Wednesday, November 9, 2011

Salam Aidiladha

Salam kawan-kawan....lama aku tak menulis kat blog ni, maklumlah cuti utk sambut Hari Raya Aidiladha. Macam mana sambutan korang semua, meriah?? Aku macam biasa je, lagipun kat kampung sekarang musim hujan..jadi tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, selain daripada duduk diam-diam dalam rumah. Tahun ni tak banyak org buat korban kat kampung aku, walaupun begitu, aku tetap dapat makan daging korban. Kadang-kadang aku pun tak faham, apa istimewanya daging korban tu? Kalau nak ikutkan taraf hidup aku ni, bukanlah dikategorikan  org yg tak pernah makan daging, tapi tiap kali tiba masa kita menyambut hari raya korban, mesti ada perasaan teringin untuk makan daging korban tu. Pelik kan....kenapa ini terjadi pada aku? Aku tak tahu la kalau korang pun ada merasakan perasaan yang sama.

Tujuan asal korban ialah untuk mengajar diri kita supaya menghargai apa sahaja yang kita sayangi, dengan berkorban kita dapat menolong orang miskin yang dalam kesusahan. Setiap kali Hari Raya AidilAdha disambut, maka ramai lah orang-orang yang bermurah hati akan menyedekahkan lembu, kerbau atau kambing untuk dibuat korban, dan daging-daging ini diberikan kepada penduduk setempat. Masa ni mmg akan ada rasa...."aku dah tak nak makan daging lagi" sebab terlalu banyak daging korban yang kita dapat. Yelah dah orang bagi, takkan kita nak menolak pulak rezeki yang datang. Tapi kenapa hanya bila tiba Hari Raya AidilAdha sahaja ramai orang yg bermurah hati muncul???? Cuba fikir..

Pernah kah kita terfikir, apakah kita hanya mampu berkorban dari segi harta benda, bagaimana kalau suatu hari nanti, kita perlu berkorban lebih dari itu? Mampukah kita berkorban? Mampukah kita melakukan seperti mana Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail? Sebenarnya, sama ada perasan atau tidak, kita telah berkorban setiap hari, setiap masa, cuma sebanyak manakah kita berkorban, itu hanya diri kita sendiri yang boleh mengukurnya.


Semoga Hari Raya AidilAdha tahun ini lebih bermakna buat kita semua, bukan hanya sekadar sambutan dan tradisi semata-mata. Setiap apa yang kita lakukan, perlu diambil pengajaran dan peringatan untuk masa akan datang.


~~Selamat Hari Raya AidilAdha~~

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia