Wednesday, March 14, 2012

Informasi: Apakah jenis darah anda?

Salam semua,

Masa saya menaip entri ini, saya masih lagi berada di pejabat disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan. Kerja saya tidak susah sebenarnya, schedule job lepas tu tunggu sampai siap. Nampaknya hari ini tak begitu baik sebab job ini berjalan dengan sangat lambat, bayangkan dari pagi tadi dalam pukul 11 saya run, sampai sekarang masih belum siap. Hampir 8 jam telah berlalu. Jadi sambil - sambil menunggu, saya cuba mencari maklumat tentang jenis darah. Kenapa saya mencari maklumat ini, mari saya kongsikan.

Dua minggu lepas, saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan, periksa jenis darah, kadar kolestrol, BMI, kadar lemak dan tekanan darah. Kebetulan di tempat saya belajar (UKM Kampus KL), ada pemeriksaan kesihatan percuma. Jadi kita rebutlah peluang yang ada depan mata. Alhamdulilah keputusan pemeriksaan saya baik, tiada apa - apa yang berlebihan. Cuma semua mesti dijaga, kalau sekarang baik, jika tidak dijaga lama - lama akan mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri.

Dalam banyak - banyak keputusan pemeriksaan itu, ini kali ke-2 saya dapat mengesahkan saya mempunyai jenis darah A-. Jadi saya pun berminat untuk mengetahui apakah kelebihan dan kekurangan orang yang mempunyai jenis darah A- ini. Saya pergi ke web Pusat Darah Negara dan menjumpai satu aplikasi untuk mengetahui jenis darah apa yang sesuai untuk kita terima atau kepada golongan mana kita boleh derma darah kita. Hasilnya seperti dibawah.

Jenis Darah saya = A-


Kemudian, saya mencari maklumat dan penjelasan lain tentang darah A- ini. Saya jumpa banyak maklumat di wikipedia. Maaf saya memang tidak pandai untuk mengolah semua fakta dari wikipedia, takut jadi lain pula maksudnya. Maklumat penuh mengenai jenis - jenis darah boleh di baca di sini. Dulu masa sekolah, satu perkara yang saya sangat ingat tentang kumpulan darah ialah kumpulan darah O merupakan penderma universal, iaitu boleh menderma kepada semua jenis kumpulan darah yang lain.

Bagaimanapun, kumpulan darah O hanya boleh menerima dari kumpulannya sahaja. Jika anda berada dalam kumpulan darah O, maka anda hanya boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja. Macam saya, saya berada dalam kumpulan darah A(-ve). Jadi saya hanya boleh menderma kepada orang yang berada dalam kumpulan jenis A sahaja (A -ve / A+ve). Bagaimana pun, saya hanya boleh menerima jenis darah A-ve sahaja. Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis darah, boleh baca di sini 'Jenis Darah'.



Darah jenis apa pun boleh guna Celcom LG Prada ini, dan lagi satu korang kena tahu KakakAngkat korang darah jenis apa. Penting mana tahu kalau jadi apa - apa kat dia nanti.

Comments (32)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Tq untuk info.
1 reply · active 681 weeks ago
tak ingat lak darah jenis apa.. rasa mcm o..... nak kena check balik ni....
1 reply · active 681 weeks ago
hik3.. aku pun sampai skrg compius darah aku jenis apa..

My recent post Cara bersihkan udang segar dengan betul
1 reply · active 681 weeks ago
rasanya darah saya macam dari jenis O...

cuma tak sure positive ke negative...

rasanya macam negative kalau tak silap...

mengikut fakta tak rasmi yang saya pernah baca... darah jenis O- ni jarang sikit dan susah sikit nak cari

agak2nya la :p
My recent post Confirm!! Ramai Sebenarnya Yang Tak Tau Macam Mana Nak Buat Duit
1 reply · active 681 weeks ago
drh sy jnis o... pemurah tp diri sendiri jugak yg xleh time drh lain.. nk kaum kerabat dia jugak..hihii
1 reply · active 681 weeks ago
Nampaknya, saye tak mampu nak derma darah utk A-.

Saye jenis AB...penerima universal... =)
My recent post Wordless Wednesday Oh! Anak Ayam
1 reply · active 681 weeks ago
aku darah ape ye..ish macam mane aku boleh tak tau ni
1 reply · active 681 weeks ago
saya kena tahu dahulu jenis darah saya
My recent post Download John Carter Movie 3D Mediafire
1 reply · active 681 weeks ago
darah puteri jenis A..bab positif dan negatif..tak sure..hehehe
1 reply · active 681 weeks ago
tak tahu dan tak pernah periksa darah jenis apao
My recent post Memasang Impian
1 reply · active 681 weeks ago
Memang penting untuk kita ambil tahu tentang ni,
Bukan apa jika berlaku kecemasan senang nak settle..
Nampak macam perkara remeh, tapi sebenarnya penting
My recent post Aura Lelaki Kacak Ustaz Don Daniyal
1 reply · active 681 weeks ago
Memang tak tau Azie dari jenis darah apa! heheh, nak kena check juga ni. hehehe
gue darah B..
tapi xsure positif ke negatif..
ehehehee
My recent post "The Equator" Sebiru Air Di Lautan
1 reply · active 681 weeks ago
untungnya kalau tergolong dalam kumpulan darah AB+, semua jenis darah dia boleh terima.. kalau aku ni boleh terima jenis O saja..
My recent post Alhamdulillah
1 reply · active 681 weeks ago
saya darah o cikgu heeee
1 reply · active 681 weeks ago
hampie semua adik brdik darah o hee mudah nak carfi.kata org darah a suush nk jumapa
1 reply · active 681 weeks ago
saya darah O
tpi klau nk llki sya ska llki
drh O sbb periang
sya pun jns periang
sbb 2

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia