Monday, November 14, 2011

Keajaiban Alam

Salam semua,


Aku telah baca satu laporan kat kosmo pasal tujuh keajaiban alam di dunia. Laporan ini berkaitan dengan satu yayasan New7Wonders yang telah buat satu undian untuk mendapatkan lokasi - lokasi baru yang akan diiktiraf sebagai 7 keajaiban alam sekitar di dunia. Antara tempat - tempat yang telah disenaraikan untuk undian ialah Pulau Jeju Korea, Komodo Indonesia, Hutan hujan Amazon Halong Bay di Vietnam dan beberapa tempat lain lagi. Semuanya ada 28 lokasi yang berjaya disenarikan sebagai finalist untuk diundi oleh seluruh dunia. Aku cuba mencari gambar - gambar tempat ni untuk melihat bagaimanakah keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah ini. Sayangnya tidak ada satu tempat pun dari Malaysia. 




Pulau Jeju...selalu tengok dalam drama korea....cantiknye tempat ni







Air terjun Iguazu kat Argentina


Gambar - gambar tempat yang bernama Halong Bay di Vietnam sila tengok kat website ni. Terdapat beberapa lokasi dari Asia seperti Indonesia, Vietnam, India, Korea dan Philippines tersenarai dalam 28 lokasi akhir tersebut. Senarai penuh bagi 28 lokasi yang terpilih sebagai finalist 7 keajaiban alam di dunia boleh tengok kat  website New7Wonders.


Aku rasa kat Malaysia pun banyak lokasi - lokasi menarik yang belum diterokai, erm...korang rasa apa lokasi yang menarik kat Malaysia yang sesuai dijadikan sebagai keajaiban alam??




~~Ciptaan Allah itu memang Ajaib~~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia