Salam semua,
Entri ini merupakan satu entri tertangguh yang agak lama juga. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, perlu tumpukan kepada peperiksaan dan beberapa tugasan yang tidak siap (tapi sekarang semua dah siap dan dah dihantar, dan keputusan pun dah keluar...alhamdulillah).
Pada 19/01/2012 , saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis Leadership Series Talk yang dianjurkan oleh UKM. Sebelum ini saya hanya sempat post gambar sekitar majlis ini sahaja, tidak sempat nak berkongsi ilmu yang saya dapat pada majlis itu. Masa mula-mula dapat jemputan dari UKM, sejujurnya rasa macam tak nak pergi, sebab perlu ambil cuti lagi. Kemudian seorang rakan saya kata, rugi tak pergi, bukan senang nak dengar dan jumpa Tan Sri Hashim ni, dah la percuma, baik ambil peluang keemasaan ini.
Akhirnya saya membuat pilihan yang tepat dengan menghadirkan diri ke majlis tersebut. Memang tidak sia-sia, masa sejam terasa sangat cepat berlalu. Beliau sendiri mempunyai terlalu banyak input yang ingin disampaikan kepada hadirin yang datang pada majlis tersebut. Antara isi - isi penting yang disampaikan Tan Sri seperti berikut:-
1) Masyarakat Islam (khasnya) perlu mengubah tanggapan tentang konsep perniagaan.
Kita perlu memahami konsep perniagaan secara islam. Kebanyakan masyarakat Islam selalu mengaitkan perniagaan dengan riba, untung yang tidak jelas dan tidak bersih. Ini semua berlaku, kerana sesebuah perniagaan itu tidak dijalankan mengikut aturan islam. Masyarakat terlalu mengikut konsep perniagaan yang diterapkan oleh barat, sedangkan Islam telah mengajar kita untuk berniaga berlandaskan konsep Islam yang jauh lebih baik dan bermanfaat untuk semua.
2) Beliau menjelaskan tentang konsep Wakaf Korporat (Wakaf An-Nur)
JCorp telah menggunakan konsep Wakaf Korporat yang dapat membantu syarikat dan individu lain untuk memulakan perniagaan mereka. Setiap untung yang diperolehi (berdasarkan peratusan yang dipersetujui), sebahagian akan digunakan untuk tujuan amal dan sebahagian akan digunakan untuk perniagaan.
3) Menekankan konsep kerjasama dalam kumpulan "teamwork", buat perniagaan bersama - sama, bukan menggunakan konsep monopoli yang diamalkan oleh kebanyakkan orang. Kita terlalu banyak disogokkan dengan cerita - cerita superhero seperti Superman, Ironman, Spiderman - semuanya bekerja seorang. Dialah yang hebat, jadi ramai orang yang nak jadi superhero.
4) Kita perlu kembangkan perniagaan kepada pelbagai jenis cabang perniagaan. Beliau turut menyebut, kebanyakaan family business tidak bertahan lama, sangat jarang yang dapat sehingga ke generasi ke-3.
p/s: Untunglah siapa yang dapat cenderamata dari DenaiHati - Buku Khalifah ganti Superman