Thursday, December 22, 2011

Aplikasi Mesej Keselamatan khas untuk wanita

Salam semua,

Pagi ni aku telah terbaca satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Sebuah pertubuhan di  India,  Whypoll telah mencipta satu aplikasi untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pengguna dapat menghantar satu pesanan kecemasan SOS dengan hanya menekan satu butang di telepon bimbit mereka. Aplikasi yang dinamakan 'Fight Back' ini dapat menghantar pesanan SMS, emel dan Facebook kepada penerima.


Kredit : Kosmo




Aplikasi ini dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS) untuk mengenalpasti lokasi penghantar dan seterusnya penerima dapat datang untuk memberikan bantuan.

New Delhi India merupakan salah satu bandar yang  tidak selamat. Kata pengasas Whypoll, Shweta Punj

"Saya membesar di sini dan ia sebuah bandar raya yang tidak selamat. Keadaan di sini menjadi semakin teruk. Sebagai wanita, anda berasa tidak selamat apabila berada di jalanan"

Mengikut statistik tahun lepas, sebanyak 489 aduan kes rogol dilaporkan yang mana meningkat daripada 459 kes pada tahun 2009.

Artikel penuh sila rujuk kosmo online.

Kredit: Kosmo Online

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
oh bagus tapi takut salah guna atau tertekan butang pulak...wanita digalakkan bawa spray minyak wangi sembur muka individu yang berniat tak baik...macam2 aplikasi dan kaedah yang diusahakan untuk melindungi wanita...
My recent post Guna semula Konserto Terakhir
1 reply · active 692 weeks ago
hopefully tak disalah gunakan..:).

Lagi satu boleh bawa spray serbuk lada
sebuah aplikasi yg baik
My recent post Review dan Sinopsis Filem Songlap
1 reply · active 692 weeks ago
senang kan skrg semua orang ada handphone.
kalau hp tiada GPS, xboleh guna app. ni?
applikasi yg sangat baik cuma
dlm keadaan panik, dah kena pegang, belum tentu sempat nak tekan butang
My recent post Semak Keputusan PMR 2011 Abang Secara SMS
3 replies · active 692 weeks ago
app ni utk smartphone, jd sebilangan org je la yg boleh guna. klu dlm keadaan panik, mungkin agak susah, biasanya klu dah panik apa2 pun x ingat dan tak boleh nak buat.
sebab itu org selalu sebut, dalam apa2 situasi pun kena bertenang.hehehhe. tapi mmg xpernah dengar plak apps ni.
My recent post Doa Mudah Dapat Kerja
apps ni baru je dikeluarkan ...tp dlm byk keadaan kecemasan, susah nak tenang...:)
sokong dengan DH..kalau dalam keadaan panik memang otak akan blank tak tahu nak buat apa..member pernah kena rompak tengah jalan, yang lain-lain hanya mampu tengok je sebab tak tahu nak buat apa..
1 reply · active 692 weeks ago
Mungkin kalau dah selalu sgt mengalami keadaan panik, baru kita boleh lebih tenang kot. ada sesetengah org, nmpk tenang di luar, tp sgt cemas di dalam hatinya.

kalau first time mengalaminya mmg panik.
pergi mana bawak myk wangi dan spry ke muka mereka heeee
1 reply · active 692 weeks ago
bagus tu langkah berjaga-jaga
syukur bumi Malaysia juga di kira slmy di diami..
1 reply · active 692 weeks ago
alhamdulillah...kawasan tmpt tinggal saya selalu ada pondok polis bergerak, jd rasa lebih selamat
siapa penerima bagi pesanan ringkas tu ye?
cepat ke respons dia.. rasa-rasanya idea dan sistem kerja dia realistik ke?
1 reply · active 692 weeks ago
saya cuba mencari jawapan yg tepat untuk soalan ini, tp tak jumpa yg betul2 menerangkan bagaimana app ini berfungsi. Secara dasarnya app ini dihubungkan dengan contact yg ada dalam senarai pengguna (seperti alamat email atau FB).

Pd pandangan saya kalau senarai contact yg akan menerima SOS ni boleh ditetapkan lagi bagus, klu pesanan ini dihantar kpd semua rakan2 di FB atau semua senarai email yang ada takut proses penghantaran akan jadi lebih lama.
My recent post Taman Tamadun Islam
macam best aje menda nih. hehe..
My recent post Sah! Hutang PTPTN aku dah habis..
1 reply · active 692 weeks ago
nnt boleh cuba, app ni ada dlm english ver.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia