Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

Apakah itu JomPAY dan kelebihannya?



Apa itu JomPAY?

JomPAY adalah satu inisiatif dari Bank Negara bagi memudahkan urusan pembayaran bill secara atas talian. Service ini telah diuruskan oleh Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).



Bagaimana untuk menggunakan JomPAY?

Apa yang anda perlukan adalah internet banking online akaun. Sekiranya anda telah mengaktifkan internet banking service dengan bank berkaitan, anda sudah boleh menggunakan JomPAY.

JomPAY telah bekerjasama dengan 40 bank di Malaysia. Senarai bank berkenaan boleh didapati di sini.

Jika anda lihat pada bill, akan ada satu biller code 4 digit tertera seperti contoh dalam gambar di bawah.

Untuk mengetahui apakah biller code yang lain anda boleh rujuk di senarai ini.

Bill TNB, biller code ialah 5454


Langkah - langkah untuk menggunakan JomPAY.
  • Login ke internet banking bank anda. Contoh di bawah ialah bank CIMB
  • Pergi ke menu PAY dan pilih "Bills"

  • Skrin di bawah akan kelihatan. Jika anda perhatikan ada 2 bahagian berbeza.
  • Bahagian yang bertulis "CIMB Clicks" adalah bayaran bill secara biasa. 
  • Untuk menggunakan bayaran JomPAY, anda perlu masukkan 4 digit biller code pada bahagian yang tertera logo "JomPAY"
  • Kemudian, tekan "Enter"


  • Skrin di bawah akan dipaparkan.
  • Masukkan Ref-1 iaitu nombor akaun TNB anda
  • Masukkan jumlah bayaran
  • Klik "Proceed to Payment"
  • Selesai. Anda akan menerima notification bayaran anda telah berjaya.




Mudahkan!



Apa beza JomPAY dengan bill payment yang biasa?

Saya pasti ramai tertanya-tanya, apa bezanya bayar bill guna JomPAY dengan bayar bill macam biasa guna internet banking.

Beza yang utama adalah REAL TIME. Bayaran menggunakan JomPAY akan terus diterima oleh pihak biller serta-merta. Anda buat bayaran hari cuti pun tidak ada masalah, ianya akan terus diterima oleh pihak biller. 

Jika anda membuat bayaran menggunakan normal bill payment di internet banking, ianya akan mengambil masa kerana ianya diproses secara batch. Lagi satu, ianya hanya diproses semasa hari bekerja. Jika anda membuat bayaran pada hari cuti (sabtu, ahad) ini bermakna, bayaran anda hanya akan diterima pada hari bekerja yang berikutnya.

Katakanlah anda terlupa membuat bayaran, dan pihak penyedia perkhidmatan telah menghantar notis untuk suspend service. Anda boleh menggunakan pembayaran secara JomPAY kerana ianya cepat dan pantas. Ini dapat mengelakkan service anda tidak dapat digunakan.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi JomPAY di http://www.jompay.com.my



~Kimmie~


Wednesday, January 11, 2017

Renew Passport Antarabangsa Malaysia 2017

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai orang tertanya - tanya bagaimana agaknya proses untuk membuat passport baru atau pun memperbaharui passport.

Ingin saya nyatakan di sini, sangat mudah. Tak perlu risau, tak perlu takut...hehehe.


Syarat -untuk menjadikan proses ini mudah ialah:

1) Datang awal ke mana - mana cawangan Imigresen. Waktu urusan adalah seperti di bawah:





Waktu Urusan - Passport (Boleh rujuk link ini)

2) Sediakan dokumen sebelum datang ke cawangan untuk urusan.

a) Urusan untuk membuat passport kali pertama.


  • kad pengenalan asal
  • satu salinan kad pengenalan
  • gambar akan diambil terus di kaunter. 
  • sediakan duit untuk bayaran passport
  • untuk perempuan yang bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap. Nak selamat, pakai tudung warna hitam. Confirm tak de masalah.

b) Urusan pembaharuan kad pengenalan.


  • kad pengenalan asal
  • passport sedia ada
  • di cawangan, akan ada satu borang untuk di isi. Mudah saja, cuma perlu isikan nama, alamat, no k/p, email dan telepon.
  • gambar akan terus di ambil di kaunter
  • sediakan duit untuk bayaran passport
  • untuk perempuan yang bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap.
  • untuk lelaki, ada disediakan blazer di kaunter. Ini untuk nampak lebih  kemas dalam gambar.



Ini lah kamera yang saya cakapkan. Dah dipasang siap - siap kat kaunter. Anda cuma perlu duduk dan senyum :)


Di kaunter:
  • anda akan diminta untuk scan ibu jari kedua - dua belah tangan. Ini untuk pengesahan maklumat.
  • Kemudian, pandang ke kamera untuk ambil gambar. Bagi yang free hair, saya perhatikan tadi pengawai akan minta anda kemaskan rambut. Pegawai juga akan memastikan rambut tidak melindungi muka anda.
  • Akhir sekali, pegawai akan print borang permohonan, periksa maklumat anda dan kemudian tandatangan di borang tersebut.
Bayaran:
  • Setelah selesai, anda perlu tunggu nombor giliran di panggil untuk membuat bayaran. Sekarang passport valid untuk 5 tahun. Harga RM200.
  • Boleh lihat senarai penuh bayaran seperti di bawah:


Passport siap dalam masa 1 jam selepas bayaran dibuat. Anda akan diberikan slip seperti dibawah. Di atas ada dinyatakan masa anda membuat bayaran.

Lebih kurang sejam daripada masa ini, anda boleh datang semula untuk mendapatkan passport yang dah siap. Jadi boleh la pergi makan dulu ke, jalan kat mana - mana dulu. Sejam tu cepat je, saya punya passport hari ni, kurang dari sejam dah siap.

Mungkin sebab orang tidak ramai, jadi proses cepat. Alhamdulillah dah dapat passport baru.



Betul kan saya kata, proses dah mudah sekarang, dah tak leceh macam dulu - dulu. Jadi kalau siapa - siapa nak renew passport boleh lah ke cawangan Imigresen berhampiran atau kalau anda tinggal dekat dengan UTC, boleh juga ke sana. Boleh semak di sini untuk maklumat lanjut  alamat dan lokasi Imigresen

Thursday, December 1, 2016

Pengalaman menaiki ETS ke Utara

Assalamualaikum semua.

Siapa pernah naik ETS (Elektric Train Service)? Seperti yang kita tahu, ETS di Malaysia beroperasi dibawah KTM Berhad. Perkhidmatan ini menawarkan laluan daripada KL Sentral sehingga ke Padang Besar Perlis. 

Jadi sekarang ni kita ada lagi satu pilihan kalau nak berjalan - jalan ke utara. Naik ETS, cepat dan senang. Pengalaman saya naik ETS ke stesen Anak Bukit, Kedah hanya memakan masa lebih kurang 5 jam.

Kalau travel sorang - sorang memang berbaloi lah naik ETS ni, tak perlu pikir duit minyak, duit tol dengan penat memandu.

Di bawah ini saya nak kongsi bagaimana untuk beli tiket ETS secara online. Tidak perlu beratur panjang di kaunter. Itu yang penting kan, jimat masa.

1) Anda boleh membuka akaun secara atas talian di ktmb.com.

2) Login ke akaun anda dan paparan seperti di bawah akan kelihatan.

3) Masukkan maklumat perjalanan anda seperti berikut:
    - dari stesen mana ke stesen mana. Contoh dari KL Sentral ke Anak Bukit
    - pilih tarikh perjalanan
     


   - pilih tren yang sesuai dengan waktu perjalanan anda.


  - selepas anda pilih tren, informasi di bawah akan kelihatan. Info ini memaparkan jumlah tiket yang masih ada dan harga tiket yang di tawarkan.
                 

- kalau dah berkenan dengan harga dan waktu perjalanan, bolehlah klik butang 'Add' untuk memasukkan maklumat anda.

- sekiranya anda baru kali pertama membeli tiket menggunakan perkhidmatan atas talian ini, sila pilih 'New Passenger'.

- pilihan ini membenarkan anda untuk memasukkan maklumat peribadi seperti nama no k/p, jantina dan status (dewasa / kanak - kanak)
                  



- kemudian, klik pada ruang 'Seat' untuk memilih tempat duduk.

- seperti gambar di bawah, anda boleh pilih coach dan tempat duduk mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

- Warna merah maksudnya tempat telah di isi orang, manakala warna biru masih kosong.

- tips dari saya, kalau suka melihat pemandangan, dinasihatkan tidak memilih tempat duduk di barisan 3,6 kerana ianya terletak di antara dinding dan tingkap. Jadi tak dapat tengok pemandangan puas - puas. Hehehe....tu saja.

- setelah selesai, sila klik butang 'Save'.


- selepas selesai booking, jangan lupa buat bayaran. Setakat ini hanya maybank2u, visa dan mastercard diterima booking online ni.

               

 - E-Ticket anda boleh print terus selepas selesai membuat bayaran.



Itu saja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga ianya memberi manfaat buat kita bersama.



Tuesday, March 1, 2016

e-Filling Income Tax 2016

Assalamualaikum semua.

Bulan March telah tiba, bagi pekerja - pekerja di luar sana, jangan lupa tentang kewajipan kita setiap tahun. Kena isi borang income tax ni sebelum 31 March 2016. Kalau tak isi nanti tak pasal - pasal kena denda dengan LHDN.

Jadi, hari ini saya dah terima borang EA daripada majikan saya. Boleh lah mula mengisi, lagi cepat lagi bagus. Kalau isi lambat sangat, nanti online system ini hang sebab terlalu banyak user masuk. Sementara masih fresh ni, apa kata isi terus.

Apa yang perlu anda lakukan, pergi saja ke laman web LHDN, lepas tu boleh klik pada icon "e-Filing" - macam saya redbox kan dalam gambar di bawah.


Nak lagi mudah dan cepat, taip saja "e-Filing" kat Google, terus dapat link ke login page seperti dibawah. 

Kemudian, anda perlu login guna No K/P @ No Passport @ No Tentera @ No Polis. Mana - mana yang bersesuaian dengan anda lah. Kalau macam saya ni bukan tentera, bukan polis, guna No K/P la kan. 


Kemudian, masukkan password anda. Ini yang paling mencabar, sebab login kat 'e-Filing' ni setahun sekali saja. Jadi pastikan anda ingat password anda ya. Kalau terlupa juga, boleh klik pada link "Terlupa kata laluan" dan ikut arahan selanjutnya.


Oh ya, satu lagi, tahun ini LHDN dah mengaplikasi kan standard kata laluan yang baru untuk memastikan tahap keselamatan maklumat lebih baik. Sekiranya kata laluan anda tidak mengikut standard yang ditetapkan, anda akan diminta untuk menukar kata laluan sebaik sahaja berjaya login ke laman "e-Filing" ini.



Bila sudah berjaya login, anda kan dapat lihat menu - menu seperti di atas. Untuk mengisi cukai taksiran bagi tahun 2015, sila klik pada butang "e-Borang". Skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

Peringatan: Pastikan anda menutup fungsi pop-up blocker, kalau tidak borang taksiran tidak akan dipaparkan.






Bila borang taksiran telah dipaparkan, anda boleh mula mengisi maklumat dan menyemak kembali maklumat peribadi seperti nama, no k/p, no income tax, PCB, bank akaun no. Isilah maklumat yang diperlukan berpandukan borang EA yang majikan anda telah sediakan.

Setelah semuanya lengkap diisi, sila semak sekali lagi dan anda boleh "tandatangan" (key-in semula ID dan password). Kemudian klik 'hantar'.

Peringatan: Apabila anda telah "hantar" borang cukai taksiran ini, tidak ada lagi pindaan boleh dibuat secara online. Sila pastikan anda print borang cukai taksiran ini untuk simpanan anda.


Selamat berjaya!!!


Thursday, February 25, 2016

1MalaysiaGRIP

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu program daripada HRDF untuk dimanfaatkan oleh kita semua. Ada ada dengar tentang "1MalaysiaGRIP"?





1MalaysiaGRIP adalah program latihan yang dianjurkan oleh kerajaan di bawah Human Resource Development Fund (HRDF) untuk memberi peluang kepada pekerja - pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang kepakaran sama ada IT, Pengurusan, Kewangan dan berbagai - bagai lagi. 


Anda boleh lihat senarai latihan yang disediakan di sini. Sekiranya anda berminat untuk menyertainya, anda boleh download borang permohonan di sini. Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dan dapatkan cop daripada HR di tempat anda bekerja.

Cop atau pengesahan daripada HR tempat anda bekerja penting. Ini adalah kerana program ini hanya dibuka kepada ahli - ahli berdaftar di bawah HRDF sahaja.

Bila dah siap isi borang permohonan, boleh scan copy bersama IC dan satu salinan slip gaji ke penyedia latihan yang anda telah pilih.

Jadi jangan tunggu lama - lama, kalau berminat sila buat permohonan dengan segara.

Tuesday, September 18, 2012

Informasi: Klinik Cure & Care

Salam semua,

Pagi tadi semasa dalam perjalanan balik dari kampung, saya mendengar satu iklan di radio. Iklan itu menyatakan sekiranya ibu bapa mempunyai anak - anak yang ketagih menghidu gam, mereka boleh membawa anak mereka ke klinik Cure & Care. 

Pada masa itu, apa yang saya ingat ialah satu papan tanda di lebuhraya karak, dekat dengan penjara Bentong, ada satu papan iklan Cure & Care. Dah lama saya perasan papan tanda itu, tapi baru hari ini saya tahu apa maksud papan tanda itu. Teruk betul rasanya, jadi saya pun mencari maklumat lanjut tentang klinik ini. Mungkin ada juga yang seperti saya, tidak tahu apa fungsi sebenar klinik ini. 

Latar belakang Klinik Cure & Care (sumber laman web Anti Dadah Kebangsaan):-


Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. 

Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi. 

Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia. 

Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.

Perkhidmatan utama yang disediakan adalah

      1) Detoksifikasi Menggunakan Ubat-Ubatan
      2) Rawatan perubatan
      3) Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon
      4) Program Psikososial
      5) Rujukan dan Advokasi

Maklumat lanjut di  ADKK

Tuesday, September 4, 2012

Info: CFM bantu pengguna

Salam semua,

Di pagi hari ini, saya ingin berkongsi maklumat yang saya baca di Kosmo Online mengenai sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan membantu menyelesaikan masalah pengguna berkaitan telefon atau perkhidmatan jalur lebar.

Badan tersebut diberi nama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia) atau dikenali sebagai CFM. Ianya merupakan sebuah badan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

Tujuan ditubuhkan ialah untuk menguruskan aduan - aduan pengguna yang lebih kecil bermaksud untuk masalah yang dihadapi oleh pengguna perseorangan, contoh seperti caj bil telefon berlebihan dan sebagainya lagi.

Kebanyakkan dari pengguna tidak menyedari akan kewujudan CFM dan masih ramai lagi yang tidak menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. CFM bertindak sebagai orang tengah dalam mencari penyelesaian antara pengguna dan penyedia perkhidmatan. 

Setiap laporan atau aduan yang diterima akan dihantar kepada penyedia perkhidmatan untuk disiasat dan CFM akan membuat keputusan berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Jika anda ke laman web penyedia perkhidmatan telefon dan jalur lebar, anda pasti terlihat logo di bawah.


Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan dengan perkhimatan telefon dan jalur lebar, jangan lupa menggunakan CFM sebagai medium untuk menyelesaikan masalah anda. 

Maklumat lanjut sila layari lawan web CFM di http://cfm.org.my/.


Artikel penuh di Kosmo! Online - Varia

Monday, March 19, 2012

Informasi: 20 top brand tahun 2011.

Salam semua,

Bertemu lagi di hari Isnin yang berbahagia ini. Hari ini ingin berkongsi dengan anda semua  top global brand pada tahun 2011. Mungkin ada di antara anda telah mengetahuinya dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Jadi saya paparkan sebagai perkongsiaan bersama. 



1)              
2) IBM                   
3) MICROSOFT    
4) GOOGLE          
5) GE (GENERAL ELECTRIC)
6) MCDONALD
7) INTEL
8) APPLE   - tahun 2010 di tangga ke 17
9) DISNEY
10) HP
11) TOYOTA
12) MECERDES
13) CISCO
14) NOKIA - tahun 2010 di tangga ke 8
15) BMW
16) GILLETTE
17) SAMSUNG - tahun 2010 di tangga ke 19
18) LV - tahun 2010 di tangga ke 16
19) HONDA - tahun 2010 di tangga ke 20
20) ORACLE - tahun 2010 di tangga ke 22



Cuba anda teka, apakah top brand tahun 2011? Rasanya ramai yang tahu kan...tulis jawapan anda di bawah ye. 3 orang yang jawab dengan tepat, saya letak link blog anda di side bar untuk sebulan..ok.

Wednesday, March 14, 2012

Informasi: Apakah jenis darah anda?

Salam semua,

Masa saya menaip entri ini, saya masih lagi berada di pejabat disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan. Kerja saya tidak susah sebenarnya, schedule job lepas tu tunggu sampai siap. Nampaknya hari ini tak begitu baik sebab job ini berjalan dengan sangat lambat, bayangkan dari pagi tadi dalam pukul 11 saya run, sampai sekarang masih belum siap. Hampir 8 jam telah berlalu. Jadi sambil - sambil menunggu, saya cuba mencari maklumat tentang jenis darah. Kenapa saya mencari maklumat ini, mari saya kongsikan.

Dua minggu lepas, saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan, periksa jenis darah, kadar kolestrol, BMI, kadar lemak dan tekanan darah. Kebetulan di tempat saya belajar (UKM Kampus KL), ada pemeriksaan kesihatan percuma. Jadi kita rebutlah peluang yang ada depan mata. Alhamdulilah keputusan pemeriksaan saya baik, tiada apa - apa yang berlebihan. Cuma semua mesti dijaga, kalau sekarang baik, jika tidak dijaga lama - lama akan mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri.

Dalam banyak - banyak keputusan pemeriksaan itu, ini kali ke-2 saya dapat mengesahkan saya mempunyai jenis darah A-. Jadi saya pun berminat untuk mengetahui apakah kelebihan dan kekurangan orang yang mempunyai jenis darah A- ini. Saya pergi ke web Pusat Darah Negara dan menjumpai satu aplikasi untuk mengetahui jenis darah apa yang sesuai untuk kita terima atau kepada golongan mana kita boleh derma darah kita. Hasilnya seperti dibawah.

Jenis Darah saya = A-


Kemudian, saya mencari maklumat dan penjelasan lain tentang darah A- ini. Saya jumpa banyak maklumat di wikipedia. Maaf saya memang tidak pandai untuk mengolah semua fakta dari wikipedia, takut jadi lain pula maksudnya. Maklumat penuh mengenai jenis - jenis darah boleh di baca di sini. Dulu masa sekolah, satu perkara yang saya sangat ingat tentang kumpulan darah ialah kumpulan darah O merupakan penderma universal, iaitu boleh menderma kepada semua jenis kumpulan darah yang lain.

Bagaimanapun, kumpulan darah O hanya boleh menerima dari kumpulannya sahaja. Jika anda berada dalam kumpulan darah O, maka anda hanya boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja. Macam saya, saya berada dalam kumpulan darah A(-ve). Jadi saya hanya boleh menderma kepada orang yang berada dalam kumpulan jenis A sahaja (A -ve / A+ve). Bagaimana pun, saya hanya boleh menerima jenis darah A-ve sahaja. Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis darah, boleh baca di sini 'Jenis Darah'.



Darah jenis apa pun boleh guna Celcom LG Prada ini, dan lagi satu korang kena tahu KakakAngkat korang darah jenis apa. Penting mana tahu kalau jadi apa - apa kat dia nanti.

Saturday, March 3, 2012

Tengah cari rumah...mari pergi ke MAPEX 2012

Salam semua,
Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Moga berbahagia di samping keluarga tersayang. Jadi apa program cuti hari minggu anda. Jika anda tidak ada apa - apa rancangan yang menarik apa kata pergi ke pameran hartanah di Mid Valley - MAPEX 2012.

Maklumat berkaitan dengan pameran seperti berikut:-

Tarikh   : 2/3/3012 - 4/2/2012
Masa    : 10 pagi - 9 malam
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre (Level 3)

Memang banyak syarikat -syarikat perumahan menawarkan rumah - rumah menarik untuk pilihan anda. Terdapat juga wakil dari pihak bank, jabatan kerajaan, KWSP dan lain - lain agensi yang menyertai pameran ini.

Lokasi perumahan yang di tawarkan antaranya Puchong, USJ, One South (dekat dengan tol sungai besi), Damansara, Sungai Buloh, Kajang dan Putrajaya / Cyberjaya. Terdapat juga lokasi di luar Selangor seperti projek perumahan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor. 




Saya sudah pergi semalam, masa nak cari tempat letak kereta memang cabaran, semua parking kat Mid Valley telah penuh, pusing hampir satu jam baru dapat parking. Ingatkan pergi hari jumaat, tengah hari tak lah ramai orang, rupanya penuh parking di sana.

Jadi jika anda ada masa apa kata pergi ke pameran ini, mana tahu jumpa rumah yang berkenan di hati dan menepati ciri - ciri yang anda cari. 

Maklumat lanjut: REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia)



Bersiar - siar di Tanjung Aru,
Singgah sebentar bermain air,
Begitu banyak rumah idamanku,
Sehingga hati hampir cair.


Tuesday, February 28, 2012

Informasi: Cara - cara menukar Kad ATM CIMB ke Kad Debit

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk menukarkan kat ATM CIMB anda kepada Kad Debit CIMB. Dalam hidup kita perlu sentiasa memberi dan berkongsi, jadi saya ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan ialah:
  • Pergi ke mana - mana cawangan CIMB bank terdekat.
  • Pastikan anda membawa Kad Pengenalan dan Kad ATM CIMB anda
  • Ambil nombor untuk melakukan urusan di kaunter.
  • Di kaunter, beritahu tujuan anda untuk menukarkan kad ATM ke kad Debit
  • Pegawai di kaunter anda memberikan anda borang pengesahan untuk ditandatangani. Anda akan diminta untuk mengisi sedikit butiran diri.
  • Kemudian pegawai akan merekodkan no siri kad debit yang bakal diberikan kepada anda
  • Permohonan anda akan diproses, anda perlu menunggu lebih kurang 5-10 minit (masa pergi tidak ramai pelanggan).
  • Bila selesai diproses, anda akan diberikan kad debit yang baru, no pin sementara.
  • Sila ke ATM berhampiran untuk menukarkan no pin anda.
  • Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB Clicks - anda perlu memohon e-pin yang baru di mesin ATM
  • Untuk CIMB Clicks, sila login ke akaun anda dan sistem akan automatik mengesan yang anda telah bertukar ke Kad Debit.
  • Anda akan diminta memasukkan 16 digit no kad debit anda yang baru beserta no e-pin yang baru.
  • Password untuk CIMB clicks anda adalah sama seperti yang lama.

Jadi mudah sahaja untuk menukarkan kad ATM lama ke Kad Debit yang baru. Selamat bertukar :)

Burung kedidi terbang melayang,
hinggap sebentar di pohon kelapa,
kad ATM lama dipotong sayang,
tapi kad debit baru cantik juga.

Thursday, January 12, 2012

Dato Siti Nurhaliza di History Channel

Salam semua,



Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi no. 1 di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi yang ditemui bakatnya dalam satu pertandingan nyanyian anjuran RTM. Lagu pertama beliau iaitu 'Jerat Percintaan' telah melonjakkan namanya dalam persada seni suara di Malaysia. Lagu ini juga muncul juara dalam rancangan Juara Lagu pada tahun 1996. Selepas kemenangan ini, beliau terus mendaki tangga satu persatu dalam bidang seni. Banyak juga gosip - gosip yang tidak menyenangkan tentang beliau, tapi semua itu nampaknya tidak mampu menggugat kedudukannya dalam industri seni. 

sumber: google search


Cuba lihat sehingga hari ini, masih kukuh berada di hati peminat. Secara jujurnya, saya tidak pernah berjumpa atau pun mendengar Siti menyanyi secara langsung (sebab memang tidak pernah berkesempatan untuk pergi mana- mana konsert atau persembahan beliau). Ada kawan - kawan yang pernah mendengar Siti menyanyi secara langsung berkata, suara beliau memang sangat merdu dan boleh meremangkan bulu roma kalau kita mendengarnya. Tidak hairan lah kalau tengok di TV, peminat - peminat di stadium atau studio seperti histeria melihat Dato' Siti menyanyi.


Setelah hampir 17 tahun dalam bidang nyanyian, malam ini akan ada satu rancangan khas untuk beliau di History Channel - Astro. Kepada pelanggan - pelanggan Astro jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ini. Diterbitkan semperna dengan hari lahirnya yang ke -33 tahun. Kalau dilihatkan, ada beberapa ciri persamaan antara Dato' Siti dan saya. Ingin tahu apa persamaanya...sila baca selanjutnya :)

1) Kedua - duanya berasal dari Pahang



2) Kedua - duanya seorang wanita

3) Dato' Siti sudah banyak mencipta kejayaan, saya bakal mencipta kejayaan (harap-harapnya)


Maklumat dibaca daripada Kosmo! Online - Artikel Penuh

Monday, January 9, 2012

Peristiwa Gunung Merapi

Salam semua,

Masihkah anda ingat peristiwa yang berlaku lebih kurang setahun lalu di Indonesia. Peristiwa yang pasti akan terus melekat dalam minda mereka yang menjadi mangsa. Gunung Merapi merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif. Tahun lalu gunung ini telah meletus dan mengeluarkan debu - debu yang telah mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada masyarat yang tinggal disekitanya. Satu kemusnahan yang dahsyat, ramai rakyat yang terkorban, ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang mengalami kerugian disebabkan binatang ternakan mereka mati. Ada juga yang menanggung kerugian disebabkan kemusnahan rumah tempat tinggal dan kebun - kebun sayur mereka.

sumber: google search



Kemusnahan harta benda memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga, peristiwa hitam ini mastinya menjadi satu detik yang tidak dapat dilupakan. Ketakutan semasa letusan itu berlaku, hanya mereka yang menyaksikannya dapat merasai ketakutan tersebut. Mungkin bagi kita di Malaysia, kita hanya dapat menyatakan rasa simpati dan menghulurkan bantuan untuk mereka yang masih hidup. Tidak banyak yang dapat kita lakukan, cuma berharap mereka yang menjadi mangsa akan lebih tabah meneruskan hidup. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa ahli keluarga yang telah pergi tiada galang gantinya.

Sudah setahun peristiwa itu berlalu, bagaimana agaknya keadaan perkampungan disekitar Gunung Merapi sekarang. Banyak yang telah berubah dan mereka telah meneruskan kelangsungan hidup di sana. Saya hanya berkongsi rasa setelah membaca rencana utama di Kosmo Online. Mungkin ada diantara kita sudah melupakan peristiwa ini, tapi tidak bagi mereka disana. Rencana lanjut di Kosmo! Online - Rencana Utama

Saturday, January 7, 2012

Baucar Buku 1Malaysia kini sudah dimiliki.

Salam semua,

Nampaknya hari ini UKM telah bermurah hati membuka kaunter untuk pelajar - pelajar separuh masa di Kolej Tun Syed Nasir. Kaunter ini membolehkan kami mengambil baucar buku 1Malaysia yang bernilai RM200. Untuk pengetahuan, kementerian tidak mengeluarkan apa - apa senarai kedai buku yang menerima baucar ini. 


Menurut petugas yang menjaga kaunter pagi tadi, sebelum membuat bayaran menggunakan baucar ini di mana - mana kedai buku, eloklah sekiranya bertanya dahulu kepada mereka sama ada mereka menerima baucar ini atau pun tidak. Seperti yang diberitahu oleh kementerian, baucar ini boleh digunakan dimana - mana kedai buku, tapi sebagai langkah berjaga - jaga, sebaiknya kita bertanya dahulu. Inilah rupanya baucar buku 1Malaysia. 




Kepada yang layak dan belum mengambil baucar anda, silalah berbuat demikian kerana baucar ini hanya boleh digunakan sehingga 31/3/2012.


Syarat - syarat penggunaan baucar buku 1Malaysia:-
1) Baucar ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai
2) Baucar ini tidak boleh ditukar milik
3) Baucar ini tidak sah jika tidak ada cop rasmi Sekolah/Kolej/Universiti
4)Baucar ini adalah hakmilik Kerajaan Malaysia


Update: Baucar boleh digunakan di mana - mana kedai buku. Maklumat lanjut Baucar Buku 1Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia