Saturday, January 30, 2016

Dapat anak sedara baru, Alhamdulillah

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi berita gembira, tanggal 29 Januari 2016, lahirlah seorang bayi lelaki di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.

Bayi comel seberat 2.8kg ini merupakan anak sedara saya yang ke - 18. Anak pertama untuk abang saya. Tahniah kepada beliau and isteri. Semoga anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Kepada kakak ipar saya, Kak Ayu, saya doakan cepat sihat semula. Beliau telah dibedah semasa melahirkan anak pertama ini kerana ada sedikit masalah - BP (blood presure high). Kena tinggal dalam wad untuk pemantauan selama 3 hari. Insya allah saya doakan semoga semua selamat.




Kepada Ilham, Adam, Nafis....korang dah dapat adik sepupu baru. Bertambah lagi geng lelaki kecil dalam senarai cucu wan. Pening kepala wan nanti....hahahaha. 



Adam dah jadi abang...lepas ni kena jaga baby elok - elok ya.



Nafis, tambah lagi seorang adik.




Comelnya bayi ni, abang saya nak namakan Muhammad Aryan. Semoga menjadi anak yang soleh.


Terima kasih Allah, atas kurniaan Mu. 

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Terima kasih :)
Tanniah, tahun ni Raya kena sedia duit raya untuk anak buah baru nih. :)
My recent post Melihat efek spill over di empangan sungai Selangor
1 reply · active 478 weeks ago
hehehe....insya Allah ada rezeki lebih untuk anak sedara baru ni.
wah dah yang ke 18..ramai dah tu..tahniah!
My recent post GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID
1 reply · active 478 weeks ago
terima kasih ciktom

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia