Salam semua,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk menukarkan kat ATM CIMB anda kepada Kad Debit CIMB. Dalam hidup kita perlu sentiasa memberi dan berkongsi, jadi saya ingin kongsikan apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Pergi ke mana - mana cawangan CIMB bank terdekat.
- Pastikan anda membawa Kad Pengenalan dan Kad ATM CIMB anda
- Ambil nombor untuk melakukan urusan di kaunter.
- Di kaunter, beritahu tujuan anda untuk menukarkan kad ATM ke kad Debit
- Pegawai di kaunter anda memberikan anda borang pengesahan untuk ditandatangani. Anda akan diminta untuk mengisi sedikit butiran diri.
- Kemudian pegawai akan merekodkan no siri kad debit yang bakal diberikan kepada anda
- Permohonan anda akan diproses, anda perlu menunggu lebih kurang 5-10 minit (masa pergi tidak ramai pelanggan).
- Bila selesai diproses, anda akan diberikan kad debit yang baru, no pin sementara.
- Sila ke ATM berhampiran untuk menukarkan no pin anda.
- Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB Clicks - anda perlu memohon e-pin yang baru di mesin ATM
- Untuk CIMB Clicks, sila login ke akaun anda dan sistem akan automatik mengesan yang anda telah bertukar ke Kad Debit.
- Anda akan diminta memasukkan 16 digit no kad debit anda yang baru beserta no e-pin yang baru.
- Password untuk CIMB clicks anda adalah sama seperti yang lama.
Jadi mudah sahaja untuk menukarkan kad ATM lama ke Kad Debit yang baru. Selamat bertukar :)
Burung kedidi terbang melayang,
hinggap sebentar di pohon kelapa,
kad ATM lama dipotong sayang,
tapi kad debit baru cantik juga.
Burung kedidi terbang melayang,
hinggap sebentar di pohon kelapa,
kad ATM lama dipotong sayang,
tapi kad debit baru cantik juga.