Thursday, February 9, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 1

salam semua, 

Apa khabar anda semua, saya doakan semoga sihat dan sejahtera. Minta maaflah kerana saya telah bercuti panjang. Niat untuk mengupdate blog tu ada, tapi disebabkan percutian di Sabah dan di agak sibuk dengan aktiviti percutian jadi tidak sempat untuk mengupdate blog. 


Jadi di entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tempat - tempat menarik yang telah sempat saya lawati semasa berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. 

Perjalanan bermula pada hari Khamis minggu lepas, saya telah menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT pada pukul 6.45 pagi. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 30 minit. Akhirnya pada pukul 9.20 pagi, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.




Lapangan terbang tidak sibuk sebab hari bekerja.


Sampai di sana, kami terus ke kaunter Teksi untuk ke hotel. Tambang teksi dari lapangan terbang Terminal 2 ke hotel RM30. Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit, jalan sangat lancar dan tidak ada kesesakan langsung. Pemandu teksi pun sangat peramah, tidak sedar sudah sampai ke Le Hotel. 


Lokasi hotel ini sangat strategik, berhampiran dengan laut dan pasar kraftangan, pasar ikan masin dan pasar besar Kota Kinabalu. Saya pun check in hotel, meletakkan beg di dalam bilik dan pengembaraan bermula... :)

Saya menginap di Le Hotel, bilik menghadap laut...sisi saja...best :D


Perkara pertama yang saya lakukan bersama 2 orang lagi kawan ialah mencari kedai makan terlebih dahulu. Kami memerlukan tenaga untuk berjalan - jalan, jadi kita makan dulu. Kami makan di sebuah kedai mamak, pesan nasi ayam...sedap...sambal pun rasanya agak lain dari nasi ayam di semenanjung, lebih masam dan pedas.

Selesai makan, kami pun memulakan langkah ke pasar kraftangan, hajat pada mulanya, mahu tengok - tengok dahulu barang apa yang ada di sini, survey harga, esok - esok dah nak balik baru beli barang yang berkenan di hati. Nampaknya plan tersebut tidak menjadi, hari pertama sahaja, kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di pasar ini, beli macam - macam barang. Macam esok dah nak balik ke KL semula saja. Padahal baru hari pertama sampai di Kota Kinabalu. 

Memang menjadi kegemaran, para wanita
berbagai - bagai barang terdapat di sini.


Hari pertama di Kota Kinabalu kami habiskan di pasar kraftangan sahaja. Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami pulang ke hotel. Kaki dah sakit, dah tak larat nak berjalan baru ingat nak balik. Malam selepas maghrib, kami keluar untuk makan seafood. Lepas makan, balik hotel memang tak de fikir lain dah, nak tidur je. Esok perlukan tenaga untuk aktiviti seterusnya.

Makan seafood..di tepi laut...memang menyelerakan :)



Bersambung...esok. 

Comments (43)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Selamat bercuti ke Kota Kinablu. Jangan lupa singgah pasar Filipina. :-)
My recent post Kita hanya terbaik di Asia Tenggara
7 replies · active 685 weeks ago
Denar cerita makanan macam seafood dekat sabah lagi murah, betul eh?

My recent post Kategori Urus Niaga Umat Manusia Secara Umum
1 reply · active 685 weeks ago
Orang pompuan kalau tak beli barang tak sah ... kalau boleh nak diborang semua kedai ... hahahaha :D
My recent post KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH
1 reply · active 685 weeks ago
Mak i, ikan bakooo tu , sotong .... aalalalalalalalala kau ni kan Kimmie ... buat Benjy terliru bah ... adehh !!
My recent post KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH
1 reply · active 685 weeks ago
Uiksss ! apahal lepas makan balik hotel terus tidoooo ... nanti badan gemuk gedempol nak salahkan ikan bako pulaaaa .... hehehehe (jangan marah bergurau je)
My recent post KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH
3 replies · active 685 weeks ago
bersambung....alaaa.hehehe :)
My recent post Voucher 200MYR
1 reply · active 685 weeks ago
Kalau ke Sabah/Sarawak memang tak sah kalau tak pekena seafood
My recent post WordPress Untuk Android Update v.2.0.5
1 reply · active 685 weeks ago
berapa dari lcct ke sana tambang dia hee ..hotel semalam berapa?kongsi hotel mmg dpt murh kan..semalam berapa? heeee
2 replies · active 495 weeks ago
pas habis mesti rsa puas dah bli brg ek hee..ada ker cenderahati di bawa utk kmi kekekee
1 reply · active 685 weeks ago
bestnya cuti2 M'sia... kakyong tak pernah sampai ke sabah, tp selalu dengor @ baca dr blog kawan2..

kalo kakyong pun teruja dgn brg2 kat pasar kraft tu..
My recent post Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
1 reply · active 685 weeks ago
best yek dpt peluang berjalan nih ;)
My recent post Spiderman bersilat Pulut
1 reply · active 685 weeks ago
ikan n sotong bakar sungguh menyelerakan
My recent post Dana Tanah Kebun Panti Asuhan Titian Ridho Ilahi
1 reply · active 685 weeks ago
Nampak menarik juga Sabah nih..maybe boleh dijadikan destinasi percutian keluarga nanti..rancang jelah, perginya entah biler..hehe
My recent post Nak Cepat Kaya bukan Rasuah Jalannya..
1 reply · active 685 weeks ago
best nya sabah..saya prefer nak g sabah dari g indonesia..tp sape la nak bawak saya..hehe :)
1 reply · active 685 weeks ago
memang seronok jalan sabah... tp pasar Philippines tu macam tak berapa nak bersih la kan...
My recent post Penyanyi Pop Whitney Houston Meninggal Dunia
1 reply · active 685 weeks ago
wah sedap nye makanan tu.. mmg superb la!!
My recent post Apple umumkan lancar iPad 3 pada 7 Mac 2012
1 reply · active 682 weeks ago
bilalah dapat ke sana... sotongnya besau2....
My recent post Homestay Ungu Di Teluk Batik, Kelainan Yang Menarik
salam, ok ke hotel ni, sebab dah terbook melalui booking.com n then rupanya tidak boleh cancel booking. breakfast dia semua ok tak? ada lif ke

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia