Hari dah menginjak ke tarikh baru 7/12/2011, tapi aku masih belum tidur disebabkan kesukaran yang aku alami untuk memahami satu artikel berkaitan dengan Management Accounting. Aku memang tidak ada asas dalam bidang akaun, juga tidak ada asas dalam bidang ekonomi, tapi sekarang aku sedang belajar sesuatu berkaitan kedua-duanya.
Artikel yang aku baca ni bertajuk "How Cost Accounting Distorts Product Costs" oleh Robin Cooper and Robert S.Kaplan. Secara asasnya apa yang aku faham, artikel ini membincangkan bagaimana sesebuah syarikat itu boleh mengalami kerugian atau keuntungan disebabkan pengiraan kos produk. Sekiranya pengiraan kos produk tepat atau hampir tepat, syarikat boleh menjana keuntungan yang lebih baik, juga boleh menyediakan strategi pemasaran yang berkesan. Kos sesuatu produk bergantung kepada pelbagai faktor antaranya kos bahan mentah, kos tenaga kerja dan overhead cost.
Untuk mendapatkan sesuatu kos produk, kita tidak boleh menunggu kos sebenar, biasanya pengiraan akan dilakukan dengan menggunakan kos anggaran setiap faktor yang terlibat. Apabila pengiraan dilakukan menggunakan nilai anggaran, maka ketepatan setiap nilai anggaran akan dipersoalkan. Pendapat daripada pakar - pakar akademik dan pakar - pakar ekonomi menyatakan bahawa variable cost adalah yang paling relevant untuk membuat keputusan berkaitan kos produk. Ini semua disokong oleh pelbagai teori yang telah mereka demostrasikan.
Penulis artikel ini telah membuat kajian di 20 syarikat yang berkaitan untuk mengkaji How Cost Accounting Distorts Product Costs. Berdasarkan tinjauan yang mereka lakukan, terdapat beberapa isu yang menjadi keraguan dalam ketepatan sesuatu kos produk. Antara isu yang dibangkitkan ialah, terdapat syarikat yang tidak dapat memberikan justifikasi yang tepat tentang bagaimana mereka mengenalpasti dan membuat keputusan untuk menetapkan tanda aras (cutoff point) sesuatu margin untuk produk tersebut.
Isu kedua pula, terdapat perbezaan antara apa yang dilaporkan atau dianggarkan dalam CA berbanding dengan situasi sebenar produk tersebut dipasaran. Sekiranya perkara ini berlaku, mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada sesebuah syarikat tersebut. Masalah lebih buruk apabila tidak ada sesiapa yang dapat menjelaskan perbezaan tersebut.
Perkara seperti ini mungkin berlaku kerana CA atau MA (Management Accounting) tidak mempunyai satu standard yang perlu diikuti. Setiap syarikat mempunyai cara tersendiri untuk mengira produk kos mereka dan faktor - faktor yang diambil kira juga berbeza.
Sudah hampir pukul 1 pagi ...dan ini je yang aku faham daripada artikel yang ada 8 muka surat. Doakan aku dapat faham lebih lagi berkaitan artikel ni ye...semoga tugasan yang diberikan dapat aku siapkan dengan sempurna.
"Penafian: Apa yang aku tulis di atas adalah apa yang aku faham, bukan untuk dijadikan rujukan oleh sesiapa. Bertanyalah kepada yang pakar sekiranya anda mencari bahan rujukan untuk subjek Management Accounting ni"