Thursday, February 23, 2012

Pernah dengar Nama "Ceiba pentandra"

Salam semua,

Apa khabar anda semua hari ni, harap semua masih lagi dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia selalu. Sudahkah anda meluangkan sedikit masa untuk membantu peserta - peserta contest gadjet impian? Jika belum boleh lihat bagaimana untuk memberi sokongan kepada mereka.



Hari ini, saya telah membaca satu artikel berkaitan dengan "Ceiba Pentandra" - Kosmo! Online - Rencana Utama. Tahukah anda apa itu "Ceiba Pentandra"? Ini adalah nama saintifik untuk pokok kekabu. Pokok kekabu ini tergolong dalam keluarga Bombacaceae.



Bila saya baca artikel ini tadi, teringat dekat pokok kekabu yang ada ditepi rumah saya dahulu. Pokoknya tinggi menjulang ke langit, kalau tiba musim buah kekabu, memang akan banyak kekabu berterbangan di tiup angin. Apa yang seronok, bila mak suruh kami mengait buah - buah kekabu tersebut untuk dibuat bantal.


Macam - macam cara kami gunakan, abang akan mengambil galah panjang dah mula mengait. Bila buah kekabu berjaya dikait, saya akan gunakan buat itu dan mula membaling ke arah buah kekabu yang lain. Kalau nasib baik dan handal membaling, dapatlah menjatuhkan buah kekabu yang lain. Tapi kena pastikan tidak ada sesiapa di bawah pokok tu, kalau tidak ada yang benjol kepada dihempap buah kekabu.




Buah kekabu yang masih hijau itu berat, kalau kena kepala memang boleh benjol, tapi kalau buah kekabu yang sudah kering, yang itu sudah ringan, dan mudah untuk diproses. Bila dah kumpul semua buah kekabu yang berjaya dikait, kami akan mengupas untuk dapatkan isi didalamnya. Masukkan dalam bakul dan cuba buang biji kekabu sebanyak mungkin. Jika kekabu belum kering sepenuhnya, maka perlu dijemur di bawah terik matahari dahulu. Bila dah betul - betul kering, baru boleh dijadikan bantal.


 




Pokok kekabu yang saya ceritakan di atas telah tamat riwayatnya lama dahulu. Riwayatnya tamat kerana abang sulung saya ingin menggunakan tanah tersebut untuk membina rumah dan kedai runcit beliau. Jadi ini semua hanya tinggal kenangan yang terindah dalam hidup saya. 


Anda semua pernah tengok pokok kekabu atau tidak? Ada pengalaman buat bantal dari kekabu? Jom kongsi bersama pengalaman anda.

Ingin pergi bercuti secara percuma, mungkin anda orang yang bertuah itu.

Comments (34)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
saya tak pernah tengok pokok kekabu secara live...tapi kalau guna bantal kekabu, memang lena betul tidur..
My recent post Blog Yang Popular di Malaysia [Part 01]
1 reply · active 683 weeks ago
hoho..first time dengar nih..
My recent post Top Link Referral MamaMurai.com
1 reply · active 683 weeks ago
oh saintifik bagi pohon kekabu, memang jarang dengar
My recent post Jepun mahu bina lif ke Planet Musytari
2 replies · active 683 weeks ago
semua bantal kat umah sy import dr kg (melalui kenalan) yang jual. Bantal kekabu ni lebih selesa dan tahan lama nak banding bantal yg jual kat kedai...
My recent post Ghost Rider Spirit Of Vengeance
1 reply · active 683 weeks ago
buat bantak pelok pun sodap heee
2 replies · active 683 weeks ago
skr tak byk tmpt ada pokok kekabu ini.klu ada tinggi pulak nak manjat ..nak jolok pakai buluh bagai huuu...
1 reply · active 683 weeks ago
harga satu beg kekabu mahal..puluh2 gak .tapi nak bantal sedp gebu sllu satu beg blh buat 2 ke 3 biji bantal jer..

klu isi skit nnti lama2 pakai bantal kekabu cpt lembik heee
2 replies · active 683 weeks ago
sekarang ni memang musim pokok kekabu berbuah kan... sebab zie nmpak banyak sgt buah kekabu bila gi mana.. dalam perancangan nak beli kekabu banyak2.... tapi mahal sangat la... kat mana yer boleh dapat murah sikit kalau beli dalam 20 ke 30 kilo?? Ada projek besar menanti ni.... :)
My recent post Petua Kulit Licin Dan Cerah
3 replies · active 683 weeks ago
Teringat zaman kanak-kanak, kakabu ni tiap2 tahun ada buah dan apabila kering boleh buat bantal, semua bantal yang kat kampung tu hasil dari Pokok kekabu dibelakang Rumah Mak Azie heheheh. Rose
pernah tengok ulat kekabu x? Warna merah cute sangat2
1 reply · active 683 weeks ago
hehehe, selalu tolong mak proses kekabu yang dah kering buat bantal heheheh, Ulat tu cute sangat berwarna merah x kan pernah tengok heheheh, ada sesiapa yang kat sini pernah temgok x ulat kekabu tu?
bantal kabu memang selesa.....cuma sekarang ni kabu harganya begtu tinggi...setinggi pokoknya
My recent post LITTLE PHOTO | APLIKASI ANDROID
ada juga tilam kekabu, kalau bantal kekabu boleh buat lena tidur, tambah dgn tilam kekabu...superb
tapi susah nak dpt tilam kekabu.
ada juga org xpernah tengok buah kekabu rupanya...he he
My recent post Gadaian Emas di Ar-Rahnu Agro Bank
1 reply · active 683 weeks ago
masa angin kuat dia bertiup kuat.umah suri plk dekt tepi pantai hee...
1 reply · active 683 weeks ago
dulu selalu tolong arwah opah utk kupas & proses kekabu... ;)

org skrg dah xde pengalaman mcm ni.. kecuali kalo di kg masih ade pokok kekabu.
My recent post Cabaran 4 hari - bantu saya untuk menang
1 reply · active 683 weeks ago
dari nama saintifik tu tadi memang serius tak kenal.. rupanya pokok ni. Pernah tengok pokok ni, dulu masa nak pergi sekolah akan lalu satu jalan yang ada pokok ni..

pokoknye memang tinggi tapi tak pernah sempat nak rasa pegang buah dia macam mana
My recent post Politik Di Tempat Kerja, Siapa Mangsa Dan Siapa Pemangsa?
1 reply · active 683 weeks ago
ooo pokok kekabu , kecik2 bee pernah tengok , main kekabu , kait kekabu , buat bantal tolong opah , sampai opah meninggal dunia , bisnes kekabu pun terkubur sekali :)
My recent post Buat Sendiri Laa ~

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia