Salam semua,
Paling ramai mengalami obesiti....tempat pertama di kalangan negara-negara Asia, bukan sesuatu yang membanggakan. Saya dengar tadi di radio pun dah terkejut, tidak sangka begitu teruk sekali tabiat pemakanan rakyat Malaysia.
Terus terpikir diri sendiri, macam mana tabiat pemakanan saya, sihat ke? Sebelum menunding jari ke arah orang lain, baik ditenung diri sendiri dulu, setiap kali makan ...mesti minum air manis...erm tabiat yg tidak sihat tu...kena berubah. Mengikut laporan dalam akhbar kosmo, kadar pengambilan gula seharian lebih dari yang di sarankan iaitu purata 51gram (yang disarankan 50gram).
Salah satu penyumbang ialah tabiat makan kita sendiri, macam saya sendiri, nak minum air kosong punya lah susah, nak kena paksa, lagi satu bila duduk dalam tempat aircond kita tak terasa pun nak minum air...lepas itu duduk menghadap komputer...erm lagilah...lupa dunia luar. Jadi apa yang saya buat untuk mengingatkan diri supaya minum air kosong ialah dengan meletakkan satu botol air kosong atas meja depan mata. Kalau tak ingat lagi tak tahu la. Kat rumah pun macam tu saya akan letak satu botol air atas meja dalam bilik, jadi sambil - sambil blog walking tu...sambil minum air....hehehehe
ini lah botol air yang banyak berjasa....tgk dah tinggal setengah....
Lagi satu tabiat saya yang rasa kurang sihat ialah suka sangat minum air nescafe ke air milo ke atau air teh panas. Malam - malam wajib minum satu mug, kalau tak minum macam tak cukup sesuatu. Untuk seimbangkan kan keadaan itu, aku akan cuba menghabiskan minum air kosong selepas minum air panas tu tadi. Minum sampai perut kembong, yang penting kena habiskan. Kadang - kadang kena paksa diri, untuk kesihatan diri sendiri juga. Saya sangat sedar tentang perkara ini bila tahun lepas saya kena sakit yang mana pada satu malam tiba-tiba saya tersedar dan merasakan kesakitan yang amat sangat di bahagian belakang.
Masa tu pukul 2 pagi, mula-mula saya ingat pinggang aku terkehel sebab salah posisi masa tidur, tapi bila cuba pusing-pusing, sakit tidak hilang juga. Lebih kurang 15 minit, saya dah tak sanggup menanggung kesakitan tu, jadi saya pun telah meminta housemate, kejut dia minta tolong hantar ke klinik. Nasib baik ada klinik 24 jam kat kawasan tempat tinggal saya. Doktor telah memberi painkiller, tapi tidak berkesan. Semua ubat yang doktor bagi tak jalan.
Esoknya, saya pergi klinik lain pulak, kat klinik ni doktor suruh buat test air kencing dan bila result keluar , erm....doktor cakap saya kena air kencing kotor. Dia cakap saya kurang minum air kosong (memang betul pun cakap doktor tu). Doktor bagi saya ubat untuk lawaskan kencing dan nasihatkan aku minum air banyak - banyak. Sejak hari tu, saya sangat takut untuk tidak minum air kosong. Tak dahaga pun saya paksa minum, tak sanggup nak mengalami kesakitan itu sekali lagi. Sakit tu memag hanya Allah yang tahu. Jadi anda semua pun jangan lupa ye minum air kosong banyak - banyak dan kurangkan gula dalam pengambilan setiap hari.
~~Jom Amalkan Cara Hidup Sihat~~