Jadi bermulalah penglibatan aku dalam dunia blog, tapi masa tu tak aktif sangat melawat blog orang. Kalau melawat pun tak tinggal kan jejak, jadi mmg tak de orang tahu la blog aku ni. Hehehehe....
Lama jugak lepas tu, aku rasa bosan, sbb macam tak de kawan je kat dunia blog ni. Lama jugak aku tak update blog aku lebih kurang 5 bulan. Salah satu sebab kerana internet kat rumah aku ni perlahan sangat. Daripada ada idea nak menulis terus hilang sbb tunggu page tak loading-loading.
Aku mula aktif balik berblog bulan Oct 2011, sebabnye aku jumpa blog DenaiHati. Dekat blog ni aku mula buat aktiviti melawat dari satu blog ke blog yang lain. Pas tu rasa seronok, bila baca apa yang kawan-kawan blogger tulis, baca komen, tengok contest. Daripada aktiviti blog walking ni lah aku kenal ramai blogger2 lain seperti fakarepain, budak nakal, blackrosehunter, papankekunci, contengconteng dan ramai lagi. Tak larat nak tulis, cuba tengok kat "list blog yang saya ikuti".
Satu perkara yang aku sangat suka dengan blogger - blogger ni, tak kedekut ilmu, sentiasa berkongsi ilmu, berkongsi pendapat dan pandangan. Walaupun perkongsian itu hanya melalui tulisan, tapi dapat rasa kemesraan dan keikhlasannya. Walaupun perkenalan tu tak formal mcm "Salam nama saya kimmie, nama awak siapa?" tapi tetap dapat rasa ketelusan dalam setiap komen yang diberikan. Itulah yang aku rasa, kadang-kadang aku boleh senyum sendiri depan laptop ni bila baca komen-komen kat blog2 ni. Best yer perasaan tu....:)
Akhir kata aku nak ucapkan "Terima kasih kat semua blogger - blogger yang sudi melawat blog amatur aku ni. Terima kasih sebab sudi menerima kehadiran aku dalam dunia blog ni"
~~ Peace~~