Salam semua,
Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi rasa dan cerita kehidupan saya. Walaupun mungkin tidak menarik mana, tapi saya rasa ianya tetap sesuatu yang mungkin dapat membantu orang lain di kemudian hari. Seperti biasa, sekarang ini masa di blog sangat terhad, banyak masa dihabiskan dengan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Semester ini lebih sibuk berbanding semester lepas kerana saya mengambil 5 subjek iaitu ekonomi, perlakuan pengguna, pengurusan sistem maklumat, analisis dan pengurusan operasi. 4 daripada 5 subjek ini, saya hanya belajar dalam masa 7 minggu, kemudian melalui peperiksaan dan membuat presentation untuk tugasan yang diberikan.
Untuk subjek ekonomi, kumpulan saya telah memilih tajuk ambil alih Esso oleh Petron. Syukur alhamdulillah semuanya telah selesai. Sebelum selesainya tugasan dan presentation untuk tajuk ini, hidup saya seakan ditemani oleh 'Petron'. Bangun tidur ingat Petron, nampak stesen minyak pun ingat Petron. Begitu fanatik seketika kepada Petron...hehehehe.
Minggu ini saya sedang membuat tugasan untuk subjek pengurusan operasi dan untuk subjek ini saya telah mendapat case study bertajuk 'Cardoso'. Jadi sekarang fokusnya kepada 'Cardoso', masih terkial - kial hendak membuat slide presentation untuk case study ini. Bila pulang dari kerja, dalam perjalanan asyik teringat tentang case ini saja, sambil berfikir apa yang perlu ditambah dalam setiap jawapan dan cadangan yang telah diberikan.
Bila kena selesaikan case study ini, rasa macam mencabar pulak, masa dalam kelas dengar pensyarah mengajar, rasa macam senang je subjek ini. Erm...bila dah dapat tugasan baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Walau apa pun, saya akan terus berusaha untuk menyelesaikan tugasan ini dengan baik (99.99%).