Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 3

Salam semua,

Sambungan lagi dari kisah percutian saya di Kota Kinabalu, bahagian terakhir. Hari ke-3 saya telah pergi ke Kinabalu Park dan Poring Hot Spring. Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Kinabalu Park. Bayaran masuk RM3 seorang. Kalau anda berhajat untuk sampai betul - betul ke kaki gunung, dinasihatkan menyewa kereta yang mampu mendaki jalan - jalan yang memang curam.


Kami hanya berjalan di sekitar bawah itu sahaja. Melihat pemandangan dari trail - trail yang disediakan di situ. Cuaca disitu juga sudah sejuk, kalau betul - betul di kaki gunung lagi sejuk. 




Selepas berjalan - jalan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kinabalu Park. Poring Hot Spring merupakan tempat kolam air panas. Di sini juga terdapat canopy walk, taman rama-rama dan air terjun.  Untuk masuk ke Poring Hot Spring, bayaran yang dikenakan RM3 seorang untuk masuk. Sekiranya membawa kamera atau handphone yang ada kamera, kita perlu membayar RM5. 



Saya dan kawan - kawan memilih untuk menaiki canopy walk. Bayaran untuk menaiki canopy walk ialah RM3. Ketinggiannya 835m dan kepada sesiapa yang gayat anda digalakkan berfikir berkali - kali untuk menaiki canopy walk ini. 



Hari terakhir di Kota Kinabalu kami ke Pasar Ahad atau dikenali sebagai Sunday Market di Jalan Gaya. Di sini kami shopping untuk kali terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Habiskan sia - sia duit yang ada...hahahah...boleh ke macam tu. :)







Saturday, February 11, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 2

Salam semua,

Hari ini ingin dikongsikan aktiviti dan tempat menarik yang telah saya lawati untuk hari ke-2 di Kota Kinabalu. Kami telah mengambil pakej perlancongan dengan tourism Sabah untuk melawat 2 buah pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Pakej ini berharga RM140 untuk seorang, termasuk tambang bot, makan tengah hari, seorang pemandu pelancung, pengangkutan dari hotel ke jeti (pergi dan balik) serta tiket masuk ke 2 buah pulau ini.

Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi, jadi sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan terlebih dahulu di Little Siquijor Cafe . Kemuadian, van tiba di hotel bersama pemandu pelancong untuk membawa kami ke jeti. Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja. Sampai di jeti, pemandu pelancong membeli tiket untuk menaiki bot dan kebetulan sudah ada bot untuk ke pulau Manukan, jadi kami terus menaikinya. Dari jeti ke pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit menaiki bot. Seronoknya menaiki bot sambil menikmati pemandangan alam ciptaan Allah yang indah.




Akhirnya sampai di Pulau Manukan, masih belum ramai pengunjung, matahari pun belum terik. Di jeti sahaja kami sudah terpaku melihat jernihnya air laut di pulau ini, ikan - ikan jelas kelihatan. Hulurkan kaki anda ke dalam air, pasti kaki anda di gigit ikan tersebut...hahahaha. Rasanya hampir setengah jam kami mengambil gambar di jeti sahaja, seronok melihat ikan - ikan yang banyak.





Kemudian barulah bergerak ke pantai, dan tanpa berlengah lagi, kita terjun ke laut la....belajar terapung di permukaan air...akhirnya berjaya juga terapung, bila lihat orang lain buat macam senang saja, tapi bila buat sendiri, erm...berapa banyak air laut yang saya dah terminum sebelum dapat terapung. Bukan apa, cuma kurang keyakinan. :D


Memang aktiviti di pulau ini hanya mandi sahaja, hampir 2 jam lebih berendam dalam air. Bila dah keluar dari air baru terasa laparnya, jadi teruslah pergi makan hidangan tengah hari yang telah disediakan. Selepas makan, kami bersiap-siap untuk ke pulau seterusnya, iaitu pulau Sapi. Terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bot daripada Pulau Manukan. Pulau Sapi lebih kecil dan terletak berhampiran juga dengan Pulau Gaya.
Jadi itulah aktiviti di hari ke-2, mandi laut. Mari lihat beberapa gambar menarik sekitar Pulau Manukan dan Pulau Sapi.






Thursday, February 9, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 1

salam semua, 

Apa khabar anda semua, saya doakan semoga sihat dan sejahtera. Minta maaflah kerana saya telah bercuti panjang. Niat untuk mengupdate blog tu ada, tapi disebabkan percutian di Sabah dan di agak sibuk dengan aktiviti percutian jadi tidak sempat untuk mengupdate blog. 


Jadi di entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tempat - tempat menarik yang telah sempat saya lawati semasa berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. 

Perjalanan bermula pada hari Khamis minggu lepas, saya telah menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT pada pukul 6.45 pagi. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 30 minit. Akhirnya pada pukul 9.20 pagi, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.




Lapangan terbang tidak sibuk sebab hari bekerja.


Sampai di sana, kami terus ke kaunter Teksi untuk ke hotel. Tambang teksi dari lapangan terbang Terminal 2 ke hotel RM30. Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit, jalan sangat lancar dan tidak ada kesesakan langsung. Pemandu teksi pun sangat peramah, tidak sedar sudah sampai ke Le Hotel. 


Lokasi hotel ini sangat strategik, berhampiran dengan laut dan pasar kraftangan, pasar ikan masin dan pasar besar Kota Kinabalu. Saya pun check in hotel, meletakkan beg di dalam bilik dan pengembaraan bermula... :)

Saya menginap di Le Hotel, bilik menghadap laut...sisi saja...best :D


Perkara pertama yang saya lakukan bersama 2 orang lagi kawan ialah mencari kedai makan terlebih dahulu. Kami memerlukan tenaga untuk berjalan - jalan, jadi kita makan dulu. Kami makan di sebuah kedai mamak, pesan nasi ayam...sedap...sambal pun rasanya agak lain dari nasi ayam di semenanjung, lebih masam dan pedas.

Selesai makan, kami pun memulakan langkah ke pasar kraftangan, hajat pada mulanya, mahu tengok - tengok dahulu barang apa yang ada di sini, survey harga, esok - esok dah nak balik baru beli barang yang berkenan di hati. Nampaknya plan tersebut tidak menjadi, hari pertama sahaja, kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di pasar ini, beli macam - macam barang. Macam esok dah nak balik ke KL semula saja. Padahal baru hari pertama sampai di Kota Kinabalu. 

Memang menjadi kegemaran, para wanita
berbagai - bagai barang terdapat di sini.


Hari pertama di Kota Kinabalu kami habiskan di pasar kraftangan sahaja. Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami pulang ke hotel. Kaki dah sakit, dah tak larat nak berjalan baru ingat nak balik. Malam selepas maghrib, kami keluar untuk makan seafood. Lepas makan, balik hotel memang tak de fikir lain dah, nak tidur je. Esok perlukan tenaga untuk aktiviti seterusnya.

Makan seafood..di tepi laut...memang menyelerakan :)



Bersambung...esok. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia