Tuesday, February 14, 2012

Saya jadi blogger kerana ...

Salam semua,

Entri ini sempena pertandingan anjuran Apamaujadi, dan tarikh tutup penyertaan ialah 15/2/2012. Sudah hampir ke penamat, jadi saya pun menaip entri ini cepat - cepat. 


Saya jadi blogger kerana:-

1) Masa mula - mula saya buat blog ini, saya baru sahaja tukar kerja baru. Jadi saya sangat bosan, maklumlah, kerja di tempat baru, kawan pun belum rapat, masih malu - malu kucing, jadi waktu rehat boleh digunakan untuk menulis apa yang patut.

2) Kemudian tujuan saya buat blog berubah, saya nak masuk peraduan yang ada hadiah menarik. Banyak pertandingan yang dijalankan oleh blogger. Bila masuk pertandingan, menang, rasa seronok pula jadi blogger.


3) Kedua - dua sebab di atas hanyalah sebab sementara, kerana sekarang saya rasa saya jadi blogger sebab saya dapat mengumpul banyak ilmu. Macam - macam ilmu saya dapat, sebelum ini tak pernah terfikir pun perkara itu, tapi sejak berblog, membaca blog - blog lain banyak ilmu yang diperolehi. Jadi hobi saya yang suka membaca itu, diteruskan dengan berblog walking ke blog - blog lain.

4) Saya jadi blogger kerana ingin menjadikan blog saya sebagai satu tempat untuk menyimpan kisah - kisah hidup yang berlaku dalam hidup saya, sebahagian yang mungkin boleh menjadi pengajaran untuk mereka yang membacanya.


5) Saya jadi blogger kerana ingin mencari pendapatan sampingan, kalau ada rezeki dan serius memang boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.

Itulah 5 sebab mengapa saya jadi blogger. 

4 comments:

  1. Kalau aku pula berblog sbb nak dpt duit je. . .huhu. . .syukurlah dpt bnyk jg melalui blog q tu even buat via hp je. . .

    ReplyDelete
  2. Sya mula2 buat blog untuk berkongsi apa yang Sya baca dengan orang lain. Lepas tu lama2 suka bagi info pula kat orang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah kalau boleh bagi info pada pembaca, lagi baik. berkongsi ilmu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia