Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Jerebu yang datang



Salam semua,

Gambar ini diambil pada hari jumaat lepas sekitar jam 2.45pm. Jerebu yang melanda telah menjejaskan pemandangan. Nampak macam berkabus. Kebetulan sekarang ini tidak ada hujan, jadi mungkin akan mengambil masa untuk keadaan jerebu ini pulih. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah mengeluarkan perintah larangan pembakaran terbuka, kecuali untuk aktiviti - aktiviti keagamaan dan barbeku. Semoga perintah larangan ini dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran udara di negara kita.

Semoga jerebu akan pergi jua satu hari nanti

Thursday, December 22, 2011

Aplikasi Mesej Keselamatan khas untuk wanita

Salam semua,

Pagi ni aku telah terbaca satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Sebuah pertubuhan di  India,  Whypoll telah mencipta satu aplikasi untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pengguna dapat menghantar satu pesanan kecemasan SOS dengan hanya menekan satu butang di telepon bimbit mereka. Aplikasi yang dinamakan 'Fight Back' ini dapat menghantar pesanan SMS, emel dan Facebook kepada penerima.


Kredit : Kosmo

Tuesday, December 20, 2011

Musim Perayaan dan Harga Barang

Salam semua,


Musim perayaan tiba lagi, seperti tahun - tahun sebelumnya, isu yang menjadi keutamaan apabila tiba musim perayaan ialah harga barang keperluan. Dua perkara yang sinomim dan sangat mendapat perhatian daripada pengguna - pengguna di Malaysia. Pada musim ini, KPDNKK perlu bekerja keras untuk memastikan semua peniaga mematuhi dan mengikuti penetapan harga yang telah ditetapkan oleh kementerian. Sempena sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang, KPDNKK telah menetapkan 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga. Kawalan harga ini ditetapkan selama 5 hari bermula 25 - 27 Disember 2011. (rujuk kosmo online untuk artikel penuh)

                  Lagu Hangat dari Hot Chelle Rae - I Like It Like That!

Kita sebagai pengguna perlu tahu akan senarai barang yang telah ditetapkan sebagai barang kawalan dan apakah harga maksimum untuk barang tersebut. Maklumat ini penting supaya kita tidak ditipu oleh peniaga - peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang sempena musim perayaan ini. Sekiranya kita berdepan dengan peniaga - peniaga yang cuba mengambil kesempatan, sila laporkan kepada KPDNKK.
(Aduan kenaikan harga barang)

Sebagai pengguna bijak, kita perlu mengetahui hak sebagai pengguna. Gunakan kuasa pengguna untuk mengurangkan kuasa monopoli peniaga.


Sedikit maklumat yang mungkin berguna untuk dikongsi "jenis - jenis tuntuan yang boleh dilakukan"

Kalau anda rajin boleh menyertai Kajian Impak Kempen Beli Barangan Malaysia, saya dah memberikan maklum balas saya, semoga maklumat yang kita berikan dapat membantu meningkatkan lagi impak kempen ini.


Monday, November 14, 2011

Keajaiban Alam

Salam semua,


Aku telah baca satu laporan kat kosmo pasal tujuh keajaiban alam di dunia. Laporan ini berkaitan dengan satu yayasan New7Wonders yang telah buat satu undian untuk mendapatkan lokasi - lokasi baru yang akan diiktiraf sebagai 7 keajaiban alam sekitar di dunia. Antara tempat - tempat yang telah disenaraikan untuk undian ialah Pulau Jeju Korea, Komodo Indonesia, Hutan hujan Amazon Halong Bay di Vietnam dan beberapa tempat lain lagi. Semuanya ada 28 lokasi yang berjaya disenarikan sebagai finalist untuk diundi oleh seluruh dunia. Aku cuba mencari gambar - gambar tempat ni untuk melihat bagaimanakah keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah ini. Sayangnya tidak ada satu tempat pun dari Malaysia. 




Pulau Jeju...selalu tengok dalam drama korea....cantiknye tempat ni

Friday, November 11, 2011

Berita Harian Online | Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

Berita Harian Online | Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

Musim banjir tiba lagi. Sungai Lembing Kuantan ni mmg kawasan wajib banjir setiap tahun sbb kawasan ni mmg rendah. Kalau korang pernah pergi atau lalu kawasan ni, rumah-rumah kat sini di bawah tebing jalan (kiranya jalan raya lagi tinggi dari rumah). Kesian dengan penduduk-penduduk kawasan ni, yang akan menghadapi banjir tiap kali tiba musim tenkujuh. Macam mana agaknya perasaan org-org kat sini, apa persediaan mereka untuk mengadapi musim banjir.

Aku ada seorang kawan, orang kedah dan rumah dia pun dah 2 tahun berturut-turut dinaiki air. Daripada cerita dia, apa yang diorg lakukan kalau tiba musim tenkujuh ialah masukkan semua barang-barang dalam kotak plastik dan letak atas para. Kat rumah dia mmg ayah dia dah buat para tinggi-tinggi sebagai tempat untuk simpan barang-barang ni. Cuma perabot-perabot seperti sofa, katil, meja makan itu semua mmg tidak dapat diselamatkan la. Tiap kali hujan, diorg mesti berdebar-debar, yelah takut air naik. Bila air dah start naik, cepat je, tak tunggu dah, masa tu apa yang penting selamatkan nyawa dulu.



Aku sendiri tak pernah melalui pengalaman banjir ni, so aku cuma boleh bayangkan je. Korang pernah melalui ke pengalaman kena banjir?? Ce citer.



Thursday, October 27, 2011

Manusia semakin hilang pertimbangan

http://www.hmetro.com.my/articles/2011102701363520111027013635/Article

aku kelaparan, jadi aku tak boleh nak tido, kena cari sesuatu utk makan dulu. Sambil -sambil minum air neslo dgn makan biskut bantal, aku pun baca harian metro online. Tgk muka depan je dah seram sejuk, remaja umor 15 thn kena bunuh....apa yg terlintas difikiran aku masa tu ialah 'manusia skrg makin kejam, makin hilang pertimbangan'. Aku baca berita tu lebih lanjut untuk mengetahui apakan punca remaja itu dibunuh kejam, tapi aku rasa siasatan polis belum lagi menjumpai punca. Aku cuma mampu untuk merasa sedih dengan kejadian yg berlaku. Kalau tgk kepada keadaan sekarang, kes bunuh ni dah jadi macam perkara biasa, tiap2 hari klu baca suratkhabar atau tengok berita kat tv mesti ada. Itu kes-kes yang dilaporkan media je, kes-kes yg tidak dilaporkan, mana kita tahu. Jadi tak kira sesiapa pun, jaga diri anda ok, kalau boleh jaga tingkah laku, percakapan sebab ini semua boleh jadi punca. Kadang-kadang kita tak terfikir pun kerana salah cakap pun orang sanggup membunuh. Itulah manusia pada masa sekarang sudah kurang kewarasan fikiran mereka. Sama ada terlalu tertekan dengan keadaan hidup atau terlalu byk pengaruh yang tidak elok.


~~ Nyawa tiada ganti ~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia