Monday, March 6, 2017

Tukar Nama Akaun TNB

Assalamualaikum semua.

Pada entri kali ini saya nak berkongsi tentang cara - cara untuk tukar nama pemilik akaun TNB.





Apa yang perlu dilakukan lepas anda dah selesai urusan pembelian rumah?

  • kunci rumah dah dapat dan nak pindah masuk. Sebelum itu, pastikan anda dah selesaikan urusan pertukaran nama ini. Kalau tidak, tiba - tiba owner lama tutup akaun, terus bergelap gelita.
  • Tanggungjawab owner lama ialah tutup akaun beliau (dapat balik deposit) dan inform owner baru bila urusan beliau telah selesai.
  • Tanggjungjawab owner baru, mohon semula menggunakan no akaun owner lama. Permohonan ini boleh dibuat secara online di www.mytnb.com.my
  • Kalau belum ada akaun mytnb, boleh register. Senang, cepat dan mudah.



Lepas register, boleh terus login ke mytnb dan paparan seperti di bawah akan kelihatan.
Klik pada "APPLICATIONS"


Pilih "Supply Application"





Isi butir - butir peribadi seperti yang diminta



Di bahagian "Premise Information", anda ada pilihan untuk menggunakan akaun number atau alamat.

Maklumat tentang permis tersebut akan dipaparkan. Teliti semua maklumat, kalau semua betul, anda boleh teruskan ke langkah berikut.



Sila ambil perhatian! Supply Required Date mesti antara 7 ke 14 hari dari tarikh permohonan.

Untuk permohonan pertukaran nama, Elektrik kontraktor tidak diperlukan


Di bahagian akhir sekali, anda perlu print borang permohonan ini dan tandatangan.
Kemudian, scan borang tadi dan upload ke ruangan ini beserta salinan IC dan salinan S&P (Sales & Purchase Agreement)

Pastikan juga anda [/] 2 kotak di bawah. Baru butang "Submit" akan boleh ditekan.



Setelah anda "submit", permohonan anda akan dipaparkan di ruangan "My Application Status". Anda boleh memeriksa status permohonan di sini. 

Selepas permohonan anda di teliti oleh pihak TNB dan diluluskan, anda akan menerima email yang mengandungi "Demand Letter" dari pihak TNB. Surat ini bertujuan untuk memberikan detail bayaran yang perlu anda buat sebelum proses penyambungan elektrik di lakukan ke kediaman anda. 

Anda boleh membuat bayaran seperti yang dimaklumkan sama ada di Kedai TNB atau boleh buat secara online melalui FPX, Credit Card atau Debit Card.

Selesai dan tunggu maklum balas dari pihak TNB tentang status akaun tersebut.

Sekian, harap perkongsiaan ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.



MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH RUJUK RUANGAN INFORMASI DI MYTNB










Comments (37)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Hai

Tumpang tanya, saya nak apply tukar nama akaun TNB untuk sebuah kedai yang saya nak sewa. Tapi pemilik masih ada tunggakan dan bekalan electrik sudah pun di potong

Bolehkah saya tukar akaun TNB ke nama saya dahulu atau pemilik perlu lunaskan tunggakan sebelum penukaran nama dibenarkan?

Terima kasih
1 reply · active 377 weeks ago
Tumpang tanya, berapa lama selalunya TNB ambil masa untuk review application tu? Terima kasih
2 replies · active 375 weeks ago
Azizul Hanafi's avatar

Azizul Hanafi · 368 weeks ago

Next of kin contact kena isi details siapa ya sis?
1 reply · active 368 weeks ago
2 bulan deposit tu bersamaan RM berapa?
1 reply · active 366 weeks ago
Salam, kalau kes saya. dah beli rumah, kunci dah dapat. tapi owner belum tutup akaun. dan ada tunggakan banyak. contact owner dah tak dapat2. jadi, sy boleh ke tukar nama terus , yela takkan sy yg kena bayar kan tunggakan dia.
1 reply · active 366 weeks ago
nak tanya salinan S&p tu nak kena bagi semua atau muka surat tertentu sahaja??
2 replies · active 365 weeks ago
Salam.. Klu owner lame blom tutup acc beliau, boleh ke kite apply online cmni utk switch acc under nama kite since urusan jual beli da settle..
1 reply · active 365 weeks ago
Salam. Nak tanya. Selepas kita submit application tu, brapa lama tnb ambil masa utk resupply electric ke rumah kita? Thanks
1 reply · active 355 weeks ago
Mohd azuan b md sain's avatar

Mohd azuan b md sain · 355 weeks ago

Salam nak tanya..sy dh tutup akaun hampir sebulan.tp deposit sampai skrg masih tak masuk akaun.bil sy dh tiada tunggakkan lg semasa sy tutup akaun.ic & buku bank photocopy pun dah bagi.tq
1 reply · active 355 weeks ago
hi saya membeli rumah dgn owner pertama..tapi kami tak menukar nama bil elektrik dan air. maksudnya kami menyambung bayaran dgn nama owner pertama. sekarang kami ingin menjual rumah kampung ni dgn org ..bagai mana nak tukar nama bil elektrik dan air. ..masalah nya owner pertama tu susah d jejaki dah.x tau ke mana. .mungkin ke luar negara. soalan nya boleh kh kami menukar nama tanpa owner pertama tu.tq
1 reply · active 322 weeks ago
Kalau mau tukar nama berapa mau bayar...
Erman Shah's avatar

Erman Shah · 342 weeks ago

Ada sebarang bayaran x utk tukar nama pemaju ke owner?
terima kasih banyak² tuan atas tulisan ni
Masalah saya bil TNB tertunggak ditinggalkan oleh penyewa rumah saya, bil letrik tersebut atas nama saya,bagaimana nak tukar bil tersebut atas nama penyewa yang telah pindah.
1 reply · active 322 weeks ago
kalau nak tukar Nama kedai shj macm mana? kalau blh jangan ada ganguan supply sbab tukar nama kedai shj.
Salam. Nak tanya. Ada possibility x sambungan letrik rumah dipotong dalam period owner asal close account dan kita dlm proses tukar nama.
1 reply · active 322 weeks ago
Hi... Kalau S&P dah hilang. Apa dokumen lain yg boleh diguna?
Kenapa xboleh tekan butang submit?
Hi. Kalau tak isi online tapi terus pegi buat kat tnb and bawak document boleh ke?
1 reply · active 290 weeks ago
Hi saya nak tanya . Saya beli rumah dan bekas owner dha tutup tnb , lepastu saya kena buat macam mane awak buat ke ? Kalau macam nie banyak abis ke kena bayar deposit ?
1 reply · active 290 weeks ago
Untuk pertukaran nama..berapa lama masa y di ambil olek pihak ynb utk proses dan rumah ada elektrik

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia