluarga. Seronok sekali sekala berkumpul bila cuti begini. 

Bekas ini memang tak pernah penuh..:)

Sekotak limau mandarin untuk dimakan

Chef dan tukang bakar bekerjasama menyediakan hidangan




Comments (32)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
fuhh, cicah dengan sambal belacan. mesti sedap ni
My recent post Aksi Panas pelajar sekolah – Pengalaman kena denda di Sekolah
3 replies · active 687 weeks ago
fulamak..sedpanya..
rasa nak buat jugak ler...tapi melepas la..cuti dah nak abes...
1 reply · active 687 weeks ago
Alahai kesiannya tukang bakar tu kalau diteruskan ... hahahah sah dapat tulang je lah ... hehehehe :D
My recent post ALANG-ALANG DAFTAR MASUK SEKALILAH
1 reply · active 687 weeks ago
Uiksss ! napa Kimmie tak boleh makan madu ... ada pantang ke ? bukankan madu tu baik untuk kesihatan ?
My recent post ALANG-ALANG DAFTAR MASUK SEKALILAH
1 reply · active 687 weeks ago
Aduhhh ! ... sedapnya ... terhidu bau ayam bakat tu sampai ke hidung Benjy ... emmm nyam! .. nyam! :D

ps: kalau sudi VOTE lah si benjy yang mempunyai blog yang teruk ... isk..isk..isk sedihnya :(
My recent post ALANG-ALANG DAFTAR MASUK SEKALILAH
1 reply · active 687 weeks ago
bakar2 memang sedap...boleh terliur ni
1 reply · active 687 weeks ago
Laparrrrrrr ><
1 reply · active 687 weeks ago
Memang dah nasib jadik tukang bakar,.. banyak kena kipas :)
My recent post Panel Komik Terbesar Di Dunia Menggunakan Galaxy Note
3 replies · active 687 weeks ago
patut diam jer rupanya gi makan ramai2 tak ajak kite heee
1 reply · active 687 weeks ago
Adoi terliur den huksss
My recent post Rutin Harian Untuk Muka Bersih Dan Ceria
1 reply · active 687 weeks ago
jadi lapar balik aku dibuatnya..
1 reply · active 687 weeks ago
mcm x cukup jer, saya pon nak
My recent post Latest Western Actor May Convert to Islam
1 reply · active 687 weeks ago
gullppp yummy
1 reply · active 687 weeks ago
kalau buat BBQ ni, yang syoknya time panggang and time dapat kumpul ramai-ramai dalam satu family

tak dapat makan sangat pun tak apa, yang penting we enjoy the moment tu..

ingat nak buat jugak BBQ masa cuti tahun baru cina hari tu.. last-last tengok dekat kampung dapur buat panggang dah hancur, pastu malam pulak asyik hujan..

memang babai la.. tak jadi nak BBQ
My recent post Petanda Kecil Kiamat Ketujuh : Budak Wanita Atau Wanita Merdeka Akan Melahirkan Tuannya
1 reply · active 687 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia