Wednesday, January 11, 2017

Renew Passport Antarabangsa Malaysia 2017

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai orang tertanya - tanya bagaimana agaknya proses untuk membuat passport baru atau pun memperbaharui passport.

Ingin saya nyatakan di sini, sangat mudah. Tak perlu risau, tak perlu takut...hehehe.


Syarat -untuk menjadikan proses ini mudah ialah:

1) Datang awal ke mana - mana cawangan Imigresen. Waktu urusan adalah seperti di bawah:





Waktu Urusan - Passport (Boleh rujuk link ini)

2) Sediakan dokumen sebelum datang ke cawangan untuk urusan.

a) Urusan untuk membuat passport kali pertama.


  • kad pengenalan asal
  • satu salinan kad pengenalan
  • gambar akan diambil terus di kaunter. 
  • sediakan duit untuk bayaran passport
  • untuk perempuan yang bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap. Nak selamat, pakai tudung warna hitam. Confirm tak de masalah.

b) Urusan pembaharuan kad pengenalan.


  • kad pengenalan asal
  • passport sedia ada
  • di cawangan, akan ada satu borang untuk di isi. Mudah saja, cuma perlu isikan nama, alamat, no k/p, email dan telepon.
  • gambar akan terus di ambil di kaunter
  • sediakan duit untuk bayaran passport
  • untuk perempuan yang bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap.
  • untuk lelaki, ada disediakan blazer di kaunter. Ini untuk nampak lebih  kemas dalam gambar.



Ini lah kamera yang saya cakapkan. Dah dipasang siap - siap kat kaunter. Anda cuma perlu duduk dan senyum :)


Di kaunter:
  • anda akan diminta untuk scan ibu jari kedua - dua belah tangan. Ini untuk pengesahan maklumat.
  • Kemudian, pandang ke kamera untuk ambil gambar. Bagi yang free hair, saya perhatikan tadi pengawai akan minta anda kemaskan rambut. Pegawai juga akan memastikan rambut tidak melindungi muka anda.
  • Akhir sekali, pegawai akan print borang permohonan, periksa maklumat anda dan kemudian tandatangan di borang tersebut.
Bayaran:
  • Setelah selesai, anda perlu tunggu nombor giliran di panggil untuk membuat bayaran. Sekarang passport valid untuk 5 tahun. Harga RM200.
  • Boleh lihat senarai penuh bayaran seperti di bawah:


Passport siap dalam masa 1 jam selepas bayaran dibuat. Anda akan diberikan slip seperti dibawah. Di atas ada dinyatakan masa anda membuat bayaran.

Lebih kurang sejam daripada masa ini, anda boleh datang semula untuk mendapatkan passport yang dah siap. Jadi boleh la pergi makan dulu ke, jalan kat mana - mana dulu. Sejam tu cepat je, saya punya passport hari ni, kurang dari sejam dah siap.

Mungkin sebab orang tidak ramai, jadi proses cepat. Alhamdulillah dah dapat passport baru.



Betul kan saya kata, proses dah mudah sekarang, dah tak leceh macam dulu - dulu. Jadi kalau siapa - siapa nak renew passport boleh lah ke cawangan Imigresen berhampiran atau kalau anda tinggal dekat dengan UTC, boleh juga ke sana. Boleh semak di sini untuk maklumat lanjut  alamat dan lokasi Imigresen

Comments (26)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Ahad lepas renew Passport di UTC Keramat.
4 replies · active 365 weeks ago
this wheels were faraway from a rollerskate then added into a plank, a move that had been influenced by means of surfers in addition to their prefer to recreate this surfing motions on area. Both doable origin theories are argued with historical text messages, magazines, and even within the big tv screen in documentaries together with out within the street.pas cher hoverboard
Nk tanya perlu bwak gambar passport sendiri tak?
1 reply · active 394 weeks ago
Nk tanya, anak I skrg umur 20 tapi IC dia adalah umur 12 yg buat. Blh disahkan utk buat passport ke tak?
Untuk mereka yang nak dapatkan tourist visa online, boleh hubungi Evisa Asia.

Check out FB Page: evisaasia
pasport lama kene bawak ke
1 reply · active 379 weeks ago
I Loved this Blog. Thanks for sharing.
Kalau masalah thumb print tak boleh detect?
Bagaimana?
5 replies · active 366 weeks ago
The regarded values would help students to bring around all those evident prospects which by the time and meaning they must needed to regard.
kalau passport lama tak jumpa, macam mana eh?
1 reply · active 369 weeks ago
Pembaharuan until Orang Sarawak perlu ada sijil kelahiran, umur 19.
Pembaharuan untuk org Sarawak berumur 19 perlu ada sijil kelahiran ?
Suratman Abdullah's avatar

Suratman Abdullah · 349 weeks ago

Kalau pelanggan cuma saya seorang adakah pihak imigresin perlukan masa sejam utk pembaharuan pasport saya
SUPAAT HAMZAH's avatar

SUPAAT HAMZAH · 349 weeks ago

kalau nama di senarai hitam boleh ke nak renew passport

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia