Friday, December 16, 2011

satu kisah untuk dikongsi bersama

Salam semua,

Semoga anda semua sihat dan bersemangat di hari Jumaat yang indah ini. Hari ini aku nak berkongsi dengan anda, tentang satu peristiwa yang agak menarik berkaitan dengan merajuk. Pagi tadi aku dengar di radio, sebuah artikel di surat khabar menyatakan bahawa sikap merajuk ini sesuatu yang positif. Aku cuba mencari artikel tersebut, tapi tak jumpa pula. Di radio tadi tidak ada pula di sebut artikel dari suratkhabar mana, jadi aku telah menggunakan google search masih tidak dapat cari artikel tersebut.Sayang tak dapat nak kongsikan artikel tersebut dengan anda semua.



Seperti yang kita ketahui, ramai orang menyifatkan sikap merajuk ini merimaskan terutama kepada lelaki. Bila merajuk dah nak kena pujuk, memang leceh. Aku merupakan seorang yang tak suka nak pujuk kalau orang dah merajuk. Lagi satu kalau kita tidak tahu sebab apa orang tu merajuk, lagi la haru biru.

Satu peristiwa pernah terjadi kepada aku masa di universiti dahulu. Pada minggu terakhir sebelum tamat pengajian, aku sibuk mengemas bilik dan memasukkan barang - barang dalam kotak untuk diangkut ke rumah pak cik aku. Tiba - tiba kawan sebilik aku bersiap untuk keluar tanpa berkata apa-apa. Kami boleh dikatakan rapat, jadi biasanya kalau nak keluar memang berdua la. Kalau tidak pun akan bagi tahu nak ke mana. Jadi pada petang tu, dia keluar tanpa meninggalkan pesan, aku pun tak kisah la mungkin dia nak cepat. Tak sampai 5 minit, dia telepon aku, katanya "nak ikut tak, nak pergi (dah tak ingat nama tempat)
 ini" dengan nada tegas. Lepas tu aku cakap tak pe la, aku nak angkat barang, kejap lagi pakcik aku sampai.

Masa tu aku memang rasa pelik, dengan nada suara yang seakan marah, aku mula berfikir apa yang aku dah buat. Rasanya semalam dah bagi tahu dia yang aku nak angkut barang hari ni. Kes tu berakhir di situ sebab lepas angkat barang aku terus ke rumah pak cik aku. Lepas tu kitaorang memang tak jumpa. Berhubung semula bila dah dekat nak konvo. Masa tu masing - masing tak tanya pun pasal kes yang terjadi. Lepas bertahun - tahun baru aku tanya dia, apa yang jadi masa tu. Dia cakap dah tak ingat, jadi lupakan je la peristiwa tu.

Kawan - kawan aku memang tahu yang tak guna merajuk dengan aku, sebab aku memang tak akan pujuk, melainkan diorang bagi tahu apa yang salah atau tak puas hati tu. Lagi senang nak selesai masalah. Kalau diam tanpa bicara, aku anggap yang diorang memang tak de mood nak bercakap hari tu. Senang je kesimpulan aku.

Akhir kata aku nak cakap kat sini, disebabkan aku tak suka orang merajuk dekat aku, jadi secara automatik aku pun tak boleh merajuk kat orang. Mungkin ada kesan positif di sebalik rajukan setiap orang. Apa kata anda kongsi kan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia