Tuesday, March 13, 2012

Coretan hati

Salam sejahtera saya hulurkan,
Harap disambut dengan riang,
Sudah beberapa hari kesepian,
Harap idea akan datang.

Bila idea mula kekeringan,
Berbagai bahan bacaan ditatap,
Bermacam berita kedengaran,
Berita pagi ini paling menyentap.

Siapa sangka siapa menduga,
Tidak ada juga yang mengharapkan,
Siapa sangka, nasibnya begitu derita,
Telah dibakar tidak sempat diselamatkan.

Kita yang membaca merasainya deritanya,
Keluarga yang menanggung apa tah lagi,
Kita di sini hanya mampu mendoakannya,
Keluarga Adik Dirang tabah menghadapi.

Segala teka teki terjawab kini,
Adik yang hilang kini ditemui,
Sungguh sedih rasa dihati,
Adik ditemui sudah tidak bernyawa lagi.

Masih ada manusia durjana,
Kejam hati tiada belas kasihan,
Moga tenang adik disana,
Kami semua pasti mendoakan.

Apa yang diinginkan dalam kehidupan,
Oleh orang yang bergelar manusia,
Apa saja sanggup dilakukan,
Orang lain menjadi mangsa.

Cukup rasanya setakat ini,
Coretan saya untuk kali ini,
Cukup sedih rasa dihati,
Coretan ini sekadar berkongsi.

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kimmie,

memang sagt sedih dgn berita tu..

semoga si ibu & keluarga adik dirang di beri ketabahan & kekuatan utk hadapi musibah ini

& menjadi pengajaran buat semua..

My recent post Ipad untuk kanak-kanak : design baru yang lebih menawan
1 reply · active 681 weeks ago
betul tu, sedih dan pilu dengan berita ini. Semoga semuanya tabah dan menjadi pengajaran utk kita semua
My recent post Coretan hati
semoga keluarga adik dirang bersabar dengan musibah ini dan cepatlah tertangkap penjenayah tersebut....
My recent post Anak Meningalkan Ibu Lumpuh Terjawab
1 reply · active 681 weeks ago
semoga yang bertanggungjawab akan mendapat hukuman setimpal
My recent post Coretan hati
dunia makin hari makin celaru. tlalu byk kes melibatkan kanak2.smoga kluarga mangsa tabah mengharungi dugaan
1 reply · active 681 weeks ago
sama - sama kita doakan.
My recent post Coretan hati
itulah mula kes culik, lepas itu saya pelik juga tukar kes jadi orang hilang then kini kes bunuh pula, sangat tragis kes arwah adik dirang...semoga roh di tempatkan di kalangan orang beriman...kanak2 yang belum akil baligh menjadi bidadari syurga yang insyallah meminpin tangan orang yang disayangnya...
My recent post Berakhir sudah drama Vanilla Coklat 2012
1 reply · active 681 weeks ago
kesian betul kan adik dirang ni, akhirnya menemui ajal sebegini. Kejam betul org yg melakukannya.
pelik dan kejam
anak yg tak tau apa2 pula yang dibunuhnya
takziah kepada keluarga mangsa
My recent post Wordless Wednesday #18: Hari Nak Hujan
1 reply · active 681 weeks ago
takziah kpd keluarga adik dirang.
tp dari apa yg dikatakan..disebabkan dendam dgn org lain..anak kecil yg tak berupaya ni menjadi mangsa...
1 reply · active 681 weeks ago
itulah...ada baca juga, kes ni sebab dendam. Kesian anak kecil ini yg jadi mangsa.
dah tak tau la ape nak jadi dengan manusia sekarang ni..padahal dah moden bukanya zaman batu takde law..tapi perangai dah bukan perangai manusia lagi dah
My recent post Jiran Bandar dengan Jiran Kampung
1 reply · active 681 weeks ago
betul tu, kejam sangat, tak macam manusia dah perangai tu.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia