Friday, November 18, 2011

hati yang gembira

Salam semua,

apa khabar? harap korang semua sihat sejahtera. Aku sangat gembira sekarang sebab disebabkan beberapa perkara, antaranya aku akan dapat satu penanda buku buatan sendiri daripada contengconteng. Comel penanda buku ini dan aku dapat sebab aku salah seorang yang telah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh blog contengconteng ni. Ingat tak entri aku yang bertajuk 10000 satu makna, walaupun tak menang hadiah utama, tapi tuan punya blog dan isterinya telah bermurah hati bagi penanda buku ni sebagai penghargaan untuk semua yang menyertai peraduan tu. Nak tengok macam mana rupanya sila klik sini (penanda buku).



Satu lagi sebab yang mengembirakan aku ialah, akhirnya aku berjaya siapkan  shell script yang pening aku fikirkan semalam macam mana nak dapatkan output yang dikehendaki. Berkat dorongan yang telah diberikan oleh kawan aku (terima kasih Berry!!), aku berjaya siapkan.

Aku ini bukan seorang programmer, jadi aku memang tidak berapa pandai dalam scripting ini. Disebabkan programmer untuk projek ni dah disuruh buat projek lain, jadi bila ada perubahan disaat-saat akhir, aku la yang kena buat. Nak tak nak aku kena cari jugak jalan macam mana nak siapkan. Aku cari contoh-contoh script kat  macam-macam website, tanya soalan kat forum dan akhirnya aku dapat jawapannya.....jadi bila usaha yang dah lakukan membuahkan hasil, kita secara automatik akan tersenyum puas..betul tak??

ni sengih...:)

Lagi satu....disebabkan pasukan Harimau Malaya yang menang dalam perlawanan semalam, tahniah!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia