Sunday, November 13, 2011

Pelajar Hujung Minggu

salam semua...

hari ni nak kongsi dengan korang berkaitan dengan buku - buku yang aku perlu baca dan dijadikan rujukan utk siapa-siapa yang ambik MBA. Setelah hampir 5 tahun meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar, agak perit jugak untuk menyesuaikan diri semula dengan kuliah, assigment, kuiz dan macam - macam lagi yang dah lama aku tak buat. Ini semester pertama aku, jadi aku perlu bertekad sekiranya ingin menghabiskan MBA ini dengan jayanya. Bukan hanya semangat yang aku perlukan (kerana semangat boleh hilang...macam lagu XPDC tu..semangat yg hilang), aku perlu lebih tekun, perlu lebih tekad dan bermotivasi tinggi untuk meneruskan pelajaran ini. Semester ini aku ambil 3 subjek iaitu kepimpinan, pengurusan organisasi dan accounting for business decision making.



Kat bawah ini aku lampirkan buku - buku yang berkaitan, mana tahu ada sapa - sapa yang berminat nak sambung MBA, boleh la dapat sedikit info kan (harap info ini membantu):-






Dua buku yang bawah tu ("How to act like CEO", "The New Leader's 100 - Day Action Plan") berkaitan dengan kepimpinan. Macam mana nak jadi pemimpin yang bagus. Aku belum habis baca pun lagi buku - buku ni. Baca perlahan - lahan "slow and steady" hehehehe. Doakan aku rajin belajar ok.

~~Life as Weekend Student~~

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
SAlam bro,
SAya baru je apply mba ukm utk sem 3 212-2013. Saje google pasal ni, dan terjumpa blog bro. Harap dapat tunjuk ajar jika saya dah start kelas nanti
1 reply · active 642 weeks ago
Salam,

Good luck...semoga dapat smbg belajar dengan baik. :). Lecture semua ok, dan banyak ilmu yg akan mereka kongsikan.
Nak tanya, buku2 tu kena beli kat mane eh? UKM akan sediakan atau kita kena pandai2 cari sendiri?

Saya rasa kes saya ni sama cam bro. Saya bukan dari bidang bisnes, tapi keje bahagian IT yang support bisnes people. Kadang2, saya susah nak faham apa masalah business dpt coz some term yg diorang gunakan saya tak berapa nak faham macam NAV, fund accounting, global custody, etc. Jadi, saya harap kalau saya sambung mba, bolehlah saya tau serba sedikit pasal business, international trade dan sebagainya. Senang sket saya nak analyze business impact kalo ade issue on IT side.

Itu expectation saya jika saya sambung MBA. Rasanya bro, nak tanya pengalaman bro ... syllabus UKM menepati tak apa yng saya harapkan tu?
2 replies · active 642 weeks ago
Pasal buku - buku ni tak yah risau, minggu pertama dan kedua awal sem tu, pembekal buku akan datang jual buku2 yang berkaitan. Sediakan duit je.

Awal - awal belajar agak sukar sikit, sebab macam saya pun x de basic management dan business...tapi dah lama - lama ok, insya allah boleh pick up.

Setakat ni saya rasa menepati la, banyak juga apa yg kita belajar membantu kerja dalam bidang IT, memang lah kebanyakkannya kita tak akan apply sgt kalau kita bukan manager, tapi ilmu itu dapat bantu kita faham tindakan orang lain dan apa kehendak orang marketing, sales atau finance.
Thanks Sis for the info!
Sorry Sis,
saya ingat blog owner ni lelaki. sekali baru saya terbaca ade post pasal pasukan bola jaring ... arghh!! Sorry ...
1 reply · active 642 weeks ago
it's ok, rasanya nick name yang saya gunakan agak mengelirukan kot...hahaha...byk juga orang yg salah sangka ingat saya lelaki. Tapi tak de hal lah.
Sis,

Nak tanya, dah habis ke buat MBA? Saya sekarang dah sem 3 ... buku2 nak jual tak?

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia