Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Monday, October 22, 2018

MOVIE REVIEW: PASKAL



Aku agak ragu dengan filem ini pada awalnya. Bila tengok barisan pelakon, aduh...Hairul Azreen dah terasa sedikit drop kebarangkalian untuk menonton. Yelah, yelah...don't jugde movie by actor name. ðŸ˜‚
Bila baca ulasan korang semua yang dah pergi menonton, erm tak sabar pula aku nak pergi tengok juga. Jadi, apa lagi beli tiket. Kalau dulu filem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Darah Satria dan Leftenan Adnan antara yang menjadi kegemaran. Nampaknya tahun 2018, boleh tambah lagi 1 tajuk baru. PASKAL.

Pendapat aku, tak rugi bayar tiket wayang, sebab apa?
1) Filem ini smart, sebab apa aku suka betul dengan cara pasukan PASKAL ditonjolkan. TEAMWORK. Setiap ahli dalam kumpulan ada tugas masing-masing, bila mereka dalam operasi, ikut arahan ketua dan tidak bertindak terburu-buru. Contoh, masa mereka ingin memasuki sesebuah ruang/bilik, mereka akan berbaris, yang pertama akan mengawasi sekeliling dan ahli yang terakhir akan tepuk bahu yang ahli pertama tadi untuk memberi isyarat.
2) Jalan cerita filem ini tidak merapu, takde watak heroin yang asyik nak kena selamatkan dia je. Kisah ahli keluarga mereka ada, tapi itu bukan fokus. Jadi selitan kisah keluarga mereka just nice untuk bagi penonton faham apa yang ahli keluarga mereka lalui. Macam satu scene ketika Gagak tengah makan bersama keluarga di restoran. Kemudian dia dapat panggilan bertugas, dia terpaksa tinggalkan keluarga dan terus ke kem untuk melaporkan diri.

Satu lagi yang menarik, awal-awal lagi penonton telah ditayangkan dengan paparan grafik lokasi kapal dan Teluk Aden. Ini pun dah menampilkan kelainan serta berjaya menarik perhatian aku.

3) Filem ini juga memaparkan bagaimana latihan yang dihadapi oleh anggota tentera sebelum mereka berjaya diserap ke pasukan PASKAL. Secara tidak langsung ini memberi pendedahan kepada orang luar. Kalau ada yang berminat, boleh la bersiap sedia, tahan dengan tak tahan je nak hadap semua latihan tu.
4) Ada juga aset-aset dan kelengkapan tentera lain yang digunakan dalam filem ini. Baru nampak real bila mereka melakukan operasi.
5) Geng jahat dalam filem ini pun ada ditunjukkan taktical plan mereka. Tidaklah main redah je. Kita boleh nampak game plan yang mereka buat, so best team win. ðŸ˜Ž
6) Sedih, masa Ah Boon mati. ðŸ˜­ðŸ˜­
Cuma...
1) Eizlan Yusuf tak berapa menjadi bawa watak Panglima, aku rasa lah. 
2) Watak Mak Arman, macam 2 orang mak cik yang berbeza. Awal cerita lain, tengah cerita lain pula perwatakannya.
3) Ada satu plot tu, masa Arman jumpa balik Jep di rumah Lily. Kamera goyang-goyang, memang saja dibuat begitu ke atau macam mana? Ke aku je yang perasan?

Watak lain...
1) Namron - memang sesuai dia bawa watak sebagai Jurulatih Komander PASKAL
2) Ammar Alfian @ Jeb - aku rasa dia dah macam The Rock Malaysia. Dia sesuai bawa watak antagonis, menjadi. 
3) Watak-watak lain semua ok, takde apa nak komen sangat.

Jadi tontonlah PASKAL, sesuai untuk seisi keluarga.

Saturday, March 18, 2017

Movie Review: J REVOLUSI



Tajuk Movie: J Revolusi

Pelakon: Zul Ariffin
Izara Aisyah
Fazura
Farid Kamil
Azad Jasmin
Iedil Putra

Arahan Zulkarnain Azhar

Terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions 





Sinopsis:

Jay Zulkarnain adalah ketua Unit Tindakhas (UTK). Pasukan di pimpin Jay sangat digeruni oleh musuh kerana ketangkasan dan rekod mereka yang sentiasa berjaya dalam setiap misi. Malang tidak berbau bila mana, dalam misi memerangkap seorang penjenayah yang di kehendaki, Jay telah diperangkap. Dia dituduh membunuh semua rakan sepasukannya. Jay perlu merungkai misteri yang telah terjadi kepada dia dan menangkap penjenayah sebenar.


Kata saya:

Ingat tak masa tahun lepas bila drama korea Descendants of the Sun meletop - letop kat seluruh dunia. Tiba - tiba saya ada nampak post kat FB orang share gambar Zul Ariffin berpakaian uniform lengkap dan Fazura yang berpakaian seperti seorang doktor di bilik bedah. Masa tu ada lah keluar gosip ingatkan ada drama korea ni di terbitkan semula versi Malaysia...hehehe...rupanya bukan lah.

Filem aksi tempatan yang mengagumkan. Pada mulanya saya ada juga mempunyai tanggapan negatif.."ala mesti cite polis banyak cakap je ni.". Bila dah tengok, tanggapan ini hilang sama sekali. Mula - mula cerita je dah masuk aksi, terus misi penting. Wah...jalan cerita pantas...tak bertanggung atau meleret. Watak Jiman lakonan Iedil Putra begitu menjadi. Benci betul dengan Jiman ni..terbawa - bawa sampai akhir. Masa dapat tahu Jiman dah kahwin, dalam hati saya terdetik "ada juga orang nak kahwin dengan orang macam ni....hehehehe" jangan marah ya. Bila anda tengok, baru anda tahu nape saya cakap macam ni.


Lagi satu watak Skodeng lakonan Azad Jasmin juga sangat hidup. Teknologi yang digunakan dalam filem ni memang berada di tahap yang lain. Tak macam sebelum ini, ala - ala je kan. Skodeng ni intelligent IT + pak lawak pada masa yang sama.

Cuma saya rasa, kalau watak jahat lagi cool, cerita ni lagi mengancam lah. Watak jahat saya rasa kena ada sifat yang sangat jahat dan kejam. Dia sanggup buat apa saja. So pada pandangan saya watak jahat dalam filem ni tak cukup jahat + cool lagi.  

Seperkara lagi, jalan cerita tentang Jay, Dian dan Komander perlu ada sejarah yang lagi tragik sehingga menyebabkan apa yang jadi pada Dian hari ini. Ini penting untuk menyuntik emosi sedih, kecewa dan dendam. 

Secara keseluruhan, filem ini tidak mengecewakan dan aksi UTK dalam misi - misi mereka memang mantap. Saya bagi 3 1/2 bintang untuk filem J Revolusi.

Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan filem ini. Moga ada lagi filem aksi sebegini di masa akan datang. 

Saturday, February 4, 2017

Movie Review : The Warrior's Gate






Sebuah filem fantasi - aksi dan pengembaraan. 

Pengarah: Matthias Hoene

Release: Nov 2016

Pelakon Utama:
Mark Chao - Laksamana Zhoo
Ni Ni - Puteri Su Lin
Uriah Shelton - Jack
Dave Bautista - Arun the Cruel
Francis Ng - Wizard

Filem ini mengisahkan Jack seorang remaja yang gemarkan permainan video. Jack juga berkawan rapat dan selalu membantu Mr Chang menguruskan kedainya. Kedai ini menjual bermacam - macam barang antik daripada negara China. Pasa suatu hari, Jack menemui satu bekas yang mempunyai ukiran unik. Dia sangat tertarik dengan bekas itu dan bertanya dengan Mr Chang apakah maksud disebalik ukiran tersebut. Mr Chang telah menceritakan bahawa puteri yang diukir pada bekas tersebut adalah seorang puteri dari negara China yang telah banyak berjasa demi menjaga keamanan negara tersebut dari kejahatan.Mr Chang telah memberikan bekas tersebut sebagai hadiah kepada Jack.

Jack menyimpan bekas tersebut di bilik tidurnya tanpa mengetahui misteri sebenar sebalik bekas itu. Malam itu tiba - tiba muncul Laksaman Zhoo dan dia mencari Satria Hitam. Apabila mengetahui Satria Hitam tidak wujud di situ, dia telah meminta Jack menjadi penjaga sementara kepada Puteri Su Lin. Kisah aksi dan pengembaraan mereka bermula dan Jack yang masih kebingungan terpaksa turut serta dalam misi menyelamat apabila Puteri Su Lin berjaya ditangkap oleh orang - orang Arun.


Dalam pada kisah lawan - lawan pedang ni semua, ada juga diselitkan plot yang lucu. Contoh masa mula - mula Su Lin sampai ke dunia sekarang. Jack telah bawa dia ke shopping mall untuk membeli belah. Su Lin kemudiannya ternampak ramai  anak - anak muda sedang menari hip hop. Tanpa segan dia terus masuk menari dengan gaya kung fu tapi tarian dia nampak hebat. Selain itu, Jack juga sempat mengajar Laksamana Zhoo tarian hip hop semasa dalam perjalanan mereka ke kubu Arun the Cruel. Di akhir cerita, ada di tunjukkan Laksamana Zhoo mengajar askar - askarnya menggunakan gerakan ala - ala hip hop juga.

Thursday, October 4, 2012

Filem: Untuk Tiga Hari

Salam,

Baru - baru ini saya berpeluang untuk menonton movie Untuk 3 Hari lakonan Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Ayu Raudah dan ramai lagi pelakon popular tanah air.

Sebelum saya menonton filem ini, saya ingatkan ianya adalah filem air mata, perlu bawa tisu sekotak semasa menonton, sebagai persediaan kalau menangis semasa menonton filem ini. Sejujurnya saya tidak pernah baca novel Untuk 3 Hari sebelum ini. Jadi memang tidak tahu bagaimana jalan ceritanya.



Selepas menonton filem ini, persepsi saya berubah. Filem ini rata - ratanya kelakar, tetapi ada juga babak serius dan sedih. Ceritanya nampak ringan tapi membawa pengajaran yang sangat penting - "usahkan mainkan jodoh / takdir Allah". 

Sebagai manusia kita perlu redha dengan ketentuaan ilahi dan tidak mempermainkannya. Perkahwinan bukan untuk 3 hari sahaja...kalau memang sudah ditentukan Allah, perkahwinan yang telah termaktub itu adalah untuk selama - lamanya. Sehingga akhir hayat.

Pendapat saya, filem ini menarik, kisah yang tidak meleret - leret dan gabungan lakonan yang mantap daripada barisan para pelakonnya. Dah lama sebenarnya tidak layan filem melayu, jadi filem ini tidak menghampakan. 

Sinopsis Filem Untuk 3 Hari:

Mengisahkan tentang pasangan kekasih yang merancang untuk berkahwin dengan pilihan keluarga masing - masing selama 3 hari sahaja. Hasrat mereka ialah untuk tidak menghampakan kedua ibu bapa dan menjadi anak yang taat. Apa yang dirancang tidak menjadi dan mereka akhirnya sedar yang ketentuaan Allah adalah yang terbaik untuk mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia