Showing posts with label Jalan - jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan - jalan. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

Iftar di Restoran Intai - Intai

Salam semua,

Semalam saya sempat berbuka di Restoran Intai - Intai, terletak di Ampang Ulu Kelang. Sebenarnya tidak merancang pun untuk berbuka di luar, tapi sebab semalam kelas terakhir di bulan Ramadhan, jadi kawan - kawan sekelas ajak berbuka sekali diluar. Minggu depan masing - masing dah sibuk pulang ke kampung masing - masing.

Untuk pengetahuan semua, buffer Ramadhan di Restoran Intai - Intai ialah RM50 seorang untuk dewasa dan RM25 untuk kanak - kanak. ini je gambar yang sempat diambil sebab bila dah sibuk berbuka, memang dah lupa nak ambil gambar. Surau ada disediakan, jadi lepas berbuka boleh terus solat maghrib dulu di sini sebelum pulang ke rumah.

Antara menu yang saya makan semalam, roti jala, bubur pulut hitam, kambing golek, laksa sarawak, laksam, tom yam, daging masak merah, ikan sambal, rojak buah, ais kacang, spegatti dan macam - macam lagi. Memang tak larat nak makan semuanya. 




ada tasik di tengah - tengah
Restoran ini





Monday, February 13, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 3

Salam semua,

Sambungan lagi dari kisah percutian saya di Kota Kinabalu, bahagian terakhir. Hari ke-3 saya telah pergi ke Kinabalu Park dan Poring Hot Spring. Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Kinabalu Park. Bayaran masuk RM3 seorang. Kalau anda berhajat untuk sampai betul - betul ke kaki gunung, dinasihatkan menyewa kereta yang mampu mendaki jalan - jalan yang memang curam.


Kami hanya berjalan di sekitar bawah itu sahaja. Melihat pemandangan dari trail - trail yang disediakan di situ. Cuaca disitu juga sudah sejuk, kalau betul - betul di kaki gunung lagi sejuk. 




Selepas berjalan - jalan di sini, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kinabalu Park. Poring Hot Spring merupakan tempat kolam air panas. Di sini juga terdapat canopy walk, taman rama-rama dan air terjun.  Untuk masuk ke Poring Hot Spring, bayaran yang dikenakan RM3 seorang untuk masuk. Sekiranya membawa kamera atau handphone yang ada kamera, kita perlu membayar RM5. 



Saya dan kawan - kawan memilih untuk menaiki canopy walk. Bayaran untuk menaiki canopy walk ialah RM3. Ketinggiannya 835m dan kepada sesiapa yang gayat anda digalakkan berfikir berkali - kali untuk menaiki canopy walk ini. 



Hari terakhir di Kota Kinabalu kami ke Pasar Ahad atau dikenali sebagai Sunday Market di Jalan Gaya. Di sini kami shopping untuk kali terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Habiskan sia - sia duit yang ada...hahahah...boleh ke macam tu. :)







Saturday, February 11, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 2

Salam semua,

Hari ini ingin dikongsikan aktiviti dan tempat menarik yang telah saya lawati untuk hari ke-2 di Kota Kinabalu. Kami telah mengambil pakej perlancongan dengan tourism Sabah untuk melawat 2 buah pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Pakej ini berharga RM140 untuk seorang, termasuk tambang bot, makan tengah hari, seorang pemandu pelancung, pengangkutan dari hotel ke jeti (pergi dan balik) serta tiket masuk ke 2 buah pulau ini.

Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi, jadi sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan terlebih dahulu di Little Siquijor Cafe . Kemuadian, van tiba di hotel bersama pemandu pelancong untuk membawa kami ke jeti. Perjalanan lebih kurang 15 minit sahaja. Sampai di jeti, pemandu pelancong membeli tiket untuk menaiki bot dan kebetulan sudah ada bot untuk ke pulau Manukan, jadi kami terus menaikinya. Dari jeti ke pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit menaiki bot. Seronoknya menaiki bot sambil menikmati pemandangan alam ciptaan Allah yang indah.




Akhirnya sampai di Pulau Manukan, masih belum ramai pengunjung, matahari pun belum terik. Di jeti sahaja kami sudah terpaku melihat jernihnya air laut di pulau ini, ikan - ikan jelas kelihatan. Hulurkan kaki anda ke dalam air, pasti kaki anda di gigit ikan tersebut...hahahaha. Rasanya hampir setengah jam kami mengambil gambar di jeti sahaja, seronok melihat ikan - ikan yang banyak.





Kemudian barulah bergerak ke pantai, dan tanpa berlengah lagi, kita terjun ke laut la....belajar terapung di permukaan air...akhirnya berjaya juga terapung, bila lihat orang lain buat macam senang saja, tapi bila buat sendiri, erm...berapa banyak air laut yang saya dah terminum sebelum dapat terapung. Bukan apa, cuma kurang keyakinan. :D


Memang aktiviti di pulau ini hanya mandi sahaja, hampir 2 jam lebih berendam dalam air. Bila dah keluar dari air baru terasa laparnya, jadi teruslah pergi makan hidangan tengah hari yang telah disediakan. Selepas makan, kami bersiap-siap untuk ke pulau seterusnya, iaitu pulau Sapi. Terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bot daripada Pulau Manukan. Pulau Sapi lebih kecil dan terletak berhampiran juga dengan Pulau Gaya.
Jadi itulah aktiviti di hari ke-2, mandi laut. Mari lihat beberapa gambar menarik sekitar Pulau Manukan dan Pulau Sapi.






Thursday, February 9, 2012

Santai: Percutian di Kota Kinabalu - 1

salam semua, 

Apa khabar anda semua, saya doakan semoga sihat dan sejahtera. Minta maaflah kerana saya telah bercuti panjang. Niat untuk mengupdate blog tu ada, tapi disebabkan percutian di Sabah dan di agak sibuk dengan aktiviti percutian jadi tidak sempat untuk mengupdate blog. 


Jadi di entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tempat - tempat menarik yang telah sempat saya lawati semasa berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. 

Perjalanan bermula pada hari Khamis minggu lepas, saya telah menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT pada pukul 6.45 pagi. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 jam 30 minit. Akhirnya pada pukul 9.20 pagi, saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.




Lapangan terbang tidak sibuk sebab hari bekerja.


Sampai di sana, kami terus ke kaunter Teksi untuk ke hotel. Tambang teksi dari lapangan terbang Terminal 2 ke hotel RM30. Perjalanan lebih kurang 15 - 20 minit, jalan sangat lancar dan tidak ada kesesakan langsung. Pemandu teksi pun sangat peramah, tidak sedar sudah sampai ke Le Hotel. 


Lokasi hotel ini sangat strategik, berhampiran dengan laut dan pasar kraftangan, pasar ikan masin dan pasar besar Kota Kinabalu. Saya pun check in hotel, meletakkan beg di dalam bilik dan pengembaraan bermula... :)

Saya menginap di Le Hotel, bilik menghadap laut...sisi saja...best :D


Perkara pertama yang saya lakukan bersama 2 orang lagi kawan ialah mencari kedai makan terlebih dahulu. Kami memerlukan tenaga untuk berjalan - jalan, jadi kita makan dulu. Kami makan di sebuah kedai mamak, pesan nasi ayam...sedap...sambal pun rasanya agak lain dari nasi ayam di semenanjung, lebih masam dan pedas.

Selesai makan, kami pun memulakan langkah ke pasar kraftangan, hajat pada mulanya, mahu tengok - tengok dahulu barang apa yang ada di sini, survey harga, esok - esok dah nak balik baru beli barang yang berkenan di hati. Nampaknya plan tersebut tidak menjadi, hari pertama sahaja, kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di pasar ini, beli macam - macam barang. Macam esok dah nak balik ke KL semula saja. Padahal baru hari pertama sampai di Kota Kinabalu. 

Memang menjadi kegemaran, para wanita
berbagai - bagai barang terdapat di sini.


Hari pertama di Kota Kinabalu kami habiskan di pasar kraftangan sahaja. Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami pulang ke hotel. Kaki dah sakit, dah tak larat nak berjalan baru ingat nak balik. Malam selepas maghrib, kami keluar untuk makan seafood. Lepas makan, balik hotel memang tak de fikir lain dah, nak tidur je. Esok perlukan tenaga untuk aktiviti seterusnya.

Makan seafood..di tepi laut...memang menyelerakan :)



Bersambung...esok. 

Wednesday, February 1, 2012

Pusat membeli belah baru - Starmall kini dibuka di Mentakab

Salam semua,

Masa cuti tahun baru yang lepas, saya telah berpeluang berkunjung ke sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka di Mentakab - Starmall. Banyak lagi kedai - kedai yang belum dibuka, yang sudah ada ialah pasaraya Pasicif, Big Apple, Sushi King, KFC, McD dan beberapa kedai lain. 

GSC juga bakal dibuka di StarMall ini, tapi bila belum lagi diketahui. Jadi tunggu sahaja pengumuman pembukaannya. Bagi mereka yang bukan dari Temerloh atau Mentakab, mungkin agak sukar mencari di mana lokasi StarMall ini, kerana ianya terletak agak jauh dari bandar Mentakab. Lagipun di sekitar kawasan ini merupakan kawasan perumahan. 

Kawasan ini bakal membangun kerana sedang dalam pembinaan sebuah bangunan untuk Mydin dan lagi satu untuk kedai kain (tidak begitu pasti, rasanya Kedai Kain Jakel). Jadi bagi mereka yang tinggal disekitar kawasan ini, senanglah nak pergi membeli belah, tak perlu keluar jauh lagi. 






 




Saturday, January 28, 2012

Santai: Jusco kini di buka di Rawang

Salam semua,

Hari cuti ini, saya berkesempatan berjalan - jalan di Jusco yang baru dibuka di Rawang. Saya pergi bersama dengan family kakak saya. Anak sedara saya yang sudah berusia hampir 4 tahun dan memang dah pandaidemand, nak tahu apa si kecil ni cakap sebelum kami keluar, "Elham nak naik kereta anjang". Saya dah rancang baik punya nak naik kereta kakak saya, alih-alih boleh pula si kecil ni tak nak.


Ikutkan saja lah, kalau tidak menangis pula nanti, lagi susah. Dia dengan gembiranya naik kereta saya, kemudian, boleh pula dia tanya mak dia " Nape mak tak naik kereta mak?, kereta mak rosak ye". Kanak - kanak sekarang...macam - macam. 


Jucso ini besar dan ada hampir 100 lot kedai di dalamnya. Nanti akan ada juga TGV yang bakal dibuka. Jom layan gambar - gambar yang saya ambil tadi.

Inilah kanak - kanak yang banyak celoteh tu :)

Kedai - kedai menjual makanan, sushi, ayam pangang
dan macam - macam lagi.

Ada replika Ikan...si kecil tu siap nak masuk dalam 
pagar tu lagi.


Sempena sambutan Tahun Baru Cina

Jenguk - jenguk nak masuk, tapi perlu ada resit belian 
RM50 ke atas baru boleh masuk.

Kami naik lif, keluar terus nampak kedai ini,
memang kena masuk. Tak boleh lari.

Dapat pegang pun jadilah.


Lif di Jusco..comel kan


Dah penat, berenti tengok TV jap.


Untuk makluman, parking di Jusco ini dikenakan bayaran RM1. Kepada yang ada Jusco Card, ada diskaun. Jadi kepada penduduk - penduduk di sekitar Rawang boleh lah berkunjung ke Jusco ini. Sudah dibuka sejak bulan 12/2011.


Friday, December 23, 2011

Taman Tamadun Islam

Salam semua,

Hari ini aku nak berkongsi lagi gambar - gambar sekitar Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Gambar - gambar ini diambil masa aku ke rumah abangku di terengganu pada tahun 2008. Dah lama gambar ini tersimpan dalam laptop aku. Dulu tak aktif sangat berblog, jadi sekarang bila dah aktif sikit, rasa nak kongsi gambar - gambar ni. Mungkin ada yang berminat nak berkunjung ke sana.

Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Terengganu

Sunday, December 18, 2011

Jalan - jalan di Zoo Negara

Salam semua,

Aku nak berkongsi gambar masa aku berjalan - jalan di Zoo Negara. Dah lama pergi, masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. Tak sempat nak berkongsi gambar - gambar ni semua.

Peta - Zoo Negara

Thursday, December 1, 2011

Jalan - jalan di JB

Salam semua,


Cuti umum semperna Awal Muharam, ramai yang mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga. Aku juga tidak melepaskan peluang ini dan kami berkumpul di JB di rumah abang aku. Kebetulan kakak ipar aku baru bersalin anak yg ke -4. Jadi kami mengambil peluang untuk menziarah mereka sambil jalan - jalan di JB. Aku kongsikan gambar baby dan tempat - tempat yang sempat dilawati masa di JB. 


Jom tengok!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia