Friday, March 2, 2012

Santai: Pantun Hari Jumaat

Salam semua,

Hari ini ingin berkongsi dengan anda semua, beberapa pantun untuk santapan :)

isnin selasa dan rabu,
nama hari macam lagu,
hari yang paling ditunggu,
tentulah jumaat hari penghulu.

isnin tiba ramai tak suka,
selasa juga nasib serupa,
kalau jumaat menjelang tiba,
pasti ramai tersenyum gembira.

Anda Pengemar Coklat..cuba baca ini.

seminggu ada tujuh hari,
setiap hari mood berbeza,
sudah lama kita menanti,
hari jumaat akhirnya tiba.

bila jumaat menjelang tiba,
pelbagai rancangan telah dicipta,
apa yang penting bagi saya,
esok sabtu kelas tetap ada.

Seperti ChurpChurp tapi lebih mudah

hari jumaat tetap ditunggu,
walaupun kelas setiap sabtu,
setelah penat bekerja seminggu,
jumaat tiba sangat membantu.

bila khamis menjelang tiba,
hati mula berbunga - bunga,
jumaat datang membawa gembira,
bermakna esok cuti menjelma.

hari jumaat sungguh mulia,
penghulu kepada hari yang lain,
jika masih ada yang suka,
akan ku pantun untuk kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia