Saturday, December 17, 2011

Apa yang aku buat

Salam semua,

Seperti biasa, setiap hari sabtu aku akan kelas untuk menyambung pengajian. Untuk semester ini aku mengambil 3 subjek. Setiap subjek aku akan mengikuti kelas selama 3 jam. Kelas aku bermula seawal 9.00 pagi, masih segar dan bersemangat. Kelas pertama berkisar tentang kepimpinan, pensyarah aku seorang yang mempunyai banyak pengalaman kerja. Jadi kelas ini agak menarik kerana beliau sering berkongsi pengalamannya sebagai seorang ketua di beberapa syarikat di Malaysia. Penceritaannya memang memberi kesan, sampai ada masanya aku terpikir nak pergi minta kerja dekat syarikat yang dia pernah kerja dulu.. :).

Kelas kedua bermula pada pukul 12 tengah hari, nasib baik ini kelas akaun, ada pengiraan jadi kurang sikit cabaran sebab bila buat kira - kira ini otak kita berfikir lebih laju dan mata tidak mengantuk. Mata memang menjadi cabaran besar kepada aku terutama bila kelas tengah hari. Jadual kelas aku ini memang memahami la, sebab meletakkan subjek akaun pada waktu tengah hari. Kira selamat la :)

Apa yang tidak kena ialah kelas terakhir, bermula pada pukul 3 petang. Kadang - kadang tu, aku kesian dengan pensyarah, sebab dalam kelas ini respond daripada semua pelajar memang paling sikit. Aku rasa anda boleh agak sebab apa, kelas paling akhir, hari dah petang, otak dah penat belajar selama 6 jam sebelumnya. Pensyarah pun selalu cakap dalam kelas dia, "saya faham, semua dah penat, tapi tolong tahan dan beri perhatian untuk apa yang saya ingin sampaikan". Mungkin sebab banyak teori yang ingin disampaikan, itu yang agak membosankan dan menidurkan ramai pelajar dalam kelas ini. Apa yang aku suka ialah bila pensyarah mula kaitan teori itu dengan pengalaman dia bekerja. Bila dia mula berkata "Dulu masa saya bekerja di..." automatik mata aku cerah...fokus dengar cerita dia.

Aku cuba mengambil langkah yang pelbagai dalam mengelakkan aku tertidur atau menguap dalam kelas ini. Apa yang aku buat ialah aku cuba pelbagaikan penulisan nota dan kadang - kadang kalau topik itu boleh ditafsirkan kepada bentuk lukisan, aku lukis apa yang pensyarah itu cerita. Untuk hari ini, aku ambik nota dengan menggunakan tulisan seperti di bawah:-

* dah tulis macam ini baru kurang sikit mengantuk

* tapi tetap ada salah...perasan tak apa yang aku salah eja??

Sebelum ni aku ada cuba mentafsirkan apa yang disampaikan oleh pensyarah ke dalam bentuk lukisan (lihat sini), tapi aku kurang berbakat melukis...jadi tak de lah cantik sangat lukisan tu :) Inilah apa yang aku buat untuk mengurangkan kadar atau potensi tertidur dalam kelas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia