Saturday, February 11, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 2

Salam semua,

Hari ini ingin dikongsikan aktiviti dan tempat menarik yang telah saya lawati untuk hari ke-2 di Kota Kinabalu. Kami telah mengambil pakej perlancongan dengan tourism Sabah untuk melawat 2 buah pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Pakej ini berharga RM140 untuk seorang, termasuk tambang bot, makan tengah hari, seorang pemandu pelancung, pengangkutan dari hotel ke jeti (pergi dan balik) serta tiket masuk ke 2 buah pulau ini.

Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi, jadi sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan terlebih dahulu di Little Siquijor Cafe . Kemuadian, van tiba di hotel bersama pemandu pelancong untuk membawa kami ke jeti. Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja. Sampai di jeti, pemandu pelancong membeli tiket untuk menaiki bot dan kebetulan sudah ada bot untuk ke pulau Manukan, jadi kami terus menaikinya. Dari jeti ke pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit menaiki bot. Seronoknya menaiki bot sambil menikmati pemandangan alam ciptaan Allah yang indah.




Akhirnya sampai di Pulau Manukan, masih belum ramai pengunjung, matahari pun belum terik. Di jeti sahaja kami sudah terpaku melihat jernihnya air laut di pulau ini, ikan - ikan jelas kelihatan. Hulurkan kaki anda ke dalam air, pasti kaki anda di gigit ikan tersebut...hahahaha. Rasanya hampir setengah jam kami mengambil gambar di jeti sahaja, seronok melihat ikan - ikan yang banyak.





Kemudian barulah bergerak ke pantai, dan tanpa berlengah lagi, kita terjun ke laut la....belajar terapung di permukaan air...akhirnya berjaya juga terapung, bila lihat orang lain buat macam senang saja, tapi bila buat sendiri, erm...berapa banyak air laut yang saya dah terminum sebelum dapat terapung. Bukan apa, cuma kurang keyakinan. :D


Memang aktiviti di pulau ini hanya mandi sahaja, hampir 2 jam lebih berendam dalam air. Bila dah keluar dari air baru terasa laparnya, jadi teruslah pergi makan hidangan tengah hari yang telah disediakan. Selepas makan, kami bersiap-siap untuk ke pulau seterusnya, iaitu pulau Sapi. Terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bot daripada Pulau Manukan. Pulau Sapi lebih kecil dan terletak berhampiran juga dengan Pulau Gaya.
Jadi itulah aktiviti di hari ke-2, mandi laut. Mari lihat beberapa gambar menarik sekitar Pulau Manukan dan Pulau Sapi.






1 comments:

  1. pakej apa yg awak ambil ne? ble tak, email kan sya pakej pcutian tsebut :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia