Saturday, March 3, 2012
Tengah cari rumah...mari pergi ke MAPEX 2012
Salam semua,
Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Moga berbahagia di samping keluarga tersayang. Jadi apa program cuti hari minggu anda. Jika anda tidak ada apa - apa rancangan yang menarik apa kata pergi ke pameran hartanah di Mid Valley - MAPEX 2012.
Maklumat berkaitan dengan pameran seperti berikut:-
Tarikh : 2/3/3012 - 4/2/2012
Masa : 10 pagi - 9 malam
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre (Level 3)
Memang banyak syarikat -syarikat perumahan menawarkan rumah - rumah menarik untuk pilihan anda. Terdapat juga wakil dari pihak bank, jabatan kerajaan, KWSP dan lain - lain agensi yang menyertai pameran ini.
Lokasi perumahan yang di tawarkan antaranya Puchong, USJ, One South (dekat dengan tol sungai besi), Damansara, Sungai Buloh, Kajang dan Putrajaya / Cyberjaya. Terdapat juga lokasi di luar Selangor seperti projek perumahan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.
Saya sudah pergi semalam, masa nak cari tempat letak kereta memang cabaran, semua parking kat Mid Valley telah penuh, pusing hampir satu jam baru dapat parking. Ingatkan pergi hari jumaat, tengah hari tak lah ramai orang, rupanya penuh parking di sana.
Jadi jika anda ada masa apa kata pergi ke pameran ini, mana tahu jumpa rumah yang berkenan di hati dan menepati ciri - ciri yang anda cari.
Maklumat lanjut: REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia)
Bersiar - siar di Tanjung Aru,
Singgah sebentar bermain air,
Begitu banyak rumah idamanku,
Sehingga hati hampir cair.
Comments (22)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
wah beli kimmie jangan tak beli
My recent post Kereta proton terbaru 2012 P3-21A
My recent post Kereta proton terbaru 2012 P3-21A
nak cari parking kat midvaller mmg sgt2 susah..tak suka..huhu..
My recent post Theme WordPress Mesra SEO
My recent post Theme WordPress Mesra SEO
cari rumah area Puchong~dekat dengan saya :)
My recent post medium for sharing
My recent post medium for sharing
hoyeahh.. lets go to zoo... har3
My recent post Budak 1 tahun main drum - superb
My recent post Budak 1 tahun main drum - superb
petang petang bw kesini
sambil singgah entri kimmie ,
jauh sungguh tempat rumah ni
macam tk sesuai dengan puanbee
sambil singgah entri kimmie ,
jauh sungguh tempat rumah ni
macam tk sesuai dengan puanbee
pagi - pagi pekena maggi,
semerbak harum memikat selera,
rumah dekat memang susah nak cari,
tinggal yang jauh pilihlah saja
semerbak harum memikat selera,
rumah dekat memang susah nak cari,
tinggal yang jauh pilihlah saja
Siapa yang tak mahu memiliki rumah idaman hati, sekarang ni rumah yang mampu milik dah sukar hendak dimiliki, Banyak syarat-syaratnya.
nak beli rumah kena buat pinjaman..tapi gaji mesti lebih blh suport byr bulan2 nad cukaia bagi heee
npe cri umh sewa?umh sewa lama tak baguh ker heee...
Mungkin rezeki belum timbul lagi untuk memiliki rumah idaman ... isk..isk..isk.. :(
My recent post MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012
My recent post MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012
Mid Valley memang macam tu susah nak cari parking kereta. Ada baiknya naik komuter sebab stesen betul2 di tepi Mid Valley.
My recent post MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012
My recent post MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012
dr PJ satu hal pulak nak cari komuter, jauh pulak pusing nnt.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Tengah cari rumah...mari pergi ke MAPEX 2012
2012-03-03T23:48:00+08:00
akusipeminatbuku
informasi|Life|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)