Sunday, February 19, 2012

Kraftangan dan aku

Salam semua,

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah dan membaca tulisan di blog saya ini. Saya amat menghargainya. Entri kali ini saya berkisar tentang kisah kraftangan. Sebenarnya entri ini sempena pertandingan yang dianjurkan oleh blog ligakampung. Kebetulan saya baru pulang dari Sabah. Jadi saya ingin menceritakan kisah kraftangan dan aku ketika di Sabah.


Seperti yang anda semua ketahui, orang Sabah sangat kreatif, mereka banyak menghasilkan berbagai - bagai jenis kraftangan. Hinggakan di Kota Kinabalu terdapat sebuah pasar yang menjual segala jenis kraftangan yang mereka hasilkan. Pasar ini sangat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan yang dikenali sebagai Pasar Kraftangan. Di pasar ini lah saya berjalan lebih 5 jam. Terlalu asyik melihat dan mebelek hasil kraftangan yang di pamerkan di sini. Macam - macam ada, dari gelang tangan mutiara, alat - alat muzik seperti gitar, dengang (bersaiz kecil sebagai hiasan), bakul, beg dan pelbagai barangan lagi.




Sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di pasar ini, boleh beli cenderamata untuk di bawa pulang. Ini gelang mutiara yang cantik dan murah, sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada teman - teman.



Selain itu, terdapat satu lagi tempat yang menjual barangan kraftangan di Kota Kinabalu iaitu Pasar Ahad atau Sunday Market. Gerai - gerai di sini mula dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 petang. Di sini juga anda dapat melihat berbagai jenis barang makanan, pakaian, kraftangan dan ada juga khidmat mengurut kaki. Kalau sudah penat berjalan boleh singgah urut kaki di sini, kos urutan hanya RM20 untuk 30 minit.




bekas - bekas tembikar.

Setakat ini sahaja entri kali ini, kepada peminat - peminat kraftangan memang tidak rugi sekiranya berkunjung ke Sabah. Kalau ada masa, saya ingin berkunjung ke sama lagi untuk melihat perkampungan kebudayaan di sana. Mesti ada banyak lagi hasil kraftangan yang boleh kita lihat.

"Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh‘kedaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’."

Comments (26)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
wahhh, bnyaknyerrr
My recent post The Sketchbook Project | I try to sketch again
1 reply · active 684 weeks ago
good luck. menari contest ni :D
My recent post PELAKON DAN SINOPSIS APA CELOP SLOT AKSI TV3
1 reply · active 684 weeks ago
Yer ke ? .. best ke sabah tu ? ... Benjy rasa macam biasa je ... :D (memanglah engkau orang sabah benjy ... mana engkau rasa best)
My recent post KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN THOMAS CUP 2012 SKUAD MALAYSIA
2 replies · active 684 weeks ago
Last year jalan2 kat area sini tapi tak jengah pun tempat tembikar..
aku memang suka sgt barang2 tembikar.. tomey2... soon tgh plan nak
ke sana lagi.. hik3
My recent post Sekadar renungan bersama
1 reply · active 684 weeks ago
gud luck... nanti nak jengah contest tu..

ramai juga yg kata best g sabah.. ada byk kraftangan yg menarik..
My recent post Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
3 replies · active 684 weeks ago
seramik yg kecil2 tu mg nampak comie..
1 reply · active 684 weeks ago
kat sini ada jual mutiara kan..masa kak suri bejar sarawak dia ada beli mutiara ctk2..
1 reply · active 684 weeks ago
Amboi,siap ada tempat urut lagi kat tempat jual beli barangan kraftangan tu...Memang kawasan yang strategik untuk berniaga...hehe
My recent post Yuna – Terukir Di Bintang
1 reply · active 684 weeks ago
Sy ni takde bakat nak buat kraftangan... "kerastangan" ade ler :)
My recent post Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor Post
1 reply · active 684 weeks ago
rasa macam ada nama lain untuk pasar tu kat sabah...saya pun pernah sampai..memang macam2 rasa nak beli..tapi duit menjadi halangan..hehe..
My recent post Plugin Sitemap Yang Best
1 reply · active 684 weeks ago
Terima kasih atas pencerahannya, tulisannya menarik juga. Saya akan coba
My recent post Menghilangkan Bau Vagina
2 replies · active 684 weeks ago
emm..lupa plak nak promosi contest ni..
My recent post Top Link Referral MamaMurai.com
1 reply · active 684 weeks ago

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia