Tuesday, September 4, 2012

Info: CFM bantu pengguna

Salam semua,

Di pagi hari ini, saya ingin berkongsi maklumat yang saya baca di Kosmo Online mengenai sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan membantu menyelesaikan masalah pengguna berkaitan telefon atau perkhidmatan jalur lebar.

Badan tersebut diberi nama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia) atau dikenali sebagai CFM. Ianya merupakan sebuah badan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

Tujuan ditubuhkan ialah untuk menguruskan aduan - aduan pengguna yang lebih kecil bermaksud untuk masalah yang dihadapi oleh pengguna perseorangan, contoh seperti caj bil telefon berlebihan dan sebagainya lagi.

Kebanyakkan dari pengguna tidak menyedari akan kewujudan CFM dan masih ramai lagi yang tidak menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. CFM bertindak sebagai orang tengah dalam mencari penyelesaian antara pengguna dan penyedia perkhidmatan. 

Setiap laporan atau aduan yang diterima akan dihantar kepada penyedia perkhidmatan untuk disiasat dan CFM akan membuat keputusan berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Jika anda ke laman web penyedia perkhidmatan telefon dan jalur lebar, anda pasti terlihat logo di bawah.


Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan dengan perkhimatan telefon dan jalur lebar, jangan lupa menggunakan CFM sebagai medium untuk menyelesaikan masalah anda. 

Maklumat lanjut sila layari lawan web CFM di http://cfm.org.my/.


Artikel penuh di Kosmo! Online - Varia

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
oh ada kisahnya laman untuk buat aduan pasal telekomunikasi. memang bagus untuk pengguna handphone .Terima kasih atas informasi.
My recent post 1ST Giveaways BudakFelda.com: Blogger Handalan
2 replies · active 656 weeks ago
sama - sama berkongsi informasi..lepas ni kalau ada masalah boleh la buat aduan dekat CFM ni
bgus juga ade saluran mcm ni..mmg kebykkan tidak berpuas hati dgn perkhidmatan yg diberikan..
My recent post Komentator Tegar Ogos 2012
Terima kasih dengan info ni...sangat berguna..
My recent post Tips Penjagaan Gigi Kanak-Kanak
1 reply · active 656 weeks ago
lepas ni kita boleh gunakan saluran yang ada ni utk buat aduan :)
My recent post Info: CFM bantu pengguna
thanks..info yg sgt berguna..
My recent post Tonton Online Drama Adam & Hawa Episod 5
1 reply · active 656 weeks ago
sama- sama :)
My recent post Info: CFM bantu pengguna
Memang ramai yang tak tahu pasal CFM nih. Lepas tu mulalah nak meraung2 di FB, Twitter and etc. :)
1 reply · active 656 weeks ago
saya sendiri pun baru tahu, sebelum ni cuma tahu SKMM je, lepas ni boleh gunakan saluran yg betul untuk buat aduan
My recent post Info: CFM bantu pengguna
Terima kasih kongi info yang sanagt berguna ni :-)
My recent post Jualan Buku Kembali Lagi! / The Super Monstrous Book Sale Returns!

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia