Tuesday, December 20, 2011

Musim Perayaan dan Harga Barang

Salam semua,


Musim perayaan tiba lagi, seperti tahun - tahun sebelumnya, isu yang menjadi keutamaan apabila tiba musim perayaan ialah harga barang keperluan. Dua perkara yang sinomim dan sangat mendapat perhatian daripada pengguna - pengguna di Malaysia. Pada musim ini, KPDNKK perlu bekerja keras untuk memastikan semua peniaga mematuhi dan mengikuti penetapan harga yang telah ditetapkan oleh kementerian. Sempena sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang, KPDNKK telah menetapkan 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga. Kawalan harga ini ditetapkan selama 5 hari bermula 25 - 27 Disember 2011. (rujuk kosmo online untuk artikel penuh)

                  Lagu Hangat dari Hot Chelle Rae - I Like It Like That!

Kita sebagai pengguna perlu tahu akan senarai barang yang telah ditetapkan sebagai barang kawalan dan apakah harga maksimum untuk barang tersebut. Maklumat ini penting supaya kita tidak ditipu oleh peniaga - peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang sempena musim perayaan ini. Sekiranya kita berdepan dengan peniaga - peniaga yang cuba mengambil kesempatan, sila laporkan kepada KPDNKK.
(Aduan kenaikan harga barang)

Sebagai pengguna bijak, kita perlu mengetahui hak sebagai pengguna. Gunakan kuasa pengguna untuk mengurangkan kuasa monopoli peniaga.


Sedikit maklumat yang mungkin berguna untuk dikongsi "jenis - jenis tuntuan yang boleh dilakukan"

Kalau anda rajin boleh menyertai Kajian Impak Kempen Beli Barangan Malaysia, saya dah memberikan maklum balas saya, semoga maklumat yang kita berikan dapat membantu meningkatkan lagi impak kempen ini.


Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
harga brg sekarang makin lama makin naik...

jangan time musaim raya nk dtg je bru nk wat kawalan harga barang...patut bende ni kne buat selalu...
My recent post Semak Keputusan PMR 2011 Khamis Ini 22.12.11
1 reply · active 693 weeks ago
pemantauan perlu berterusan dan diperketatkan, klu tak ramai tak ikut arahan yg dikeluarkan.
Sakit hati kan bila ada hari perayaan harga naik, dgn alasan stok sikit, padahal sorokkan barang. Kadang2 tu kerajaan siap thambah stok lagi, import dari luar negara. Tapi masih mahal. Kena ada pantauan yg berterusan, kenakan tindakan yg tegas
My recent post Kos Haji Semakin Rendah Dengan Dinar
3 replies · active 693 weeks ago
betul tu, mereka tahu time ni org ramai akan beli byk brg keperluan, so time2 mcm ni la nak untung lebih. Bab yg sorok stok mmg menyakitkan hati.
aku pernah beli minyak masak..punya la cari kita ni, tanya dia rupanya dia simpan dalam stor..minyak yang mahal je letak kat luar.
My recent post Nasihat dan Peringatan Buat Mahasiswa
tu yg sgt geram ...suka2 hati sorok stok
Apa kata kalau kita tak payah sambut perayaan. :)
1 reply · active 693 weeks ago
tak meriah la klu takde perayaan
My recent post Musim Perayaan dan Harga Barang
betul tu dah jadi kebiasaan, peniaga mahu untung lebih, nak duit raya.
My recent post First Impression Penting Untuk Blogger
1 reply · active 692 weeks ago
biasalah tu..peniaga pun nak untung lebih gakk..
My recent post Komisen ke 12 dari Innity
1 reply · active 692 weeks ago
untung byk dah diorg ni ...sekali sekala kesian la dgn pembeli
pemiaga di malaysia suka ambil kesempatan menaikkan harga barang
My recent post RUMAH INI RUMAH KITA
1 reply · active 692 weeks ago
tiap2 tahun pun mcm tu..
mungkin sebab keperluan rumah bukan saya yg jaga, jadi macam tak tahu sangat kes barang naik ke turun.ok tak senonoh.hehehhee
My recent post Apa Kelayakan Untuk Menjadi Blogger?
1 reply · active 692 weeks ago
klu duduk dgn family mmg jarang beli brg keperluan. Macam saya duduk bujang, so kena beli barang sendiri, jd mmg tahu jugak perkembangan harga barang2 ni.
betul. sebagai pengguna perlu bijak dan jangan terlalu ikut rentak peniaga yang cuma berminat dengan keuntungan semata-mata
My recent post Kad Kredit & Kuasa
1 reply · active 692 weeks ago
ye...mari jadi pengguna yg bijak...dapatkan maklumat yg tepat utk buat pilihan yg bijak
My recent post Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia