Showing posts with label MBA. Show all posts
Showing posts with label MBA. Show all posts

Friday, February 22, 2013

MBA: 5 kali pinangan ditolak

Salam semua,

Rasanya sudah lama betul saya tidak berkesempatan untuk menulis entri baru. Kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Bila sudah lama tidak menulis, mula lah perasaan malas itu datang. Satu perasaan yang tidak sihat, jadi harus dilawan. :)

Hari ini saya cuma ingin bercerita, tentang perjalanan saya dalam mendapatkan master. Akhirnya sudah sampai ke semester terakhir, yang mana saya dapat rasakan akan menjadi semester yang paling mencabar. Sebenarnya cabaran itu telah bermula sebelum saya mendaftar untuk semester ini lagi. Cabaran pertama yang perlu dilalui ialah mendapatkan supervisor untuk research paper. 

Berdasarkan apa yang terjadi kepada saya, jadi ingin saya nasihatkan kepada bakal - bakal pelajar yang akan memasuki semester akhir, sila cari supervisor anda lebih awal. Jangan jadi macam saya, 5 kali 'pinangan' ditolak kerana baru saya tahu yang saya dah lambat. Pelajar lain dari semester lepas sudah mula mencari supervisor mereka.

Bagaimanapun, alhamdulilah, setelah 5 kali ditolak, akhirnya saya berjumpa dengan supervisor yang dapat menerima tajuk saya. Terima kasih Prof, kerana sudi menjadi supervisor untuk research paper saya. Dengan itu selesai satu tugasan mencari supervisor. 

Cabaran bakal diteruskan dengan menunggu keputusan komuniti di GSB, sama ada tajuk yang dipilih saya dan dipersetujui oleh Prof, diluluskan oleh komuniti atau tidak. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, mensyuarat tersebut telah berlangsung pagi tadi di UKM. Bagaimana pun saya masih belum mendapat keputusannya. Jadi sedang menanti dengan sabar.

Seperti biasa, semester ini 3 lagi subjek baru akan dipelajari iaitu Corporate Finance, International Marketing  dan Strategic Management. Minggu pertama kelas telah bermula minggu lepas, perkara yang menarik ingin saya kongsikan ialah mantera di bawah:

Mantera untuk Public Speaking - Practice, Practice, Practice
Mantera untuk Property - Location, Location, Location
Mantera untuk Leadership - Execution, Execution, Execution
Mantera untuk Management - Communication, Communication, Communication

Jadi, tak sabar rasanya meneruskan pengajian dan saya harap dapat berkongsi lebih banyak ilmu dengan anda semua.

Sampai jumpa lagi.

Saturday, January 5, 2013

Semester 4: Hampir ke penghujungnya

Salam semua,

Sangat sibuk bila tiba penghujung semester, banyak masa dihabiskan untuk mentelaah pelajaran, menyiapkan  diri untuk menghadapi peperiksaan dan siapkan presentation. Tiga minggu ini, setiap sabtu akan ada peperiksaan. Satu sudah selesai dijalani siang tadi, ada 2 lagi menunggu.

Esok bersamaan dengan ahad (6 Jan 2012) ada presentation yang perlu dilakukan. Wish me luck ya !. Walaupun setiap semester ada presentation, saya masih lagi rasa gemuruh. Normal kan perasaan itu. Apa yang perlu dilakukan, kawal perasaan gemuruh tersebut supaya tidak menguasai diri.

Esok nak present apa, ada 2 projek yang perlu dibentangkan. Satu investment project dan satu lagi research.

Investment project

Melakukan penyelidikan tentang stock market di Malaysia. Pilih 60 syarikat yang berprestasi tinggi dan lihat stock dalam industri mana yang mempunyai prestasi yang stabil.

Research - Online shopping

Mengkaji faktor - faktor yang mempengaruhi pengguna di Malaysia membeli di atas talian.



Jadi sekarang tengah berlatih untuk buat presentation. Harap semua berjalan lancar.

Jumpa lagi!!!

Friday, October 12, 2012

Bermulanya semester baru

Salam semua,

Lama sudah saya tidak menulis entri baru. Hari ini kita bercerita secara santai saja. Saya ingin berkongsi rasa kegembiraan saya setelah mendapat keputusan peperiksaan di awal minggu. Alhamdulilah saya berpuas hati dengan keputusan tersebut. Terima kasih atas semua doa yang anda semua berikan kepada saya.


Sumber: Google


Sabtu ini bakal bermula semester baru iaitu semester 4. Untuk semester baru ini, ada 3 lagi subjek baru iaitu Business Research Methodology, Investment dan Organizational Behaviour. Semua ini akan saya pelajari dalam tempoh 14 minggu dari sekarang.

Nampaknya masa berehat sudah tamat (cuti semester), bakal kembali mengharungi kesibukan sebagai seorang pelajar separuh masa. 

Terus berusaha untuk mencapai kejayaan :)

Friday, September 14, 2012

Final Exam: Doakan saya.


Salam semua,

Esok bersamaan dengan 15 Sept 2012 merupakan hari di mana saya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 3. Esok dari pagi pukul 9 pagi sehingga 6 petang, peperiksaan akan berjalan untuk 3 subjek iaitu Consumer Behavior, Operation Management dan Decision Analysis.






Saya berharap anda semua doakan semoga saya dapat menjawab soalan dengan baik esok. Untuk tatapan anda, jom tengok satu video menarik tentang Supply Chain Management Program. Ini merupakan salah satu topik dalam subjek Operation Management. Tengok jangan tak tengok...



Thursday, August 2, 2012

Sebelum ini Petron, sekarang Cardoso pula

Salam semua,

Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi rasa dan cerita kehidupan saya. Walaupun mungkin tidak menarik mana, tapi saya rasa ianya tetap sesuatu yang mungkin dapat membantu orang lain di kemudian hari. Seperti biasa, sekarang ini masa di blog sangat terhad, banyak masa dihabiskan dengan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Semester ini lebih sibuk berbanding semester lepas kerana saya mengambil 5 subjek iaitu ekonomi, perlakuan pengguna, pengurusan sistem maklumat, analisis dan pengurusan operasi. 4 daripada 5  subjek ini, saya hanya belajar dalam masa 7 minggu, kemudian melalui peperiksaan dan membuat presentation untuk tugasan yang diberikan. 

Untuk subjek ekonomi, kumpulan saya telah memilih tajuk ambil alih Esso oleh Petron. Syukur alhamdulillah semuanya telah selesai. Sebelum selesainya tugasan dan presentation untuk tajuk ini, hidup saya seakan ditemani oleh 'Petron'. Bangun tidur ingat Petron, nampak stesen minyak pun ingat Petron. Begitu fanatik seketika kepada Petron...hehehehe.

Minggu ini saya sedang membuat tugasan untuk subjek pengurusan operasi dan untuk subjek ini saya telah mendapat case study bertajuk 'Cardoso'. Jadi sekarang fokusnya kepada 'Cardoso', masih terkial - kial hendak membuat slide presentation untuk case study ini. Bila pulang dari kerja, dalam perjalanan asyik teringat tentang case ini saja, sambil berfikir apa yang perlu ditambah dalam setiap jawapan dan cadangan yang telah diberikan. 



Bila kena selesaikan case study ini, rasa macam mencabar pulak, masa dalam kelas dengar pensyarah mengajar, rasa macam senang je subjek ini. Erm...bila dah dapat tugasan baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Walau apa pun, saya akan terus berusaha untuk menyelesaikan tugasan ini dengan baik (99.99%).


Monday, July 30, 2012

Petron ambil alih Esso

Salam semua,

Saya rasa ramai yang sudah tahu akan kisah ini, sekiranya anda sering melalui lebuhraya KL - Seremban, mungkin anda perasan akan perubahan yang berlaku. Sepanjang jalan ini, kalau tidak salah saya terdapat lebih kurang 4 stesyen minyak Esso (suatu ketika dahulu). Bagaimana pun kini sudah bertukar kepada stesyen minyak baru iaitu Petron. 

sumber: google


Saya sebenarnya pun agak lambat mengetahui perubahan yang berlaku ini, hanya bila pensyarah di kelas bertanyakan, 'Eh...saya nampak ada stesyen minyak baru masa dalam perjalanan kelas tadi? Kamu semua perasan tak?". Beliau merupakan pensyarah untuk subjek ekonomi, jadi secara tidak langsung, beliau telah menjadikan kes untuk kami kaji, apa yang telah berlaku kepada Esso dan bagaimana Petron boleh mengambil alih syarikat tersebut.

sumber: google


Petron merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat terkemuka di Filiphina iaitu San Miguel Corporation. Secara rasminya pada 13 July 2012, Esso Malaysia Bhd ditukar nama kepada Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambil alihan ini, cuba baca artikel - artikel di bawah:

1) Penjenamaan semula Esso
2) Esso Malaysia
3) Esso tukar nama kepada Petron

Tuesday, June 26, 2012

Apa yang mempengaruhi anda?

Salam semua,

Entri kali ini saya ingin bertanya kepada anda semua, apa yang membuatkan anda akan mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan. Barang yang dimaksudkan ialah produk - produk yang memerlukan budget yang besar contoh seperti kereta, peti sejuk, laptop, televisyen, mesin basuh ( semua ini contoh sahaja). 

Sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali kita ingin membuat keputusan untuk membeli sesuatu seperti ini, perkara pertama yang akan kita lakukan adalah mencari sebanyak mungkin maklumat tentang produk tersebut. Kita akan mengumpulkan dan membandingkan produk yang ada, kita akan ambil kira pendapat orang lain yang pernah menggunakan produk tersebut. 

Antara perkara yang biasa kita lakukan ialah membandingkan harga, spesifikasi produk,  kualiti produk, tempoh jaminan dan komen dari pengguna - pengguna lain tentang produk tersebut. Biasanya pendapat pengguna yang telah menggunakan produk tersebut agak mempengaruhi pengguna lain untuk membeli produk itu. Terutamanya, sekiranya pengguna ini merupakan dari kalangan keluarga, kawan - kawan rapat. Ini adalah kerana kepercayaan kita terhadap mereka adalah lebih tinggi.

Sebelum ini saya tidak pernah sedar akan proses yang saya lakukan apabila ingin membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk. Sedar atau tidak, apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian ini ada kaitan dengan sifat kita sebagai seorang pengguna. Sifat - sifat ini dikaji dan mereka yang melakukan rancangan pemasaran akan menggunakan strategi pemasaran mereka untuk menarik minat pengguna seperti kita. 

Sifat - sifat pengguna ini dikaji supaya mereka boleh merancang strategi pemasaran yang berkesan. Bila saya belajar subjek 'consumer behavior' banyak yang dapat kita fahami tentang sifat kita sendiri bagaimana kita membuat keputusan, apa yang mendorong kita untuk mengambil keputusan sedemikian dan banyak lagi.


Jadi, apa yang mendorong anda untuk membeli sesuatu produk baru, keinginan, kehendak atau keperluan? Bagaimana anda membuat keputusan dalam memilih produk yang ingin dibeli? Mari kongsikan bersama, moga jadi manfaat untuk kita semua.

Thursday, June 21, 2012

Pening kepala mencari idea

Salam semua,

Saya sedang pening kepala ni sebenarnya, memikirkan projek apa yang hendak dilakukan untuk subjek "consumer behavior". Pensyarah ada memberi pilihan sama ada untuk memanggil seorang daripada mana - mana syarikat untuk memberikan ceramah / ucapan / perkongsiaan pengalaman dengan pelajar - pelajar tentang bagaimana syarikat tersebut menjalankan atau merangka kertas cadangan untuk menempatkan produk mereka di pasaran.

Satu lagi pilihan ialah menjalankan kaji selidik tentang sifat - sifat pengguna yang ada di Malaysia. Pensyarah juga memberi pilihan, sekiranya ada idea selain yang beliau berikan, boleh lah dikemukan kepadanya. Ini yang sedang saya fikirkan, projek apa agaknya yang boleh dilakukan selain daripada 2 yang dicadangkan. 



Tujuan projek ini supaya pelajar dapat belajar dan mengaikan teori yang dipelajari dalam kelas dengan dunia sebenar. Jadi setiap projek yang ingin dilakukan mestilah dapat memberikan pelajaran dan pengalaman yang berguna kepada setiap pelajar lain. 

Jadi sekarang saya buntu, tidak dapat memikirkan apa projek yang sesuai...erm...anda boleh bantu? Anda ada idea menarik...boleh kongsikan dengan saya. 

Monday, May 28, 2012

Kembali semula.

Salam semua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua, atas doa anda. Saya telah selesai menjawab peperiksaan akhir dan semester II saya telah tamat dengan rasminya. Jadi saya akan bercuti untuk 2 minggu, cuti daripada kelas saja, kerja tetap macam biasa...hehehehe.



Bila tiba saat sebegini, rasa macam nak ambil cuti panjang saja, baru best kan, tapi kekangan kerja tidak mengizinkan, banyak kerja di pejabat yang perlu disiapkan. Lagipun, cuti saya yang ada hanya 4 hari saja. Bemula hari ini boleh lah memulakan semula aktiviti melawat blog - blog kawan - kawan yang telah lama ditinggalkan. 

Kawan - kawan nantikan kehadiran saya di blog anda....hehehehehe.

Sunday, May 6, 2012

Nampaknya sibuk dengan tugasan lagi

Salam semua,

Nampaknya saya akan sibuk lagi menyiapkan beberapa tugasan, lagi pun semester II sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tinggal lagi 2 minggu untuk kelas, jadi semua tugasan perlu diselesaikan sebelum tibanya FINAL EXAM.




Si Ketam dah marah...ok ok ...saya sambung buat tugasan dulu ya..lain kali kita jumpa lagi.

Thursday, April 5, 2012

MBA: Assignment yang banyak.

Salam semua,

Sekarang sedang duduk depan laptop sambil mendengar rancangan The Voice di television. Tengah cuba untuk mencari idea untuk menyiapkan tugasan - tugasan yang tidak siap - siap lagi ini. Ada satu tugasan individu untuk subject Business Law, ada satu group assignment untuk Financial Management dan ada satu case study yang perlu dikaji untuk subject Marketing Management.


Esok akan terus menyambung perjuangan dalam menghabiskan training Unix Fundamental. Masih berbaki 2 hari untuk ditamatkan. Ada 18 modul untuk dipelajari. Di akhir hari ke-3, saya sudah berjaya menamatkan pelajaran sehingga modul ke 12. Lagi 6 modul, lebih sukar dan lebih mencabar minda kerana 6 modul terakhir berkaitan dengan network dan programming.



sumber: google search

Ada juga niat untuk menyertai beberapa contest dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger - blogger lain, tapi semuanya terbantut. Contohnya giveaway sharing is caring ini. Anda pun mari lah menyertai giveaway ini. Tarikh tutup pada 30 April 2012. 


p/s: Idea untuk mengarang pantun pun macam sudah kering dan tidak kunjung tiba pula malam - malam ini. 



Tuesday, March 20, 2012

Jawapan untuk Top Brand Tahun 2011

Salam semua,

Semalam saya buat entri bertanyakan apakah top brand untuk tahun 2011 dan jawapannya adalah Coca Cola. Untuk melihat senarai penuh 100 top brand tahun 2011 anda boleh ke webside InterBrand. Saya pun dapat tahu dari pensyarah yang mengajar subjek marketing, jadi kongsikan dengan anda semua. 

Tahniah kepada 3 orang yang berjaya menjawab dengan betul, seperti yang dijanjikan, saya letak link ke blog anda di sidebar blog saya. Moga backlink ini dapat membantu sesapa kita. Tiga orang yang bertuah itu ialah:-



Bukan apa, saya selalu saja menerima, tapi tidak pernah memberi, rasanya kena mula memberi sesuatu kepada orang lainkan. 

Monday, March 19, 2012

Informasi: 20 top brand tahun 2011.

Salam semua,

Bertemu lagi di hari Isnin yang berbahagia ini. Hari ini ingin berkongsi dengan anda semua  top global brand pada tahun 2011. Mungkin ada di antara anda telah mengetahuinya dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Jadi saya paparkan sebagai perkongsiaan bersama. 



1)              
2) IBM                   
3) MICROSOFT    
4) GOOGLE          
5) GE (GENERAL ELECTRIC)
6) MCDONALD
7) INTEL
8) APPLE   - tahun 2010 di tangga ke 17
9) DISNEY
10) HP
11) TOYOTA
12) MECERDES
13) CISCO
14) NOKIA - tahun 2010 di tangga ke 8
15) BMW
16) GILLETTE
17) SAMSUNG - tahun 2010 di tangga ke 19
18) LV - tahun 2010 di tangga ke 16
19) HONDA - tahun 2010 di tangga ke 20
20) ORACLE - tahun 2010 di tangga ke 22



Cuba anda teka, apakah top brand tahun 2011? Rasanya ramai yang tahu kan...tulis jawapan anda di bawah ye. 3 orang yang jawab dengan tepat, saya letak link blog anda di side bar untuk sebulan..ok.

Sunday, February 19, 2012

Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini

Salam semua,

Seperti yang anda ketahui, saya sedang menyambung pelajaran di UKM dan mengikuti kursus MBA secara separuh masa di sana iaitu setiap sabtu. Sebelum ini saya telah habis semester 1 dan sekarang sudah mula pengajian untuk semester 2. Untuk semester ini, saya mengambil mata pelajaran pengurusan pemasaran. Jadi di kelas pertama minggu ini, pensyarah ada menerangkan tentang kepentingan sesuatu tagline untuk meletakkan di mana kedudukan sesuatu produk itu dalam minda pengguna.


Jadi mari kita sama - sama fikirkan, dimana produk - produk ini di dalam minda kita, apabila kita melihat tagline yang mereka gunakan. Dengan kata lain, apa yang terlintas di fikiran kita bila kita nampak, dengar atau baca tag line tersebut:-


Honda - The Power Of Dreams
KFC - It's finger liking good
McDonalds - great time, great taste
Hot FM - Lebih hangat daripada biasa
Disneyland - The happiest place on earth
Intel - Intel Inside
Panasonic - Ideal for life
BMW - The Ultimate Driving Machine
Apple - Think Different
AirAsia - Now Everyone can fly
P1 Wimax - Broadband for All
Dell - Easy as DELL
Zaitun - Gunakan tanpa was - was




Di bawah ini, iklan TANG, anda pernah tengok iklan ini?



Menurut apa yang diceritakan oleh pensyarah dalam kelas tadi, hasil jualan produk TANG di Malaysia kurang mendapat sambutan disebabkan iklan yang disiarkan tidak menepati kehendak pengguna pada masa itu. Apa anda rasa kesilapan iklan ini yang tidak dapat menarik perhatian pengguna?

Tuesday, February 14, 2012

Leadership Talk by Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Salam semua,

Entri ini merupakan satu entri tertangguh yang agak lama juga. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, perlu tumpukan kepada peperiksaan dan beberapa tugasan yang tidak siap (tapi sekarang semua dah siap dan dah dihantar, dan keputusan pun dah keluar...alhamdulillah).


Pada 19/01/2012 , saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis Leadership Series Talk yang dianjurkan oleh UKM. Sebelum ini saya hanya sempat post gambar sekitar majlis ini sahaja, tidak sempat nak berkongsi ilmu yang saya dapat pada majlis itu. Masa mula-mula dapat jemputan dari UKM, sejujurnya rasa macam tak nak pergi, sebab perlu ambil cuti lagi. Kemudian seorang rakan saya kata, rugi tak pergi, bukan senang nak dengar dan jumpa  Tan Sri Hashim ni, dah la percuma, baik ambil peluang keemasaan ini. 


Akhirnya saya membuat pilihan yang tepat dengan menghadirkan diri ke majlis tersebut. Memang tidak sia-sia, masa sejam terasa sangat cepat berlalu. Beliau sendiri mempunyai terlalu banyak input yang ingin disampaikan kepada hadirin yang datang pada majlis tersebut. Antara isi - isi penting yang disampaikan Tan Sri seperti berikut:-

1) Masyarakat Islam (khasnya) perlu mengubah tanggapan tentang konsep perniagaan. 

Kita perlu memahami konsep perniagaan secara islam. Kebanyakan masyarakat Islam selalu mengaitkan perniagaan dengan riba, untung yang tidak jelas dan tidak bersih. Ini semua berlaku, kerana sesebuah perniagaan itu tidak dijalankan mengikut aturan islam. Masyarakat terlalu mengikut konsep perniagaan yang diterapkan oleh barat, sedangkan Islam telah mengajar kita untuk berniaga berlandaskan konsep Islam yang jauh lebih baik dan bermanfaat untuk semua.


2) Beliau menjelaskan tentang konsep Wakaf Korporat (Wakaf An-Nur)

JCorp telah menggunakan konsep Wakaf Korporat yang dapat membantu syarikat dan individu lain untuk memulakan perniagaan mereka. Setiap untung yang diperolehi (berdasarkan peratusan yang dipersetujui), sebahagian akan digunakan untuk tujuan amal dan sebahagian akan digunakan untuk perniagaan. 

3) Menekankan konsep kerjasama dalam kumpulan "teamwork", buat perniagaan bersama - sama, bukan menggunakan konsep monopoli yang diamalkan oleh kebanyakkan orang. Kita terlalu banyak disogokkan dengan cerita - cerita superhero seperti Superman, Ironman, Spiderman - semuanya bekerja seorang. Dialah yang hebat, jadi ramai orang yang nak jadi superhero. 


4) Kita perlu kembangkan perniagaan kepada pelbagai jenis cabang perniagaan. Beliau turut menyebut, kebanyakaan family business tidak bertahan lama, sangat jarang yang dapat sehingga ke generasi ke-3. 



p/s: Untunglah siapa yang dapat cenderamata dari DenaiHati - Buku Khalifah ganti Superman

Sunday, January 22, 2012

Exam dah habis!!!




Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya saya telah selamat menempuh peperiksaan akhir dengan baik. Jadi bermula lah cuti semester selama 2 minggu. Bagaimana pun disebabkan saya bekerja, jadi tak de lah cuti pun...heheheheh. Tapi takpe...masih ada cuti CNY selama beberapa hari, jadi boleh lah berehat dikampung bersama keluarga.

Semoga segala usaha akan membuahkan hasil, doakan semoga saya dapat keputusan yang baik seperti 'A' dalam setiap subjek yang saya ambil. :)



Saturday, January 21, 2012

Santai: Gambar sekitar Majlis UKM Leadership Series Talk

Salam semua,

Hari ini hanya sempat berkongsi gambar sekitar majlis UKM Leadership Series Talk. Nanti saya akan buat satu entri berkongsi ilmu yang saya dapat sepanjang majlis ini. Nantikan nya !!!









Sedikit maklumat berkaitan dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, speaker pada majlis ini:-

He was formerly President & Chief Executive of Johor Corporation (JCorp), and had been CEO for more than 28 years (since January 1, 1982).

Over that period, with the combined effort of JCorp’s team of Group Entrepreneurs, (or Amanah entrepreneurs) JCorp has grown into one of Malaysia’s leading corporate entities with market leadership positions in several strategic businesses.

Tan Sri Muhammad Ali is also the Deputy President of the Malaysian Islamic Chamber of Commerce (MICC); Chairman, Corporate Bureau of MICC; and Chairman, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (previously known as Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad). Waqaf An-Nur Corporation Berhad is a company established under limited guarantee by JCorp. 

Waqaf An-Nur was to entrusted with managing all of the PLC equity shares that had been transferred from JCorp on 3rd August, 2006. During this historical moment, JCorp had transferred RM200 million worth of quoted shares (on net asset value basis) to Waqaf An-Nur Corporation Berhad. This was the first step in an incremental process of transforming JCorp into the world’s first “Waqaf Corporation”. JCorp’s Waqaf Corporation concept is a key institutional strategy towards making a success of its corporate mission of “Business Jihad”.

Sunday, January 15, 2012

Masanya sudah tiba

Salam semua,
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, nampaknya masa sudah semakin mencemburui saya. Hanya tinggal seminggu lagi sisa-sisa masa yang ada sebelum semuanya berakhir. Sisa-sisa masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikan beberapa lagi tugasan yang belum lagi siap sepenuhnya. Apa yang bakal tiba? Mesti anda tertanya-tanya. Mungkin bukan perkara penting untuk anda, tapi sesuatu yang penting untuk saya, iaitu final exam untuk semestar pertama. 








Final exam akan berlangsung pada 21/1/2012 ini, satu hari sahaja dan ada 2 kertas soalan yang perlu dijawab. Jadi sementara saya terus berusaha disini, harap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya melalui final exam ini. Segala perkara yang masih lagi tertangguh diblog ini, harap dapat disambung semula setelah tamat peperiksaan ini nanti. Saya perlu lebih menumpukan kepada peperiksaan, jika lambat menjawab komen anda, harap dimaafkan. 


Akhir kata, doakan saya ye kawan-kawan :). Doa kalian amat dihargai dan diucapkan terima kasih.



Friday, January 13, 2012

Pelajar dan perpustakaan - baru betul

Salam semua,

Sudah beberapa bulan bergelar pelajar semula. Agak kekok pada mulanya, yelah dah lama tak pergi kelas, dengar pensyarah mengajar, buat tugasan, jawab soalan kuiz dan buat projek berkumpulan. Semua ini dah lama ditinggalkan, sudah lebih 5 tahun yang lalu. Bila sudah bekerja, sebenarnya secara tidak langsung semua ini ada lagi dipraktikkan cuma dalam bentuk yang lain. Kalau buat kerja pun mesti berkerjasama dengan orang lain kan, jadi itu pun lebih kurang macam projek berkumpulan.


Apa lah saya dah merepek ini, sebenarnya cuma nak berkongsi kali pertama ke perpustakaan semula. Dah lama betul tidak menjejakkan kaki ke perpustakaan Tun Sri Lanang UKM ini. Kebetulan hari isnin lepas, saya ambil cuti separuh hari untuk menghadiri majlis di UKM. Lebihan masa yang ada saya pun pergi menjengah ke perpustakaan. Memang ada buku yang hendak di pinjam.


Jadi terus mencari tajuk buku yang dikehendaki, cari buku di raknya dan pinjam menggunakan sistem layan diri. Sambil - sambil tunggu kawan cari buku - buku mereka, sempat snap beberapa keping gambar dalam perpustakaan ini. Rasa macam nak jadi pelajar sepenuh masa pulak. Seronok duduk kat perpustakaan ni rupanya. Kenapa dulu tak pernah rasa macam ini. 

Tidak perlu ke perpustakaan awal sangat, 
mereka nak kemas buku dulu.

Cari dimana buku yang anda cari tersembunyi 

Lepas dah penat cari buku, boleh rehat sebentar 
menonton TV.

Luaskan perpustakaan Tun Sri Lanang ni



"Sejak jadi pelajar kembali, cuba berusaha untuk merapatkan diri dengan perpustakaan kembali".

Tuesday, January 10, 2012

Harvard Business School dan GSB UKM

Salam semua,

Semalam saya telah menghadiri satu acara atau talk tentang Entrepreneurship dan SMEs Development. Apa yang menarik acara ini merupakan kerjasama antara Harvard Business School dan GSB UKM. Terdapat beberapa pelajar daripada Harvard Business School telah datang ke UKM semalam. 

Acara ini tidak lama hanya mengambil masa kira - kira 2 jam sahaja. Apa yang telah dibincangkan semalam berkaitan bagaimana Harvard dan UKM boleh bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai entrepreneur dan memberi pelajar - pelajar lebih maklumat dan penjelasan tentang entrepreneurship. Acara semalam dihadiri oleh pelajar - pelajar Master dari UKM dan wakil dari Harvard. Di bawah saya kongsikan beberapa gambar menarik sekitar majlis ini.










Diharapkan kerjasama antara Harvard dan GSB UKM dapat membantu pelajar - pelajar yang berminat untuk menajadi seorang entrepreneur di masa hadapan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia