Thursday, December 8, 2011

Minggu yang mencabar untuk aku.

Salam semua,

Bagaimana anda semua melalui minggu ini? Aku melalui minggu ini dengan berbagai - bagai perkara yang tidak dijangka. Ada yang baik dan ada yang kurang baik (aku lebih suka gelarkannya sebagai cabaran). Cuaca minggu ini seperti mengerti apa perasan yang aku rasai. Ada masanya panas, ada masanya mendung dan ada kalanya hujan lebat. Kalau diikutkan, hidup kita memang ada pasang surutnya, tidak akan gembira setiap masa, pasti ada kesukaran yang perlu kita tempuh. Cuba bayangkan, kalau setiap detik dan ketika, kita hanya merasai kegembiraan, pasti sampai suatu masa kita sudah tidak mengenal apa itu perasaan gembira dan suka.



Jadi setiap apa yang berlaku pasti ada sebab yang munasabah dan sebagai manusia, kita perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Semoga dengan setiap pelajaran yang kita perolehi kita akan menjadi manusia yang lebih baik. Dalam Al - Quran Allah S.W.T ada menyebut iaitu dalam surah 54, ayat 17, 22, 32,40 dan 51 (sila rujuk tafsir Al-Quran untuk maklumat lanjut) .  Firman Allah ini menyeru supaya kita sebagai hamba Allah sentiasa mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Jadi jangan bersedih jika kita melalui kesukaran, kerana Allah pasti ingin kita belajar sesuatu daripada peristiwa tersebut.

Jadi antara perkara yang berlaku dalam minggu ini, yang paling penting ialah berita gembira yang telah aku perolehi apabila diumukan sebagai pemenang dalam satu contest yang dianjurkan oleh blog zulseffort. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Terima kasih kepada tuan punya blog, hadiah sudah diterima. Perasaan sangat gembira sebab menang, masa mula - mula nampak nama aku dalam senarai pemenang seperti tak percaya, tapi memang betul....aku menang...hehehehehe

contest ini anjuran bersama paihujey juga yanmie

Untuk pengetahuan anda semua, zulseffort ada menganjurkan contest lagi...jom tengok kat sini kalau nak tahu macam mana nak menyertai contest tersebut. Blog yanmie online pun ada giveaway (entri)...aku dah menyertainya...korang tunggu apa lagi..jom la meriahkan giveaway ni...

Juga di blog cikgu naman  (entri),  di blog puanbee (entri), blog anastasyea (entri)....wah banyak nya yang aku dah sertai. Orang kata ....sambil menyelam minum air, macam contest - contest ni, mungkin ada peluang untuk menang, tapi kalau tak menang pun tak pe...sebab yang penting  dapat jumpa dan kenal dengan blogger - blogger lain. Boleh bina network, dapat traffik masuk  dan macam - macam kebaikan lagi la. Kalau menang hadiah kira macam dapat bonus la kan.

sekadar gambar hiasan...:)


Erm...seronok rasanya bercerita tentang contest - contest ini. Aku rasa itu je lah yang ingin dikongsikan untuk hari ni. Sebelum aku terlupa, mungkin anda tertanya - tanya....apa perkara yang sukar telah berlaku kepada aku minggu ini, jawapannya ialah pasal kerja...ada masalah yang tidak disangka - sangka terjadi...memang rasa nak tercabut jantung masa dapat tahu pasal perkara ini, tapi semua dah ok...dah selesai. Biasalah kerja ..kalau tidak ada cabaran...bosan pula nanti. 


Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Uiyoo.nanti cite la hehehe
My recent post Boku to Star no 99 Nichi
1 reply · active 694 weeks ago
takde la cite yg best sgt pun...hehehehe
Btw OMEDETOUUUUU :)
My recent post Boku to Star no 99 Nichi
1 reply · active 694 weeks ago
rajinnya join contest.. :)
1 reply · active 694 weeks ago
join je....memeriahkan contest tu..:)
kontest kat yanmie tu dah tahu pemenang..dah tengok belum?
My recent post Ingatlah Orang Yang Tersayang, Berhati-hatilah Di Jalan Raya
3 replies · active 694 weeks ago
dah tgk...takde rezeki nmpknya nak rasa macaron tu...hehehhee
sama la..kalau banyak duit boleh beli sendiri..tapi tunggu jela dulu..
My recent post Perkara Yang Tidak Diingini Bila Berblogwalking
takpe..tunggu kak yan buat giveaway lagi...hehehehe
My recent post Lagu paling memberi makna minggu ini

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia