Friday, March 9, 2012

Santai: Pantun Orang Kaya

Selamat Pagi kawan semua,
Mulakan hari dengan baca Kosmo,
Siapa individu paling kaya,
Itulah Carlos Slim dari Mexico.

KLMU ingin beri iPhone 4S..Macam mana??

Pagi hari suasana ceria,
Bila sudah selesai makan,
Pengasas Microsoft tempat kedua,
Bill Gates memang orang kaya.

Ramai sudah datang kerja,
Suasana mula berubah ceria,
Siapa pula di tempat ketiga,
Warren Buffett dari Amerika.

Hotlink BAGUS..Apa itu??

Pagi sabtu kelasku di KL,
Belajar sampai rasa penat,
Penjual barang mewah masih kekal,
Bernard Arnoult dari Perancis di tempat keempat.

Boleh jumpa ramai kawan disini...jom terjah

Dalam senarai yang dikeluarkan,
Ada juga wanita muda yang kaya,
Dapat hasil dari menjual pakaian,
Sara Blakely itulah namanya.

Capture the best moment of your life!

Ramai betul orang kaya,
Nilai asset berbilion dolar,
Mark Zuckerberg pun ada juga,
Pengasas facebook yang glamer.

Jangan anda rasa dan sangka,
Rakyat Malaysia tiada yang kaya,
Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhary tidak dilupa,
Di tangga ke-344 beliau berada.

Habis sudah idea dicari,
Untuk buat pantun ini,
Kalau ingin tahu lagi,
Sila buka Kosmo Online sendiri.

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Nak jugak masuk dlm list tuh... tapi nak jual produk apa ye? :)
My recent post Dulu Android Market, Kini Google Play
1 reply · active 682 weeks ago
jadi blogger yg berjaya...:D, jual niche blog
My recent post Santai: Pantun Orang Kaya
warren bugget ke warren buffet? orang lain ye
My recent post Semakin Besar Pangkat, Semakin Perlu Menunduk Hormat
2 replies · active 681 weeks ago
:D...malu lagi...mcm mana boleh salah eja nama ni...heheheh...dah betulkan..rahsia jgn bagi tahu org lain...hihihihih :)
My recent post Santai: Pantun Orang Kaya
ok..ok..kita rahsiakan..
tak bagi tau orang...
My recent post Anak Ayam Ketawa.
mereka kaya banyak harta
terkenal pula seluruh dunia
kita pun kaya budi bahasa
disukai oleh jiran tetangga
My recent post Lama Tak Jumpa
2 replies · active 682 weeks ago
kaya mereka kerana harta,
kita pula budi bahasa,
apa yang penting berhati mulia,
pasti disukai semua bangsa
My recent post Santai: Pantun Orang Kaya
sy kaya pada senyum blh tak ngheee...senyyum sorg2 kt pjbt adeh bosan bos tak masuk keje tak der...
wah.. suka berpantun mcm bro tehr ya....
kita kaya budi bahasa dah byk bagus.. :D
My recent post Si tanggang moden tinggalkan ibu lumpuh dihotel
1 reply · active 682 weeks ago
sumber inspirasi cikgu tehr ni :D
rajinnya dia berpantun..hii...
My recent post Anugerah Untuk Kami
1 reply · active 682 weeks ago
ada idea...boleh la nak buat pantun
elok juga berpantun kan.. tak payah nak tulis panjang2..

tp jenuh jugak nak dpt idea kan... ;)
My recent post Prestasi blog kakyong[dot]com© - February 2012
1 reply · active 682 weeks ago
betul tu, tp nak fikir idea utk berpantun tu ambil masa juga kakyong :D
isyh mkin asah makin menjdi2 heeee
sy dah ikut mood berpantun.asal di asah adalah idea.klu tak asah otk jdi beku heee
Assalam..
Macam ada yang tak kena je di hujung2 rangkap pantun tu...hehe..
tapi tak pe...bukan senang nak fikir tu..
My recent post Anak Ayam Ketawa.
1 reply · active 681 weeks ago
salam,

hehehe...maklumlah amatur lagi. tak pandai cari pembayang lagi. Nanti usahakan utk tulis pantun yg lebih baik :)

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia