Friday, December 23, 2011

Nak cepat tapi mereka yang lambat

Salam semua,

Dalam entri ini, ingin dikongsikan rasa yang  kalau lagi dipendam mungkin akan meletup dan mengeluarkan lahar yang sangat panas. Ini adalah kisah manusia biasa yang  tidak lepas daripada membuat kesilapan. Rasa marah, geram, sakit hati semua bercampur baur. Hendak dimarah, mereka lagi tinggi pangkatnya , lagi besar pengaruhnya. Entah bagaimana lagi perlu dilakukan supaya mereka faham.

                                                            berjalan untuk kesihatan
Kerja itu tidak akan dapat disiapkan sekiranya mereka tidak membantu, tidak memberi pendapat atau tidak bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan. Apakah sukar benar untuk mereka memberi jawapan kepada pertanyaan daripada orang bawah sepertiku. Cuba melakukan tugas, cuba menyiapkan apa yang mereka pinta, tapi tanpa kerjasama dari mereka, bagaimana semua itu dapat disediakan. Email tidak dijawab, telepon tidak diangkat. Mungkinkah kerana penghantar email adalah seorang eksekutif cabuk yang tidak ada pengaruh.

Kalau ikutkan kata hati, mahu saja dibiarkan sahaja kerja itu. Jika ditanya, akan dikhabarkan pihakku tidak mendapat apa - apa persetujuan daripada apa yang telah aku cadangkan. Jika dijawab begini, maka mereka akan menyatakan, mengapa tidak menghubungi mereka untuk mendapatkan persetujuan. Tidak mahu jadi tidak bertanggungjawab, jadi diusahakan juga supaya mendapat apa yang dikehendaki. Kata kawanku, kadang - kadang ayat aku terlalu 'straight to the point'. Mereka yang berpangkat kadang - kadang tidak boleh menerima ayat - ayat sebegitu. Perlu ada sedikit bunga - bunga dalam ayat tersebut.

Setiap orang lain ragamnya, nak tak nak perlu diikut rentak mereka. Jadi orang dibawah kena pandai membawa diri dan juga perlu tahu menjaga diri daripada tidak dibuli. Seorang kawan pernah memberi nasihat kepadaku "Jangan jadi terlalu rajin kerana kita mungkin akan dibuli dan jangan jadi terlalu sombong kerana kita tidak akan disukai". Perlu bersederhana dalam setiap keadaan.

"Ingin dinyatakan disini, bukan semua mereka yang berpangkat bersifat seperti ini, ada yang bagus dan bertanggungjawab. "


Hayati bait - bait lirik lagu - A.P.I : Pelita

tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui 
selama ini
tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah aku nikmati 
apa ku alami

selagi hayat dikandung badan

takkan ku menyerah kalah
walau mimpiku musnah
harapanku hancur
sayapku patah

kan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas yang terakhir

tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yg telah aku kecapi 
setakat  ini
tiba saatkan ku tangisi 
pada yg kembali takkan kembali
kembali lagi

selagi hayat dikandung badan

takkan ku menyerah kalah
walau mimpiku musnah
harapanku hancur
sayapku patah

kan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas yang terakhir

selagi jasadku belum terkubur
selagi tubuhku belum ditimpa uzur
pantang datuk nenek moyangku berundur

takkan ku menyerah kalah
walau mimpiku musnah
harapanku hancur
sayapku patah

kan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

"Ini hanya sekadar luahan hati, tidak ada kaitan dengan sesiapa pun, cuma apabila sudah diluahkan baru kurang sedikit beban di hati. Kadang - kadang kita tak perlu sebarang penyelesaian cuma perlu luahkan untuk melupakan rasa sakit hati"

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Sabar! Bawak bersabar banyak2. Dalam apa jua keadaan, sabar dan bersederhana tu penting. Ingat satu je, bila kita buat kerja kita nakkan duit gaji yang berkat dan halal. Ayat dari seorang ustaz yang selalu ceramah di masjid kat rumah "Halalkan gaji anda".
1 reply · active 692 weeks ago
terima kasih atas ingatan ini.
My recent post Nak cepat tapi mereka yang lambat
biasalah tu..manusia..memang mudah lupa macam-macam perkara..
My recent post Kerani Bank Wanita maut ditikam 15 kali
1 reply · active 692 weeks ago
semoga satu hari nnt, klu kita yg berada diatas, kita tidak lupa diri.
My recent post Nak cepat tapi mereka yang lambat
betul da tu.bila kte luahkan baru hilang rasa bengkek :))

tiap kali solat try doa lembutkan hati orang atas yang berlagak ni.XDD
My recent post Online test
1 reply · active 692 weeks ago
ye, bila dah luahkan baru rasa lega, baru boleh lupakan perkara2 yg pahit mcm ni.

insya allah akan selalu berdoa dan berusaha utk jd lebih baik.
My recent post Nak cepat tapi mereka yang lambat
itulah dia permainan orang-orang yang berkedudukan.. kita yang biasa-biasa kena ikut rentak mereka pulak
My recent post Perbezaan Antara Riba Dan Jual Beli (Perniagaan)
1 reply · active 692 weeks ago
kadang - kadang tak larat juga nak ikut rentak mereka, tapi bila fikirkan ini kerja dan tanggungjawab kita, sabar kan saja dan terus buat apa yang mampu
My recent post Nak cepat tapi mereka yang lambat
bukan sengaja lambat kot
My recent post Imbas kembali tsunami 2004 di Aceh
1 reply · active 692 weeks ago
bersabar okey^ ^
My recent post Rezeki Seorang Bernama Anzalna Nasir
1 reply · active 692 weeks ago
last week punya cerita...hehehhe..minggu ni start fresh balik
memang dah adat bekerja begini..

ayat berbunga2.. hahha.. lawak lah pulak..
kakyong dulu, memang byk kerja/job perlu follow up dgn bos2 besor, sbb kakyong kerja di HQ.. apa yg boleh kita buat adalah, belajar berbudi bahasa & kerap2 follow up s/usaha nya.. kena lah pro-aktif lebih.. Insya Allah, lama-kelamaan mereka juga akan faham rentak kita bekerja bagaimana..

My recent post Segmen rerama berterbangan - Jan 2012
1 reply · active 692 weeks ago
hehehe...yelah kakyong...mmg kena lebih proaktif lagi. email, email, email dan terus telepon , telepon dan telepon (walaupun x dijawab), smpi diorg bosan tgk nama saya hehehe.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia